Anda di halaman 1dari 27

PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN SAINS TAHUN 2013

Penyelidik Nur Atiqah Binti Samsimon Pensyarah Pembimbing Puan Fathaiyah Binti Abdullah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN TUMPUAN DAN MINAT MURID TAHUN 1 DALAM SUBJEK DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI MENGGUNAKAN KAEDAH BERCERITA BERSAMA BUKU BESAR (4B)

REFLEKSI
Murid kurang menunjukkan minat dan sukar memberikan tumpuan. Murid lebih tertumpu pada alat-alat di persekitaran mereka. Ala cikgu, saya dah tahu. Cikgu ajar la yang lain pula. Ada juga yang mengatakan Boring la cikgu. Saya dah tahu.

Murid bermasalah untuk mengulang semula istilah-istilah baru, memadankan keanggotaan badan haiwan, mengenal pasti keanggotaan haiwan, dan sebagainya. Tajuk bermasalah: Tajuk-tajuk dalam tema Sains Hayat.

GAMBAR MURID SEBELUM INTERVENSI

TINJAUAN LITERATUR
Menurut Omardin (1996), minat merupakan suatu perkara yang penting bagi mendorong pelajar bergiat cerdas dalam pembelajaran. Mohamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood (2011), minat yang tinggi akan mempengaruhi sesuatu benda itu dengan mudah dan pencapaiannya lebih baik. Sharifah Alwiyah (1988) pula mengatakan minat adalah penggerak atau inklinasi seseorang itu untuk memberikan perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Menurut Mohamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood (2011), jika seseorang itu berminat ia akan terus memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap perkara yang diminati.

TINJAUAN LITERATUR
Bloom (1976) telah mengkategorikan tiga alasan mengapa pelajar tidak berminat dalam sesuatu subjek. Pertama kerana memikirkan mata pelajaran tersebut adalah susah. Kedua, kerana mata pelajaran tersebut tidak menarik minat mereka serta tidak mempunyai kepentingan dan ketiga ialah faktor guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

PERNYATAAN MASALAH
Murid kurang menunjukkan minat dan sukar memberikan tumpuan semasa mempelajari tajuktajuk dalam tema sains hayat Dunia Sains dan Teknologi. Murid cepat hilang fokus terutamanaya apabila tiba di pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid menyebutkan istilah yang tidak tepat. Hanya beberapa orang sahaja dapat menjawab soalan dengan betul.

OBJEKTIF KAJIAN
Meningkatkan tumpuan dan minat murid tahun 1 terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi menggunakan kaedah Bercerita Bersama Buku Besar (4B).

SOALAN KAJIAN
Bagaimana meningkatkan tumpuan dan minat murid untuk mempelajari subjek Dunia Sains dan Teknologi agar murid dapat memahami dengan jelas isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah 4B?

KUMPULAN SASARAN
8 orang murid tahun 1 (6 lelaki, 2 perempuan).

2 orang murid lemah dalam kemahiran membaca dan


menulis. Sebahagian daripada murid-murid ini tidak pernah

bersekolah di pra sekolah.


Berdasarkan rekod markah ujian DST pertama yang lalu, keputusan keseluruhan menunjukkan tahap pencapaian murid-murid ini adalah pada tahap sederhana.

INTERVENSI
BERCERITA BERSAMA BUKU BESAR (4B)

CARA PENGHASILAN
Buku lukisan (drawing block), kertas warna, double tape, gambar-gambar watak dalam kartun kanak-kanak yang popular, maklumatmaklumat berkaitan tajuk, kad manila, binding tape, marker pen, pensel warna, dan gam. Bahan-bahan dicetak daripada internet.

LANGKAH MENJALANKAN INTERVENSI

Buku besar ini hanya boleh terbuka jika murid beri tumpuan dan dengar isi pengajaran.

Murid sebutkan haiwan peliharaan di rumah

Menunjukkan gambar haiwan berserta label .

bercerita kisah haiwan tersebut.


mengaitkan cerita dengan fungsi anggota badan badan haiwan.

Lembaran kerja berkaitan dengan topik

Menyebutkan keanggotaan badan haiwan dan nyatakan fungsinya

CARA KUMPUL DATA


Refleksi murid Pemerhatian (senarai semak) Soal selidik Temu bual Analisis dokumen

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN
Semua murid menunjukkan peningkatan minat dan tumpuan.

Jadual : Analisis borang senarai semak


Tema Murid Mengangkat tangan Bertanya soalan Menjawab soalan Tumpuan terhadap P&P Ekspresi berminat Peratus aktiviti individu (%)

Murid 1 Murid 2 Murid 3

/ / /

/ /

/ / /

/ / /

100 80 100

Murid 4
Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8

/
/ / / /

/
/

/
/ / / / / /

/
/ / / /

80
100 80 100 100

/ /

/ /

Peratus aktiviti semua murid (%)

100%

75%

100%

87.5%

100%

Murid menunjukkan perubahan yang positif. 5 daripada 8 orang murid iaitu murid 1,3,5,7 dan 8 telah melibatkan diri bagi semua tema tersebut. Tiga orang murid lagi iaitu murid 2,4, dan 6 menunjukkan peratusan penglibatan sebanyak 80%. Ketiga-tiga murid ini boleh dikategorikan sebagai lemah kerana mereka mempunyai masalah dalam kemahiran membaca & menulis.

CADANGAN KAJIAN
Melengkapkan buku besar dengan lebih banyak aktiviti yang
menguji minda bagi menggalakan murid berfikir. Membalut setiap helaian dalam buku besar ini dengan plastik jernih agar tahan lebih lama dan murid dapat menulis sesuatu di atasnya dengan menggunakan penanda papan putih (whiteboard marker) serta boleh dipadam semula setelah digunakan. Mengaplikasikan kaedah 4B ini bagi tajuk dalam tema-tema lain yang bersesuaian bukan sahaja bagi murid tahun 1, malah

turut boleh digunakan bagi murid-murid lain secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai