Anda di halaman 1dari 1

Pada hari ini, saya telah diberikan Buku Teks Tahun 4 dan 5 oleh Pn Salmi.

Saya juga dibekalkan dengan Buku Panduan Guru untuk dijadikan rujukan selama saya menjalani praktikum kali ini. Pada hari ini juga, saya telah masuk ke kelas 5 Dinamik untuk melakukan sesi perkenalan dengan murid-murid. Saya melakukan sesi perkenalan dan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk digunakan semasa sesi pengajaran nanti. Saya juga

memperkenalkan peraturan kelas kepada murid semasa berada dalam kelas saya. Perkenalan dengan murid-murid memberi kelebihan kepada saya untuk mengenali mereka dan memudahkan saya untuk melakukan sesi pengajaran. Tahap dan keupayaan murid juga dapat saya kenalpasti semasa melakukan beberapa aktiviti di dalam kelas tersebut. Pengetahuan yang dimiliki ini membolehkan saya merancang pengajaran saya pada keesokkan harinya kerana pada esok hari merupakan kelas saya bersama 5 Dinamik. Selepas itu, saya diberikan tunjuk ajar dan bimbingan oleh Pn Salmi selepas beliau melihat keadaan saya di dalam kelas. Penambahbaikan akan saya lakukan pada masa akan datang untuk mempertingkatkan tahap kemahiran saya dalam sesi pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai