Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri,

eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, kajian lapangan dan eksplorasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran sains agar menarik dan tidak membosankan. Kaedah pengajaran sains dengan menggunakan pendekatan secara inkuiri. Di mana pendekatan inkuiri adalah aktiviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, meneliti buku-buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak alat mencari dan menganalisis serta menginterprestasikan data, mencadangkan jawapan penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperolehi. Matlamat pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. Oleh itu, kaedah ini boleh diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah dengan menggunakan 5 fasa.

Anda mungkin juga menyukai