Anda di halaman 1dari 2

Pujian dan selawat

Ya Allah, Pada hari yang penuh berkat ini, Kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan FARA BT SULAIMAN dengan MOHD HAFIZUL AZWAN yang diadakan oleh EN SULAIMAN dan PN ZULIYATI serta keluarga kedua-dua mempelai.

Ya Allah Ya Rahman, Tunjukkanlah kepada pasangan pengantin ini jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan membahagiakan. Sentiasa dalam ketenangan dan sentiasa berlapang dada.

Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa kecukupan dan terpelihara dari segala godaan serta fitnah-fitnah hidup. kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki dan nikmat yang berkat.

Ya Allah bantulah mempelai yang kami raikan mengeratkan tali siraturrahim kedua keluarga menjaga hubungan kedua ibu bapa mertua dan juga ipar-duai mereka.

Ya Allah jadikanlah pengantin lelaki ini suami yang lembut hati dan prihatin kepada isterinya jadikanlah pengantin perempuan ini isteri yang sangat taat dan patuh kepada suaminya

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, satukanlah hati FARRA dan HAFIZUL seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

Jadikanlah ya Allah, cara hidup Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup kami dan pasangan ini hingga hari kiamat.