Anda di halaman 1dari 32

1.

Pengenalan

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Yusup Hashim (1998), kandungan dan corak pembelajaran Seorang pendidik akan

mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik.

merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

2.0

Perancangan dan Pengajaran Pembelajaran

Pengajaran terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menarik. Begitu juga pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi. perancangan bererti susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur dan sistematik. Oleh itu, Gagne di dalam Teknologi Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran oleh Noriati A. Rashid (2009) telah membahagikan penyampaian pengajaran disusun secara berperingkat. Terdapat Sembilan peringkata penyampaian pengajaran yang diutarakan

1. Tarik perhatian pelajar 2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar 4. Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran pembelajaran 5. Bombing pembelajaran pelajar 6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar 8. Taksir pencapaian pembelajaran

9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE berfokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

2.1

Model ASSURE

Sesuatu perancangan pengajaran yang berjaya perlu memenuhi beberapa kriteria. Aplikasi model ASSURE yang mengandungi enam langkah dapat menjamin kejayaan perancangan pengajaran dengan sistematik dan rapi. seperti berikut : Langkah-langkah dalam model ASSURE adalah

Analyse learners (Analisis Pelajar)

State objectives S (Nyatakan objektif)

Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan)

Utilize media and materials U (Gunakan media dan bahan sumber)

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Evalute and revise E (Nilai dan semak)

2.1.1

Analyse learners(analisis pelajar)

Menganalisis kumpulan pelajar adalah penting untukk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk mengenalpasti keperluan setiap murid memandangkan bilangan murid yang ramai. Justeru, garis panduan berikut boleh

digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Aspek pelajar yang perlu dilihat adalah :

Ciri - ciri umum pelajar

Pengalaman sedia ada

Gaya Pembelajaran Pelajar 1. Trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap,berinteraksi dan bertindak balas secara emosi. 2. Merujuk kepada cara yang paling sesuai. 3. Membantu guru merancang pengajaran - pembelajaran efektif.

1. Merangkumi umur,tahun,jantina, taraf sosioekonomi budaya dan seumpanya. 2. Pemilihan bahan, kaedah dan media dapat disesuaikan dengan murid

1. Setiap pelajar mempunyai pengalaman tertentu yang dikenal sebagai entry point. 2. Membantu guru menyediakan pembelajaran yang bermanfaat. 3. Dapat membantu murid membina pengetahuan secara konstruktivisme

2.1.2 State objectives (nyatakan objektif)

Penyataan objektif penting sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu menyatakan dengan jelas dan khusus apa bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar. Selain itu, objektif perlulah spesifik. Penyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan cara itu ,guru boleh

menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penentuan objektif juga membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangdang minat pelajar. Penyataan objektif yang eksplisit dapat membantu guru membuat penilaian terhadapa pencapaian pembelajaran. Kriteria penyataan objektif adalah seperti berikut :

1. Sasaran untuk mencapai objektif Penulisan objektif berfokus kepada pembelajaran bukannya pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif. Pembelajaran akan

2. Bentuk tingkah laku baru Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat diukur dan dinilai pencapaianya. hendaklah wajar dengan situasi sebenar. Tingkah laku

3. Situasi atau syarat perlakuan Penyataan objektif pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam syarat pencapaian objektif bagaimana tingkah laku baru dapat diperhatikan. Penyataan pencapaian objektif ini membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran dan media yang sesuai.

4. Tahap pencapaian minimum perlakuan Tahap pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti dan kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.penyataan pengukuran tahap pencapaian membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif semasa dalam bentuk pemulihan atau pengayaan.

2.1.3

Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan)

Setiap pengajaran yang baik memerlukan pemilihan ,media, kaedah dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang. Proses ini mengalami tingkah berikut :

Penentuan kaedah

Pemlihan format media

Pemilihan bahan sumber

1. Penentuan kaedah Gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan latar belakang pelajar. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada ciriciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar dan objektif yang hendak dicapai.

2. Pemilihan format media Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan termasuk kertas, gambar, petikan, slaid, audio, video dan grafik. Guru perlu memilih beberapa kriteria untuk memilih media iaitu kumpulan sasaran, keupayaan pelajar dan maklum balas yang bakal diterima.

3. Pemilihan bahan sumber Bahan sumber pengajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran yang berbentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan bahan melibatkan tiga langkah iaitu memilih sumber sedia ada, mengubahsuai bahan sumber sedia ada dan membentuk bahan sumber yang baru.

Memilih sumber sedia ada

Mengubahsuai bahan sedia ada

Mereka bentuk bahan sumber baharu

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan biaya. Jika bahan

sedia ada tidak menepati kriteria dan objektif, guru perlu mengubahsuai bahan secara kreatif.

2.1.4

Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)

Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilaksanakan.

1. Semak, pratonton, kaji bahan sumber sebelum digunakan.

Guru hendaklah

menyemak dan menkaji bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakannya di dalam kelas. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran dan tidak mengandungi unsurunsur sensitif serta berada dalam keadaan yang baik.

2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas setelah menyemak bahan sumber. Guru perlu menyediakan dan mengumpul semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan pelajar. Guru hendaklah meramal masalah yang timbul dan bersedia

dengan bahan tambahan atau alternative penggunaannya.

3. Sediakan persekitaran yang sesuai dengan penggunaan bahan sumber merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil dan dilihat. Selain itu, guru juga perlu pastikan bahan berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Sediakan pengalaman pembelajaran murid. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dapat menjadi pengajar yang baik.

2.1.5

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini dikuatkan lagi oleh semua teori

pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan dengan memberi peneguhan dan ganjaran. bentuk perbincangan, latih tubi, permainan bahasa dan sebagainya. Latihan dalam Jika aktiviti yang

dilaksanakan mendapat maklum balas menunjukkan murid berminat dengan pengajaran dan pembelajaran juga berlaku. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai

sememangnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar.

2.1.6

Evalute and revise (Nilai dan semak)

Langkah akhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. mata. Kebiasaanya, penilaian sering kali dianggap penilaian murid semata-

Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian Penilaian seharusnya dibuat sepanjang

pembelajaran dan penilaian pengajaran.

tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media, keadah sesuai dengan keupayaan dan perkembangan pelajar. Penilaian semasa

pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pemerhatian lakuan pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau Penilaian ini membawa kepada penilaian

mengambil tindakan alternative lain. pembelajaran ke arah pencapaian objektif

Penilaian pembelajaran boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk formal dan informal. Penilaian normal merujuk kepada ujian. Penilaian informal

dilakukan berdasarkan hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan,

pembentangan dan seumpamanya.

Penilaian pembelajaran boleh dilaksanakan Perlakuan pelajar sebenarnya

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

memberi maklum balas tentang pencapaian objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan bahan, kaedah,media dan bahan sumber. melalui proses refleksi . Penilaian pelajar boleh dibuat

Penilaian pengajaran refleksi akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat mengguna dan menganalisi serta maklum balasa pelajar untuk merancang untuk pengajaran yang aktif. Guru boleh

senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajaran, pemilihan bahan, pembentukan objektif datau pemilih media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

10

3.0

TUGASAN 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN MODEL ASSURE.

11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN MODEL ASSURE

TAJUK

ASPEK YANG DILIHAT

- ANALYZE LEARNER

Mata pelajaran Kelas Bil. Murid

: Bahasa Melayu : 1 Anggerik : 8 orang (lelaki - 4 dan perempuan 4) : 8.00 8.30 pagi (30 minit) : 12 Julai 2013 :4 : 4.1 Kemahiran membaca Menyebut huruf vokal (a,e,i,o dan u).

(Analisis pelajar)

Masa Tarikh Tema Tajuk Sub tajuk

: 4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal. Murid telah mempelajari abjad a hingga z dalam pembelajaran yang sebelumnya. Murid boleh memberikan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u.

Pengetahuan sedia ada :

Gaya pembelajaran : Berpusat kepada guru

S - STATE OBJECTIVE

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Murid boleh menyebut semula bunyi huruf vokal 3

(nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

daripada 5 kali percubaan selepas mendengar penerangan daripada guru berdasarkan flash card yang diberi. 2. Murid dapat membunyikan huruf vokal 3 daripada 5 kali percubaan setelah mendengar bunyi huruf vokal pada rakaman (audio) yang disediakan. 3. Murid dapat menamakan sekurang-kurangnya dua contoh haiwan lain yang berkaitan dengan huruf vokal selepas mendengar penerangan daripada guru. 4. Murid boleh melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kali percubaan.

12

S - SELECT METHOD, MEDIA AND MATERIAL

Kaedah Media

: Pandang dan sebut : Media Audio-Visual : Persembahan Powerpoint Huruf Vokal. Media Audio Media Video : Lagu Huruf vokal : Video Huruf Vokal berserta contoh. : Lirik lagu : lembaran kerja dan Flash card.

(pemilihan kaedah media dan bahan sumber)

Bahan Cetak Bahan Maujud

U - UTILIZE MEDIA AND MATERIAL

Set Induksi : Murid menyanyi Lagu huruf vokal dengan iringan guru. LANGKAH : Langkah 1 : Guru memperkenalkan huruf vokal melalui flash card serta membunyikan satu per satu huruf vokal tersebut. Murid menyebut semula bunyi huruf vokal setelah penerangan guru. Guru memanggil seorang murid datang ke hadapan dan memintanya menyebut bunyi huruf vokal berdasarkan flash card yang diberikan oleh guru. Murid yang lain bersama-sama menyebut huruf vokal tersebut. Guru memanggil murid lain itu membuat aktiviti seperti di atas.

(gunakan media dan bahan sumber)

13

Langkah 2 : Menunjukkan gambar huruf vokal kepada murid melalui persembahan powerpoint. Menunjukkan cara menyebut huruf vokal melalui rakaman di dalam persembahan power point yang sama. Memanggil seorang demi seorang murid ke hadapan dan meminta murid tersebut membunyikan huruf vokal yang dipaparkan di dalam persembahan power point. Semak semula bunyi yang disebut oleh murid melalui audio yang disediakan.

Langkah 3 : Menunjukkan video pendek kepada murid. Video berkaitan dengan huruf vokal dan menunjukkan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u. Bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyatakan contoh lain selain contoh yang diberikan.

Langkah 4 : Murid melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar. Guru akan membimbing murid yang lemah dalam menyiapkan lembaran kerja.

Penutup: Rumusan Pengajaran Murid menyanyi lagu vokal sekali lagi bersama-sama guru. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam rumusan pengajaran. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan memberi salam.

14

Pengalaman pembelajaran : Murid boleh mengenal dan dapat membunyikan huruf vokal.

- REQUIRE LEARNER PARTICIPATION

Penglibatan murid : Menyebut huruf vokal, bersoal jawab dengan guru, aktiviti suai padan gambar dan huruf

(libatkan pelajar dalam pembelajaran) Peneguhan positif : -

vokal.

Memberikan pujian kepada murid apabila berjaya menyebut huruf vokal atau soalan yang dikemukakan oleh guru.

E - EVALUATE AND REVISE

Penilaian informal : Melalui pemerhatian, hasil kerja, aktiviti pembelajaran dan soal jawab.

(nilai dan semak semula) Penilaian pengajaran : Guru dapat menilai tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tindak balas/respon dan soal jawab murid.

15

Perancangan pengajaran yang rapi adalah penting dalam satu-satu pengajaran. Perancangan ini sangat membantu guru menghidupkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Model

ASSURE adalah asas perancangan satu pengajaran yang menarik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Penggunaan model ASSURE dalam rancangan yang telah disediakan adalah seperti berikut :

Analyse learners (analisis pelajar) Analisis pelajar dalam rancangan pengajaran juga telah dibuat. Aspek-aspek yang di analisis

seperti ciri ciri umum pelajar, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran juga tetap diambil kira dalam perancangan pengajaran ini. Kalau dilihat dalam rancangan pengajaran ciriciri umum pelajar ditulis dengan jelas dalam butiran am. Ciri-ciri yang diambil kira dalam butiran am ialah tahun atau umur dan bilangan murid. Guru seharusnya menganalisis umur muridmurid yang akan diajar supaya guru boleh merancang aktiviti sejajar dengan peringkat umur murid di mana guru harus tahu apa yang murid boleh dan tidak boleh lakukan pada peringkat itu. Di sini juga, saya telah memilih tajuk menama dan membunyikan huruf vokal kerana tajuk ini sesuai dengan tahap pembelajaran kanak-kanak pendidikan khas di peringkat rendah. Oleh itu, dengan adanya analisis pelajar ini ia membantu guru untuk membuat pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pemilihan kaedah,media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang telah dikenalpasti. Selain itu juga, guru turut dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan sistematik dari segi kuantiti bahan bantu mengajar yang digunakan berdasarkan bilangan murid serta

kemampuannya dalam pembelajaran. Mata pelajaran Tahun Bil. Murid Masa Tarikh Tema Tajuk Sub tajuk : Bahasa Melayu : 1 Anggerik : 8 orang (lelaki - 4 dan perempuan 4) : 8.00 8.30 pagi (30 minit) : 12 Julai 2013 :4 : 4.1 Kemahiran membaca Menyebut huruf vokal (a,e,i,o dan u). Ciri-ciri umum pelajar

: 4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal.

16

Dari aspek pengalaman sedia ada pula, saya dapati murid telah mempelajari abajad a hingga z melalui pembelajaran sebelumnya. Pengalaman sedia ada telah ditulis di dalam rancangan pengajaran adalah seperti berikut:

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajar abjad a hingga z dalam pembelajaran yang sebelumnya. Murid boleh memberikan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u. Murid suda boleh menyebut huruf-huruf vokal.

Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran murid perlu di pelbagaikan agar pembelajaran murid menjadi lebih menarik dan seronok. Oleh itu, pelbagai jenis media telah diaplikasikan di dalam rancangan pengajaran bahasa melayu ini. Antara media yang telah saya gunakan ialah media audio-visual, media video, media cetak dan juga penggunaan bahan maujud untuk memberi pemahaman yang lebih kepada pelajar mengenai perkara yang diajar. Di samping itu, berdasarkan media yang telah saya gunakan ia akan meransang minat serta fokus murid terhadap pelajaran yang dipelajari. Hal ini kerana, pengaplikasian lagu, video pendek, flash card dan seterusnya lembaran kerja pasti lebih menarik minat murid. Berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dilakukan saya telah mengesan dan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid melalui sukatan pelajaran

tahunan, sesi soal jawab di dalam kelas.

State objectives (nyatakan objektif) Dalam pengajaran, guru hendaklah menentukan objektif yang ingin dicapai agar pengajaran dapat disusun dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Di dalam rancangan pengajaran yang saya

sediakan, saya telah menyatakan juga objektif yang ingin murid capai pada hari tersebut. Objektif ini telah diselitkan di dalam butiran am. tersebut adalah seperti berikut : Objektif yang di capai dalam pengajaran

17

OBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Murid boleh menyebut semula bunyi huruf vokal 3 daripada 5 kali percubaan selepas mendengar penerangan daripada guru berdasarkan flash card yang diberi. 2. Murid dapat membunyikan huruf vokal 3 daripada 5 kali percubaan setelah mendengar bunyi huruf vokal pada rakaman (audio) yang disediakan. 3. Murid dapat menamakan sekurang-kurangnya dua contoh haiwan lain yang berkaitan dengan huruf vokal selepas mendengar penerangan daripada guru. 4. Murid boleh melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kali percubaan.

Oleh itu, dengan adanya pernyataan objektif yang disediakan ia membantu guru untuk menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Oleh itu, melalui rancangan pengajaran harian bagi murid pendidikan khas guru perlu lebih peka dalam menyusun atur langkah akriviti dalam P & P. Di mana, sekiranya guru tidak peka dalam pengajarannya murid akan sukar untuk dikawal seterusnya akan mengakibatkan murid tidak berupa menerima ilmu dan sekali gus tidak akan mencapai objektif yang dikehendaki. Melalui rancangan pengajaran harian ini juga berperanan sebagai satu pencapaian dan tindakbalas murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Berdasarkan rancangan pengajaran

harian yang telah dilakukan kumpulan sasaran adalah murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tahap tahun 1. Oleh itu, objektif pembelajaran yang dinyatakan diatas Di mana, objektif

merupakan objektif yang perlu dicapai oleh kumpulan sasaran tersebut.

pembelajaran yang dinyatakan haruslah yang dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Pemilihan objektif yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran harian adalah menyebut

18

semula bunyi huruf vokal, membunyikan huruf vokal, menamakan contoh nama haiwan lain, serta melengkapkan perkataan adalah merupakan istilah tingkah laku yang boleh dilihat serta diukur. Oleh itu, untuk mencapai objektif pembelajaran yang hendak dicapai guru hendaklah menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran dan media yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Di mana, melalui langkah 1 dengan menggunakan flash card murid menyebut semula bunyi huruf vokal yang dilihat dan didengar selepas penerangan yang diberikan oleh guru. Selain itu juga, dengan menggunakan persembahan power point huruf vokal murid dapat membunyikan huruf vokal yang dipaparkan di dalam persembahan power point setelah mendengar bunyi huruf huruf vokal melalui audio yang terdapat dalam persembahan power point tersebut yang telah dilaksanakan di langkah kedua pada rancangan pengajaran tersebut. Seterusnya di langkah yang ketiga pula, dengan menggunakan video

pendek yang mempamerkan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i, o dan u yang turut merupakan huruf vokal. Langkah tersebut turut menggunakan kaedah soal jawab

bersama dengan murid dan seterusnya meminta murid menyatakan contoh haiwan lain selain yang diberikan. Di akhir aktiviti, dengan menggunakan lembaran kerja murid di minta untuk melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar dengan adanya bimbingan daripada guru untuk murid melengkapkan soalan tersebut. Oleh itu, melalui langkah serta penggunaan media yang digunakan dan dilaksanakan murid dapat meransang pembelajaran murid untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki untuk mencapai objektif pembelajaran. Walaupun pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menyediakan suasana, langkah pengajaran serta media yang sesuai terhadap pembelajaran namun tahap pencapaian murid untuk menerima ilmu yang diajar tidak berlaku secara maksimum. Oleh itu, tahap

pencapaian murid adalah dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Di mana, dalam rancangan pengajaran harian yang dilakukan penulisan kriteria kuantitatif adalah dalam bentuk nilai angka dan skor mentah. Penulisan tahap pencapaian murid adalah seperti menyebut semula bunyi huruf vokal 3 daripada 5 kali percubaan, membunyikan huruf vokal 3 daripada 5 kali percubaan, menamakan sekurang-kurangnya dua contoh haiwan lain, melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kali percubaan. Dalam masa yang sama, obejektif pembelajaran dapat

diklasifikasikan kepada tiga domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan domain psikomotor serta domain interpersonal.

19

Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan) Dalam pengajaran ini juga, beberapa media yang sesuai dan menarik untuk pelajar telah digunakan dalam pelbagai bentuk. Antara media yang digunakan adalah dalam bentuk

elektronik slaid, flash card,dan lagu huruf vokal. Selain itu juga, penggunaan bahan bercetak turut diguna pakai seperti mencetak teks lirik lagu dan lembaran kerja. Bahan-bahan ini adalah untuk menarik minat pelajar di samping menjimatkan belanja dan masa dalam menghasilkan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran. Pemilihan kaedah,media dan bahan yang dibuat adalah bersesuaian dengan tajuk serta langkah aktiviti yang dibuat. Di samping itu, melalui pemerhatian saya pengaplikasian lagu huruf vokal membantu murid pendidikan khas cepat belajar menamakan dan membunyikan huruf vokal. Tambahan pula, dengan adanya persembahan Powerpoint ia lebih menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih aktif di dalam kelas. Di samping itu, kaedah tunjuk cara sesuai untuk menyampaikan maklumat kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran agar murid mudah faham terhadap pengajaran yang diberikan. Sememangnya kaedah,media dan bahan yang di pilih penting dalam pengajaran agar murid tidak cepat bosan malah akan lebih aktif dalam kelas. Pemilihan video dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah disebabkan adanya penerapan atau unsur-unsur muzik yang berupaya menarik serta meransang minat dan tumpuan murid dalam pengajaran yang hendak dilaksanakan. Manakala penggunaan elektronik slaid adalah bertujuan untuk meransang

kefahaman serta memperkukuhkan daya ingatan murid dalam pengajaran yang dilaksanakan. Hal ini kerana dengan adanya unsur-unsur grafik serta animasi yang terdapat pada persembahan power point turut dapat mengjadikan pengajaran dan pembelajaran yang seronok. Penggunaan bahan bantu mengajar flash card turut sesuai digunakan untuk

pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid pendidikan khas kerana ianya ringgan, dan dapat dilihat dengan jelas oleh murid. Di mana, murid pendidikan khas yang mempunyai pelbagai masalah fizikal turut mempengaruhi pemilihan bahan bantu mengajar, oleh itu murid yang mengalami masalah celebral palsy turut dapat menyentuh dan mengangkat flash card yang disediakan dalam pengajaran ini.

20

Selain itu, pemilihan bahan sumber pembelajaran yang dipilih adalah menepati tahap serta kesesuaian pembelajaran murid. Tambahan pula, video, flash card serta persembahan power point yang digunakan adalah sumber yang tepat serta laras bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami oleh murid yang diajar. Keseluruhan aktiviti yang menggunakan video, flash card serta persembahan power point dapat menarik penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bahan serta media yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan biaya.

Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber) Bahan yang disediakan bukanlah untuk disimpan tetapi digunakan. Oleh itu, guru telah

mengambil kira beberapa faktor seperti kejelasan pada teks, kejelasan gambar, kejelasan audio yang digunakan. Pada masa yang sama bahan tayangan dan lembaran kerja adalah sesuai digunakan memandangkan persekitarannya adalah di dalam kelas. Bahan bahan yang

disediakan juga bermanfaat kepada kepada pelajar misalnya lembaran kerja di mana murid boleh menggunakannya semaksimum yang boleh. Murid boleh menjawab soalan-soalan yang ada di dalam lembaran kerja tersebut. Oleh itu, bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber dapat digunakan dengan baik guru perlu mengambil tindakan-tindakan seperti menyemak dan membuat pratonton bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Hal ini bertujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu oleh masalah-masalah yang melibatkan bahan yang hendak digunakan. Selain itu, berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan segala bahan dan sumber media iaitu penggunaan video, flash card serta persembahan power point telah disusun mengikut langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, dengan adanya induksi yang terancang dan memotivasikan iaitu dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, penggunaan nyanyian lagu huruf vokal pada induksi dapat memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, guru harus memberitahu murid akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dalam masa yang sama

penggunaan video, flash card serta persembahan power point dapat menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

21

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada penglibatan pelajar yang aktif. Di sini, guru

hanya sebagai fasilitator atau penunjuk cara sahaja untuk membantu murid mengkonstruk pengetahuan mereka. Di dalam pengajaran ini, guru telah merancang aktiviti-aktiviti yang

dapat melibatkan murid contohnya aktiviti menyanyi lagu, sesi soal jawab dan dalam aktiviti suai padan gambar dengan huruf vokal. Dengan cara ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Selain itu juga, berdasarkan persembahan powerpoint yang dibuat, terdapat

beberapa aktiviti uji minda yang memerlukan murid untuk menjawabnya sekali gus guru dapat menilai kefahaman pengajaran yang disampaikan. Tambahan pula, penggunaan video, flash card serta persembahan power point turut dapat membantu mengekalkan penglibatan murid dalam proses belajar serta dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah. Di mana, melalui aktiviti yang dilaksanakan turut banyak melibatkan penglibatan murid untuk menyelesaikan masalah serta menjana idea sendiri contohnya dalam aktiviti menyanyi lagu huruf vokal yang dilakukan bersama murid dengan guru dan aktiviti soal jawab mengenai memberi contoh nama haiwan lain yang bermula dengan huruf vokal dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Evalute and revise (Nilai dan semak) Sebelum melaksanakan pengajaran, kita perlu menyemak rancangan yang telah disediakan. Penilaian pembelajaran yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti adalah bagaimana murid menjawab soalan-soalan dengan betul. Selain itu, hasil kerja seperti menjawab soalan dan aktiviti suai padan adalah salah satu penilaian untuk memastikan murid memahami apa yang dipelajari. Selain itu, di akhir pembelajaran aktiviti menyanyikan lagu huruf vokal diulang

semula untuk melihat pemahaman dan juga memperkukuhkan daya ingatan pelajar. Di mana, melalui pelaksanaan rancangan pengajaran harian ini dapat dilihat pada setiap aktiviti yang dilaksanakan daripada set induksi sehingga penutup. Di sini, guru dapat menilai secara

informal melalui pemerhatian, soal jawab serta hasil kerja murid terhadap lembaran kerja yang diberikan. Tambahan pula, guru dapat membuat penilaian sepanjang pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan.

22

4.0

TUGASAN 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KHAS

23

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS

TARIKH TAHUN MASA

: 14 JULAI 2013 : 1 DINAMIK : 7.45 8.15 (30 MINIT)

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU BIL.MURID FOKUS/TEMA TUNJANG UTAMA : 8 ORANG (4 LELAKI DAN 4 PEREMPUAN ) : KEMAHIRAN MEMBACA : KOMUNIKASI Menyebut Huruf Vokal (a,e,i,o dan u)

STANDARD KANDUNGAN : 4.1 STANDARD PEMBELAJARAN: 1.3.1 2.5.1 4.1.2 PENGETAHUAN SEDIA ADA :

Memberi tindak balas arah bunyi yang didengar Mengajuk bunyi huruf (vokal) Menama dan membunyikan huruf vokal

24

Murid telah mempelajar abjad a hingga z dalam pembelajaran yang sebelumnya. Murid boleh memberikan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u. Murid suda boleh menyebut huruf-huruf vokal.

TUNJANG LAIN YANG DISEPADUKAN: Kerohanian, Sikap dan Nilai, Sains dan Teknologi, perkembangan Fizikal dan Estetika. ELELMEN MERENTASI KURIKULUM : Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN : Kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran mendengar. PENYERAPAN NILAI : Menghormati guru dan rakan-rakan, mendengar arahan. BBM / RESOS : Video, Lagu huruf vokal, Flash card, lirik lagu dan lembaran kerja

LANGKAH

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN ALATAN/STRATEGI/NI LAI /EMK ALATAN: Komputer riba Speaker STRATEGI: Belajar cara Belajar EMK: Komunikasi dan inovasi Kreativiti NILAI MURNI: Mendengar penerangan guru.

Nyanyian Lagu SET INDUKSI (3 MINIT) Aplikasi lagu Mengenal huruf vokal.

Guru memberi salam kepada murid. Murid didengarkan dengan lagu mengenal huruf vokal. Murid menyanyi bersamasama dengan iringan guru. Guru mengaitkan nyanyian dengan aktiviti terhadap pembelajaran pada hari ini (huruf vokal).

25

LANGKAH 1 (10 MINIT)

Flash card huruf vokal

Huruf a Huruf e Huruf i Huruf o Huruf u

Guru memperkenalkan huruf vokal melalui flash card serta membunyikan satu per satu huruf vokal tersebut. Murid menyebut semula bunyi huruf vokal setelah penerangan guru. Guru memanggil seorang murid datang ke hadapan dan memintanya menyebut bunyi huruf vokal berdasarkan flash card yang diberikan oleh guru. Murid yang lain bersamasama menyebut huruf vokal tersebut. Guru memanggil murid lain itu membuat aktiviti seperti di atas.

ALATAN: Flash card STRATEGI: Belajar cara Belajar EMK: Komunikasi dan inovasi NILAI MURNI: Mendengar penerangan guru.

LANGKAH 2 (5 MINIT)

Persembahan Power Point Huruf Vokal. Uji Minda

(MEDIA AUDIO & VISUAL)

Menunjukkan gambar huruf vokal kepada murid melalui persembahan powerpoint. Mendengarkan bunyi huruf vokal melalui audio di dalam persembahan power point yang sama. Memanggil seorang demi seorang murid ke hadapan dan meminta murid tersebut membunyikan huruf vokal yang dipaparkan di dalam persembahan power point. Semak semula bunyi yang disebut oleh murid melalui audio yang disediakan. Berikan peneguhan atau pujian kepada murid.

ALATAN: Persembahan Power point. Speaker STRATEGI: Belajar cara Belajar EMK: Komunikasi dan inovasi NILAI MURNI: Mendengar penerangan guru.

LANGKAH 3 (10 MINIT)

Video Pendek (VIDEO) Huruf Vokal berserta contoh.

Menunjukkan video pendek kepada murid. Video berkaitan dengan huruf vokal dan

ALATAN: Komputer riba Speaker

26

1. 2. 3. 4. 5.

A E I O U

Ayam Enggang Ikan Orang Hutan Ular

menunjukkan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u. Bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyatakan contoh lain selain contoh yang diberikan. Beri peneguhan dan pujian kepada murid.

STRATEGI: Belajar cara Belajar EMK: Komunikasi dan inovasi NILAI MURNI: Menumpukan perhatian.

LANGKAH 4 (10 MINIT)

LEMBARAN KERJA Melengkapkan perkataan dengan huruf vokal berdasarkan gambar yang diberi.

Murid di minta melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar. Guru akan membimbing murid yang lemah dalam menyiapkan lembaran kerja.

ALATAN: Lembaran Kerja STRATEGI: Belajar cara Belajar EMK: Komunikasi dan inovasi

NILAI MURNI: Menumpukan perhatian. PENUTUP (5 MINIT) Rumusan Pengajaran Menyanyi semula lagu huruf vokal. Mengimbas semula perkara yang telah dilaksanakan.

Murid menyanyi lagu vokal sekali lagi bersama-sama guru. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam rumusan pengajaran. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan memberi salam.

ALATAN: Komputer riba Speaker STRATEGI: Belajar cara Belajar EMK: Komunikasi dan inovasi NILAI MURNI: Menumpukan perhatian.

27

CATATAN : 6 orang murid berjaya membunyikan huruf vokal dengan baik. Manakala 2 orang murid pula tidak dapat membunyikan dengan lancar sebaliknya memerlukan bimbingan lebih daripada guru.

5.0

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya masih diberi peluang untuk menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing bagi subjek EDU 3105 (Teknologi Dalam Pendidikan) Cik Asnizah Binti Musa kerana telah banyak memberi tunjuk ajar. Teknologi pendidikan adalah satu cara pemikiran dan juga menentukan matlamatmatlamat pendidikan yang boleh dicapai oleh pelajar. Ia adalah satu proses yang menggalakkan guru membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan media. Teknologi pendidikan juga merupakan satu proses bersepadu yang melibatkan manusia iaitu guru dan pelajar, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalahmasalah, mereka bentuk, melaksana, menilai dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aspek-aspek pembelajaran manusia.

28

Berdasarkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak input baru mengenai seni dalam pendidikan. Salah satunya mengenai penyediaan folio yang meliputi seluruh tajuk. Bukan mudah untuk menyediakan satu folio yang lengkap. Hal ini kerana ia, memerlukan ketelitian yang tinggi. Sebenarnya, penghasilan folio ini serba sedikit membantu saya memahami tajuk yang dipelajari dengan lebih baik serta meningkatkan pemahaman dalam hasil daripada pencarian maklumat yang dikehendaki. Malah secara tidak langsung juga, tugasan ini

merupakan salah satu pendedahan awal dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang kelak. Tugasan yang kedua ialah tugasan yang melibatkan rancangan pengajaran harian berdasarkan model ASSURE. Sebagai bakal guru, perancangan pengajaran yang rapi amat diperlukan bagi melaksanakan sesi pengajaran yang berkesan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif. Oleh itu, model ASSURE ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu pengajaran. Begitu juga, rancangan pengajaran yang telah saya hasilkan adalah berpandukan model ASSURE. Menyediakan rancangan pengajaran dengan

menggunakan model ASSURE ini membantu lebih mudah sebenarnya. Oleh itu, saya telah mengetahui bagaimana untuk menyediakan satu rancangan pengajaran yang mencakupi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Sebenarnya, kejayaan murid itu bergantung sepenuhnya

kepada pembelajaran yang diterima. Manakala pembelajaran pula diperoleh daripada guru. Oleh yang demikian guru perlu menyediakan rancangan pengajaran rapi dan berkesan. Kejayaan murid kita adalah di tangan kita, kejayaan murid kita adalah kejayaan kita dan balasan baik sentiasa menunggu kita di masa hadapan dalam bentuk yang tidak pernah kita duga. Jadi, perancangan yang sistematik perlu ada sebelum dan semasa melaksanakan

pengajaran dengan mengambil kira setiap aspek yang melibatkan pelajar dan juga persekitaran pembelajaran untuk menjadikan suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif. Dalam penyediaan media pula, saya telah memilih pelbagai media. Di sini, saya

mendapati murid-murid pendidikan khas amat tertarik dengan bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai, menarik serta bersifat maujud. Pandangan ini, dapat dikuatkan lagi dengan teori Jean Piaget yang menyediakan bahan konkrit kepada abstrak. Pelbagai kriteria yang perlu di ambil kira dalam penyediaan bahan agar sejajar dengan keupayaan dan keperluan murid. Penggabungjalinan bahan pengajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Di mana, suasana pembelajaran yang aktif bergantung kepada perancangan guru mengenai apa aktiviti yang ingin dilaksanakan. Jika guru merancang pengajaran dengan menitikberatkan

kriteria-kriteria yang disarankan dalam model ASSURE, maka persekitaran pembelajaran akan

29

menjadi menarik dan aktif.

Seperti yang kita ketahui, model ASSURE

merupakan aspek

penting untuk mendapat maklumat murid yang diajar sebelum melaksanakan pengajaran. Semasa proses penghasilan media pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Antara masalah yang saya hadapi adalah kurang arif dalam penggunaan perisian-perisian dalam komputer untuk menghasilkan hasil kerja yang baik. Oleh itu, langkah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Ternyata, sebelum penghantaran tugasan ini banyak aspek yang dapat saya menambahbaik. Bukan sahaja dapat menghasilkan bahan media dengan baik tetapi tugasan yang bakal dihantar menjadi lebih sistematik dan kemas berbanding sebelum adanya bimbingan daripada pensyarah. Selain itu juga, masalah yang saya turut alami adalah masalah dalam penulisan rancangan pengajaran harian berdasarkan model ASSURE dan KSSR. Ini kerana, ia Oleh itu,

merupakan kaedah baharu dan belum dapat dipelajari dengan lebih terperinci.

kolaborasi antara pensyarah opsyen turut dapat membantu saya dalam memehami dengan lebih dalam mengenai rancangan pengajaran harian berasaskan KSSR dan sekaligus membantu dalam penghasilan RPH yang lebih teratur dan lengkap sejajar dengan kehendak soalan. Berdasarkan hasil tugasan ini, saya turut mendapati sikap bekerjasama amat diperlukan dalam penyelesaian tugasan ini. Bukan mudah untuk menyelesaikan tugasan ini tanpa sikap kerjasama dan komitmen daripada rakan-rakan. Oleh itu, saya telah berkolaborasi dengan rakan-rakan bertujuan untuk bertukar pendapat dan maklumat mengenai tugasan yang diberi. Kesannya, saya boleh menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan dapat mengatasi segala halangan dengan adanya kerjasama daripada rakan-rakan. Malah melalui bantuan daripada rakan-rakan sekelas juga, saya dapat mempelajari cara menghasilkan media terutama sekali dalam penghasilan video serta persembahan slaid yang kreatif dan menarik. Bukan itu sahaja, saya juga berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing untuk mengatasi masalah yang tidak difahami dengan kehendak soalan. Dengan ini, saya sedar bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa bimbingan daripada seorang guru. Konklusinya, proses menyelesaikan kerja kursus ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan, malahan mengajar saya bagaimana untuk bekerja dalam satu organisasi. Pengalaman kecil ini, akan saya aplikasikan apabila menjadi seorang pendidik kelak.

30

6.0

RUJUKAN

Baharuddin Aris. 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia. Sekudai: Penerbit UTM

Chin Yoon Poh. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: UG Prss Sdn.Bhd

Mohd. Zaki Hj. Awang. 2001. Penilaian dan pemilihan Bahan Sumber di Internet. Serdang: http://www.geocoties.com/ikaz3/nilaiweb.htm. diakses pada 30 Julai 2013

31

Noriati A.Rashid. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd

Rokiah Ismail. 1999. Bahan Pelbagai Media. Johor: PSPN

Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

32

Anda mungkin juga menyukai