Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Langkap (SKSL) telah memulakan operasinya sejak bulan Januari tahun 2008. Bermula dengan satu kelas, tiga orang guru yang bertauliah dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) berserta tujuh orang murid. PPKI SKSL mula berkembang pesat dan mendapat tempat yang istimewa di mata masyarakat setempat. Sehingga bulan Februari tahun 2013, program ini dapat menampung seramai 56 murid, 14 orang guru dan tiga orang PPM. Sebanyak lapan kelas telah dibuka dan murid diletakkan mengikut tahap kronologi minda mereka. Projek mencuci kereta di sekolah adalah salah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi mendedahkan murid murid kepada alam keusahawaan. Murid murid dapat mempelajari cara cara untuk berjaya dalam hidup. . Selain itu, projek ini juga dapat mengisi masa lapang pelajar murid murid Pendidikan Khas dengan melakukan aktiviti yang sihat serta melahirkan generasi pelajar yang cergas dan sihat dari segi jasmani dan juga mental. Semoga apa yang dirancang dalam projek ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya.

2.0 MATLAMAT Matlamat utama program ini adalah untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan bagi program program yang akan dijalankan sepanjang tahun . Melalui program ini semangat bekerjasama dapat dipupuk dalam diri guru dan murid murid. Program ini memerlukan kerjasama yang kuat daripada semua pihak. Jadi, semua guru harus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lancer seperti yang dirancangkan. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek menguruskan perniagaan. Tambahan pula,murid murid boleh mempraktikkan pengalaman dan pengetahuan ini di luar sekolah kelak..

3.0 OBJEKTIF 3.1 Menimba pengalaman dan pengetahuan dalam mengurus sesuatu projek. 3.2 Menggalakkan warga PPKI untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat 3.3 Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru dan murid. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa berkomunikasi dengan orang lain. 3.5 Mengumpul dana perbelanjaan program program yang akan dijalankan sepanjang tahun.

4.0 OPERASI Aktiviti mencuci kereta dijalankan di perkarangan gelanggang Sepak Takraw berhadapan dengan kelas program pendidikan khas intergrasi SKSL. 4.1 Masa operasi : Rabu : 8.00 11.30 pagi 4.2 Pakej yang disediakan : - Kereta = RM 10 - Motosikal = RM 5 - Mencuci + vacum dalam kereta + polish tayar dan bahagian dalam kereta.

5.0 KUMPULAN SASARAN Guru-guru,kakitangan PKG dan warga pekerja SKSL

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGELOLA PROJEK MENCUCI KERETA PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI : En. Johari Bin Shaarani (Guru Besar S.K.Seri Langkap) : En. Ahmad Nizar Bin Abdul Kadir ( PK Pendidikan Khas ) :Cik Hajah Faridah Bt. Haji Itam (Penolong Kanan Pentadbiran) : En. Mohd Aris Bin Salleh ( Penolong Kanan HEM ) : En. Isa Bin Tan Shaari (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA BENDAHARI AJK KAWALAN MURID : En. Murugan A/L Balasundram : Pn. Sakinah Bt. Arif Johor : En. Fathul Amini Bin Masuod : En. Mohd Fathan Bin Muhammad : Pn. Habibah Bt. Shamsuddin : Cik Nor Mazlin Bt Abdul Latif AJK PENGANGKUTAN : Cik Norshamira Bt. Kamaruddin : Pn. Zainariah Bt. Abdul Ghani : En. Amin Bin Hamzah AJK KEBERSIHAN : Pn. Emi Suhaida Bt. Abdul Kodir : Pn. Intan Baizura Bt. Zubir : En. Mohd Firdaus Bin Alimin : Pn. Norhafeeza Bt Mohamed Ramli : Semua PPM

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERALATAN Lampiran 1 8.0 SENARAI NAMA PELAJAR YANG BERTUGAS Lampiran 2

9.0 PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek ini dapat memberi manfaat dan pengalaman baru kepada guru dan murid murid dalam melaksanakan projek sebegini. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. .

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

... (MURUGAN A/L BALASUNDRAM) Guru Moral PPKI

... (AHMAD NIZAR BIN ABDUL KADIR) Penolong Kanan PPKI

Disahkan oleh,

... (JOHARI BIN SHAARANI) Guru Besar

LAMPIRAN 1 ANGGARAN PERBELANJAAN PERALATAN

BIL

NAMA ALATAN

KUANTITI

HARGA SEUNIT

JUMLAH

Baldi

RM 5

RM 20

Sabun / Syampu

RM5

RM15

Span

10

RM 3

RM 30

Kain lap

21

3 x RM 4

RM 28

Getah

RM 36

RM 36

Berus

RM 3

RM 15

JUMLAH KESELURUHAN

RM 144.00

LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA PELAJAR YANG BERTUGAS 1. Mohamad Mahmudin b. Razali 2. Naquiddin Amien b. Mustafa 3. Mohamad Razi 4. Shah Fizat Zainuddin b. Mohamed Saini 5. Mohammad Asamuddin b. Kamaruddin 6. Fahibul Anuar Suffi b. Mohd Yusof 7. Harris Hakimi b. Saili 8. Mohammad Lokman Hakim b. Ahmad 9. Muhammad Khairul Azmeer b. Muhamad 10. Mohammad Shafis b. Sukree 11. Muhammad Shahrizat b. Roslan 12. Muhammad Hafiz b. Mizuan Hizam