Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN Dalam karya Sejarah Melayu versi Shellabear, terdapat begitu banyak kewujudan pencampuran unsur-unsur fantasi yang

penuh dengan unsur-unsur magik yang dikenali sebagai mitos,lagenda,magis dan sebagainya. Hali ini bererti, Shellabear menulis teks Sejarah Melayu ini atas kehendak sultan atau raja agar gembira dengan karya yang mereka hasilkan. Selain itu, di dalam teks ini juga, terdapat cerita tentang kepentingan zuriat dan keturunan serta bangsanya ke tahap yang tinggi dan terpelihara. Terdapat unsur simbolisme, ramalan dan anakronisme yang dijadikan kiasan atau sindiran terhadap perbuatan mahupun peribadi tokoh-tokoh yang dimasukkan dalam karya ini. Unsur-unsur ini sememangnya ada kaitan denga mitos dan lagenda Berbanding dengan karya Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Seperti karya cereka, Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan. Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.

Anda mungkin juga menyukai