Anda di halaman 1dari 4

MENINGKATKAN TUMPUAN DAN MINAT MURID TAHUN 1 DALAM SUBJEK DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI MENGGUNAKAN KAEDAH BERCERITA

BERSAMA BUKU BESAR (4B) Nur Atiqah Bt Samsimon Fathaiyah Bt Abdullah

Abstrak Murid bermasalah untuk memberikan tumpuan dan kurang menunjukkan minat terhadap pembelajaran dan pengajaran (PdP) subjek Dunia Sains dan Teknologi. Kajian ini bertujuan meningkatkan tumpuan dan minat murid tahun 1 terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi.menggunakan kaedah Bercerita Bersama Buku Besar (4B). Seramai 8 orang murid tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Data telah dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, refleksi murid, soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tumpuan dan minat murid yang signifikan setelah kaedah 4B diperkenalkan. Di samping itu, murid telah memberikan respon yang positif dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi. Rumusannya, kaedah ini harus diperkenalkan dalam kalangan murid untuk meningkatkan tumpuan dan minat mereka terhadap subjek ini di samping membantu mereka dalam kemahiran membaca. 1.0 REFLEKSI P&P Pengkaji mendapati murid tidak menunjukkan minat dan sukar memberikan tumpuan pada pertengahan sehingga akhir sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pengkaji mendapati kebanyakan murid kurang berminat dan kurang memberikan tumpuan terutamanya terhadap tajuk-tajuk yang kelihatan mudah seperti anggota badan manusia, keanggotaan badan haiwan, cara haiwan bergerak dan sebagainya. Apabila diajukan soalan, kebanyakan mereka kurang memberikan respon dan hanya berdiam. Murid menunjukkan rasa bosan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran sebelum intervensi dijalankan. Kesan daripada masalah minat dan tumpuan, pengkaji mendapati murid bermasalah untuk mengulang semula istilahistilah baru, memadankan keanggotaan badan haiwan, mengenal pasti keanggotaan haiwan, dan sebagainya. Apabila ditanya pada sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) seterusnya, masih ada lagi yang menggunakan istilah-istilah yang kurang tepat dan tidak dapat memadankan istilah dengan gambar. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus kepada masalah tumpuan dan minat murid terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi. Pengkaji cuba memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan tumpuan murid dengan menggunakan kaedah Bercerita Bersama Buku Besar (4B). Pengkaji mendapati buku besar yang dimuatkan dengan pelbagai gambar, ilustrasi dan aktiviti-aktiviti yang menarik serta mengandungi perkataan mudah yang menerangkan isi-isi pelajaran yang disampaikan melalui penyampaian cerita yang menarik dapat memukau minat dan tumpuan murid-murid untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat pada setiap helaian buku tersebut. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Murid-murid diharap dapat mencapai objektif yang berikut: Meningkatkan tumpuan dan minat murid tahun 1 terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi menggunakan kaedah Bercerita Bersama Buku Besar (4B).

PERSOALAN Bagaimana meningkatkan tumpuan dan minat murid tahun 1 untuk mempelajari subjek Dunia Sains dan Teknologi agar dapat memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh pengkaji dengan jelas menggunakan kaedah 4B? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan ke atas lapan orang murid tahun satu di sebuah Sekolah Kebangsaan di sekitar daerah Kuala Pilah. Berdasarkan rekod markah ujian DST yang lalu, keputusan keseluruhan menunjukkan tahap pencapaian murid-murid ini adalah pada tahap yang sederhana. Terdapat dua orang murid yang lemah dalam kemahiran membaca dan sebahagiannya tidak pernah bersekolah di pra sekolah sebelum mendaftarkan diri di tahun 1. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Dalam tinjauan masalah, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang timbul dalam PdP apabila ramai murid kurang menunjukkan minat dan cepat hilang tumpuan apabila di pertengahan proses PdP dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi. Buku besar ini boleh digunakan sepanjang fasa pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan contoh PdP dalam tajuk keanggotaan badan haiwan, berikut merupakan antara aktiviti yang dimuatkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah 4B. Set induksi Pengkaji membawa buku besar ini untuk menarik perhatian murid. Pengkaji menyatakan kepada murid-murid bahawa buku besar ini hanya boleh terbuka jika murid-murid memberikan tumpuan dan mendengar apa yang disampaikan oleh pengkaji. Menjana idea Pengkaji menunjukkan gambar Upin Ipin dalam buku besar tersebut dan memberitahu murid bahawa Upin Ipin mempunyai haiwan peliharaan iaitu ayam. Pengkaji meminta murid menyebutkan nama haiwan peliharaan di rumah mereka. Penstrukturan semula idea Pengkaji telah bercerita kepada murid-murid menggunakan buku besar. Pengkaji telah menunjukkan gambar haiwan berserta label anggota badan haiwan. Contoh haiwan ialah burung. Pengkaji akan bercerita tentang kisah burung gagak yang kehausan yang menggunakan paruhnya untuk mendapatkan air yang sedikit dalam sebuah balang. Murid akan mengaitkan cerita pengkaji dengan fungsi anggota badan badan haiwan yang telah diketahui. Pengkaji boleh meminta murid mengulang nama anggota badan haiwan, menyatakan fungsi dan memberikan pendapat tentang kepentingannya kepada haiwan tersebut. Aplikasi idea Memberikan murid-murid lembaran kerja berkaitan dengan topik yang diajar untuk melihat sejauh mana kefahaman murid-murid terhadap isi PdP hasil daripada tumpuan dan minat yang ditunjukkan. Penutup Pengkaji memberikan satu contoh nama haiwan dan meminta murid menyebutkan keanggotaan badan haiwan tersebut dan menyatakan fungsinya. 6.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan hasil analisis borang soal selidik sosiometri yang telah dijalankan, keseluruhan murid tahun 1 telah memilih imej senyum bagi keempat-empat item soalan yang diberikan. Kesemua item soalan menunjukkan keputusan 100%. Ini menunjukkan kesemua murid berminat dan sudah mula memberikan tumpuan yang lebih terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi yang disampaikan menggunakan kaedah 4B. Hasil temubual ke atas 2 orang murid menunjukkan murid berasa seronok dan berminat untuk belajar menggunakan kaedah Bercerita Bersama Buku Besar (4B). Minat dan

tumpuan murid terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi semakin meningkat setelah intervensi dijalankan. Hasil analisis senarai semak pula menunjukkan terdapat peningkatan tingkah laku iaitu 5 daripada 8 orang murid telah melibatkan diri secara aktif dengan menunjukkan minat dan memberikan tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan peratusan tertinggi iaitu 100% berdasarkan tema yang diukur. Tiga orang murid lagi menunjukkan peningkatan terhadap tingkah laku dengan peratusan sebanyak 80%. Analisis dokumen murid menunjukkan peningkatan hasil kerja selepas intervensi dilakukan. Keadaan ini memberi gambaran bahawa murid telah memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Apabila tumpuan diberikan, murid lebih memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pengkaji. Oleh itu, murid dapat menjawab semula soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah diberikan dengan baik.

Hasil kerja murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Bagi mengatasi beberapa kelemahan dalam intervensi yang dilakukan, pengkaji mencadangkan supaya: i. Mengaplikasikan kaedah 4B ini bagi tajuk dalam tema-tema lain yang bersesuaian bukan sahaja bagi murid tahun 1, malah turut boleh digunakan bagi murid-murid lain secara menyeluruh. ii. iii. iv. Menggunakan lebih banyak instrument untuk mengumpul data bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Melengkapkan buku besar dengan lebih banyak aktiviti yang menguji minda bagi menggalakan murid berfikir. Membalut setiap helaian dalam buku besar ini dengan plastik jernih agar tahan lebih lama dan murid dapat menulis sesuatu di atasnya dengan menggunakan penanda papan putih (whiteboard marker) serta boleh dipadam semula setelah digunakan. Menggabungjalin cabang seni yang lain dalam aktiviti buku besar seperti nyanyian, muzik dan pelbagai permainan.

v.

RUJUKAN Mastura Hasim (2009). Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Prosiding Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (pp5-17). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosli Sahat, Badrul Hisham Alang Osman, kartini Abdul Mutalib, Ahamd Shahbudin

Yahaya (2011). Kajian Tindakan Untuk PISMP. IPG Kampus Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai