Anda di halaman 1dari 2

1.1.

Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan)

Setiap pengajaran yang baik memerlukan pemilihan ,media, kaedah dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang. Proses ini mengalami tingkah berikut :

Penentuan kaedah

Pemlihan format media

Pemilihan bahan sumber

1. Penentuan kaedah Gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan latar belakang pelajar. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar dan objektif yang hendak dicapai.

2. Pemilihan format media Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan termasuk kertas, gambar, petikan, slaid, audio, video dan grafik. Guru perlu

memilih beberapa kriteria untuk memilih media iaitu kumpulan sasaran, keupayaan pelajar dan maklum balas yang bakal diterima.

3. Pemilihan bahan sumber Bahan sumber pengajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran yang berbentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan bahan melibatkan tiga langkah iaitu memilih sumber sedia ada, mengubahsuai bahan sumber sedia ada dan membentuk bahan sumber yang baru.

Memilih sumber sedia ada

Mengubahsuai bahan sedia ada

Mereka bentuk bahan sumber baharu

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan biaya. Jika bahan sedia ada tidak menepati kriteria dan objektif, guru perlu mengubahsuai bahan secara kreatif.

Anda mungkin juga menyukai