Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN MUZIK (MZU3104)

(ASAS PENDIDIKAN MUZIK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

KANDUNGAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : Asas Falsafah Pendidikan Muzik 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Asas Falsafah Pendidikan Muzik 1.3.1 Pandangan Asas Falsafah Pendidikan Muzik 1.3.2 Implikasi Falasafah dalam Pendidikan Muzik 1.3.3 Kepentingan Falsafah dalam Pendidikan Muzik 1.4 Latihan Rujukan Tajuk 2 : Matlamat dan Fungsi Muzik dalam Pendidikan 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Matlamat dan Fungsi Muzik dalam Pendidikan 2.3.1 Rasional Pendidikan Muzik di Sekolah 2.3.2 Kemahiran Muzikal 2.3.3 Domain Pembelajaran Muzik 2.4 Latihan Rujukan Tajuk 3 : Asas Sosiologi Untuk Pendidikan Muzik 3.0 Sinopsis 3.1 Hasil Pembelajaran 3.2 Kerangka Tajuk 3.3 Asas Sosiologi dalam Pendidikan 3.3.1 Tingkah Laku Muzikal 3.3.2 Faktor Sosiologi Mempengaruhi Tingkah Laku Muzikal 3.4 Latihan Rujukan

MUKA SURAT ii ii vi ix x

1 1 1 2 2 4 5 6 6

7 7 7 8 8 9 10 12 12

13 13 13 14 14 15 17

iv

KANDUNGAN Tajuk Pembelajaran Tajuk 4 : Asas Psikologi Dalam Pendidikan Muzik 4.0 Sinopsis 4.1 Hasil Pembelajaran 4.2 Kerangka Tajuk 4.3 Asas Psikologi Untuk Pendidikan Muzik 4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 4.3.2 Motivasi 4.3.3 Faktor Persekitaran 4.3.4 Kebolehan Muzikal 4.3.5 Kreativiti 4.3.6 Sikap Terhadap Muzik 4.4 Latihan Rujukan Tajuk 5 : Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 5.0 Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran 5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 5.3.1 Domain Kognitif (Taksonomi Bloom) 5.3.2 Domain Afektif (Taksonomi Krathwohl) 5.3.3 Domain Psikomotor (Simpson) 5.3.4 Hasil Pembelajaran Muzikal dalam Bentuk Tingkah Laku 5.4 Latihan Rujukan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

MUKA SURAT

18 18 18 18 19 19 22 23 23 24 25 26 27

28 28 28 29 29 30 31 33 35 35 36 37 38

PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumbersumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual berikut;

vi

Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit


Tanpa Amali (3+0)

Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit 1 Kredit


Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1)

Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 70 60 70 62 70 65

10 10 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* 10 8 Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 Kerja Kursus 20 20 20 20 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

5 5 5 15 5 2

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

vii

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

viii

Pengenalan
MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik adalah salah satu kursus yang ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Perguruan mod jarak jauh dalam bidang Pendidikan Muzik. Di antara tajuk pembelajaran adalah seperti berikut; Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 Tajuk 4 Tajuk 5 Asas Falsafah Pendidikan Muzik Matlamat dan Fungsi Muzik dalam Pendidikan Asas Sosiologi untuk Pendidikan Muzik Asas Psikologi dalam Pendidikan Muzik Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Hasil pembelajaran yang terdapat dalam modul ini, merupakan apa yang pelajar harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu tajuk. Pelajar juga digalakkan untuk merujuk hasil pembelajaran setiap tajuk pembelajaran bagi mengenal pasti sejauh mana pencapaian pelajar. Dalam modul ini terdapat juga soalan-soalan latihan yang diketengahkan pada akhir setiap tajuk pembelajaran. Soalan-soalan ini menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar tentang maklumat-maklumat yang telah baca. Oleh itu, pelajar adalah digalakkan untuk menjawab soalan-soalan latihan bagi menguji dan mengenalpasti sejauh mana mereka telah mengetahui dan memahami kandungan sesuatu tajuk. Aktiviti-aktiviti untuk pelajar juga ada diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu tajuk pembelajaran. Tujuan aktiviti-aktiviti pelajar diadakan adalah untuk pelajar berfikir secara mendalam selepas merujuk kepada laman web dan membaca artikel yang berkaitan dengan topik pembelajaran semasa. Selain itu pada penghujung setiap tajuk pembelajaran telah dicatatkan juga buku rujukan penulis bagi membantu pelajar membuat rujukan selanjutnya. Akhir kata, selamat membaca dan selamat maju jaya. Semoga penulisan modul ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang Asas Pendidikan Muzik sekali gus mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tersebut di bilik darjah.

ix

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus:

MZU 3104 ASAS PENDIDIKAN MUZIK

Kandungan modul ini dibahagi kepada lima tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI

TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

1 2

Asas Falsafah Pendidikan Muzik Matlamat dan Fungsi Muzik dalam Pendidikan

8 jam 4 jam

3 4

Asas Sosiologi untuk Pendidikan Muzik As Asas Psikologi untuk Pendidikan Muzik Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik JUMLAH

4 jam 8 jam

6 jam 30 jam

Anda mungkin juga menyukai