Anda di halaman 1dari 17

( HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN ) 7391)

(750617-01-

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013

KOD KURSUS HBAE 2103

TAJUK KURSUS: CORAK DAN REKAAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

750617017391001 750617-01-7391 0197547723 zarahin@oum.edu.my OUM JOHOR

HBAE2103

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 3.0 PERKAITAN MAKNA DAN SIMBOL DALAM CORAK DAN REKAAN 4.0 KESIMPULAN

MUKA SURAT 2-4 48

8 13 13 15

HBAE2103

1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Dalam merekayasakan Pendidikan Seni Visual Guru Pendidikan Seni memainkan peranan penting Dari Sudut psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri murid berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran pendidikan Seni Visual, membolehkan aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati) hasil karya yang dicipta. Dari sudut emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat 3

HBAE2103

pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran seni visual ini akan menjadikan , aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut. Kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi. Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. 2. Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 4

HBAE2103

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni Secara menyediakansetting/set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara aktiviti permainan seni Secaralawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

2.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Dalam menghasilkan corak dan rekaan murid akan dinilai dari pelbagai sudut pandangan tertentu. Hal ini kerana terdapat tiga bidang utama yang khusus yang boleh dinilai oleh guru untuk meningkatkan keyakinan murid dalam menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Tiga tujuan tersebut ialah: 2.1 PERLAKUAN SENI 2.1.1 Dalam bidang ini akan membolehkan guru menilai tahap perlakuan murid semasa memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Ini dapat dilihat dalam satu hasilan yang telah dibuat oleh murid. Pada peringkat ini kebanyakan murid memilih dan dan menilai kesesuaian warna untuk diadaptasikan di atas lakaran atau gambaran yang telah dihasilkan. 2.1.2 Murid juga dapat mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas dalam mereka corak yang akan dihasilkan. Ini dapat dilihat ada sebahagaian murid yang telah meletakkan bentuk-bentuk kecil di bahagaian tepi manakala rekaan corak yang besar diletakkan di bahagian tengah. Di sini murid telah dapat membezakan motif utama dan motif sampingan yang ingin disampaikan dalam corak mereka. Contohnya terdapat murid yang telah melukis daun-daun kecil di sebelah tepi manakala bunga di bahagian tengah. 2.1.3 Murid juga dalam pada masa yang sama juga dapat menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. Dalam mereka corak, garisan memainkan peranan penting semasa membuat lakaran. Ini juga dapat diperhatikan semasa murid membuat lakaran. Garisan yang dihasilkan ada yang tebal dan nipis. 2.1.4 Seterusnya dalam aktiviti memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi mengasilkan gubahan seni. Perlakuan ini dapat dilihat semasa murid membuat 5

HBAE2103

corak menggunakan teknik capan. Pada masa ini murid memilih bentuk yang sesuai agar bentuk-bentuk tersebut dapat memberi satu gambaran corak yang menarik dan terancang. Dalam masa yang sama juga murid telah dapat menghasilkan gambaran yang berkaitan dengan unsur-unsur semula jadi sesuatu benda. Contohnya murid telah menghasilkan corak berdasarkan alam semuljadi seperti bermotifkan flora. 2.1.5 Perlakuan murid juga dapat dilihat semasa murid memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. Pada proses ini murid akan dilihat mencari atau memilih jenis berus yang sesuai untuk menghasilkan warna yang menarik. Murid juga membuat penilaian warna yang sesuai untuk menjadikan corak yang dihasilkan lebih menarik dengan mainan warna yang sekata. 2.1.6 Setelah murid menerima arahan yang jelas daripada guru murid akan mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan yang tertentu untuk menghasilkan karya seni mereka. Pada masa ini wujud perlakuan konsep meniru hasil murid yang lain. Pada masa ini murid akan membuat olahan hasil daripada peniruan atau bahan yang dipaparkan. Semasa proses ini murid telah meniru bahan yang dipaparkan. Secara tidak langsung murid dapat mengolah satu corak. 2.1.7 Pada peringkat ini juga murid dapat mengenal unsur corak yang terdapat dipersekitaran. Corak yang dihasilkan juga sama ada berdasarkan gambaran paparan yang disediakan atau murid menggambarkan corak sendiri. Ini dapat diperhatikan apabila ada murid yang ingin mereka corak berdasarkan bunga raya. 2.1.8 Murid juga akan dapat membezakan jenis corak tertentu. Ini dapat diperhatikan apabila guru mempamerkan jenis-jenis corak mengikut budaya masyarakat di Malaysia. Daripada gambaran ini murid dapat menilai keupayaan mereka untuk menghasilkan corak yang telah ditunjukkan. 2.1.9 Murid juga akan dapat menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk Dalam proses penghasilan corak yang dihasilkan ini murid telah membuat corak.

menggunakan pelbagai jenis bahan dan alat untuk membuat corak. Antara bahan dan alat yang digunakan seperti , warna air, krayon, straw, kentang, daun, dan lain-lain. Pada peringkat ini juga kita dapat melihat murid mengatur corak mengikut kesesuaian ruang. 2.1.10 Murid juga telah mencipta sesuatu karya seni yang digemari. Ini dapat dilihat murid kebanyakannya mereka corak menggunakan bahan alam semula jadi. Kebanyakan 6

HBAE2103

corak yang dihasilkan menggunakan corak bunga dan daun. Manakala dalam aktiviti tiupan dan cetakan murid lebih kepada bentuk ranting dan unsur-unsur geometri. 2.1.11 Murid juga dapat dilihat dari satu sudut membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Perlakuan ini dapat diperhatikan semasa murid melihat contoh paparan yang ditunjukkan. Murid memikirkan corak jenis apa yang ingin dilakarkan di atas kertas mereka. Setelah siap melakar corak, murid pula membuat pilihan warna yang sesuai. 2.1.12 Seterusnya murid juga akan mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. Namun begitu pada peringkat ini murid akan mencuba untuk menghasilkan sesuatu karya yang menarik. Seterusnya dengan kaedah-kaedah ini akan dapat melatih kebiasaan untuk murid mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut. 2.2 PERSEPSI SENI

Dalam menghasilkan karya seni visual murid perlu mengetahui elemen-elemen utama yang ada dalam seni. 2.2.1 Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. Daripada hasil karya yang dilihat ini dapat diperhatikan susunan hasilan murid berulang-ulang seperti ulangan garisan, rupa jalinan , bentuk dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu berpandukan garisan grid .Begitu juga dalam penghasilan warna dari kumpulan yang sama dan mempunyai hubung kait. Pada peringkat ini juga murid dapat mewujudkan kontra. Penegasan juga dapat diperhatikan apabila murid menunjukkan gambar yang utama. 2.2.2 Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Ini kerana dalam proses menghasilkan corak murid akan menggunakan imaginasi untuk membuat gambaran corak yang akan dihasilkan. Ini dapat diperhatikan apabila murid mengolah hasil karya dariapda satu bahan yang dipamerkan. 2.2.3 Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. Pada peringkat ini murid dapat mengenal pasti unsur alam semula jadi dalam menghasilkan corak yang mereka inginkan. 7

HBAE2103

2.2.4

memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. Pada peringkat ini dapat

kita perhatikan murid dapat menyusun corak utama dan corak sampingan yang mereka akan hasilkan. 2.2.5 Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. Pada peringkat ini murid menggunakan straw. Pada masa ini murid mengetahui bahawa straw boleh digunakan untuk mereka corak mengikut kreativiti masing-masing. 2.2.6 Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. Pada peringkat ini yang dapat saya perhatikan apabila murid-murid menyiapkan karya mereka dengan menggunakan warna-warna yang menarik. 2.2.7 2.2.8 memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. Pada masa ini murid dapat Pada masa ini murid dapat membezakan hasil karya masing-masing. mengetahui selain corak yang dihasilkan murid juga dapat melihat hasilan corak yang dihasilkan melalui teknik tiupan menggunakan straw telah memberikan satu corak yang terdapat pada baju batik. 2.2.9 menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. Ini dapat diperhatikan apabila murid melihat hasil mereka melalui jalinan tampak iaini jalinan dalam bentuk dua dimensi. 2.2.10 menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. Murid dapat menyatakan warna yang digunakan seperti warna asas, warna sekunder, dan warna tertier. Penggunaan warna ini murid dapat kaitkan dengan warna harmoni, warna penggenap dan sewarna. 2.2.11 Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. Dalam hal ini kebanyakan corak yang dihasilkan lebih terarah kepada unsur-unsur flora. 2.2.12 menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan merek. Ini kerana pada peringkat ini murid akan memberi pandangan mereka mengenai hasilan karya yang mereka hasilkan. 2.2.13 menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. Pada peringkat ini murid akan menyedari karya mereka itu sama ada sama atau tidak dengan hasil seni yang mereka hasilkan 8

HBAE2103

2.2.14 memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni. Pada peringkat inilah proses apresiasi seni bermula. Murid akan berkongsi maklumat daripada hasilan seni yang mereka hasilkan. 2.3 PENGETAHUAN BUDAYA Dalam mereka corak murid-murid juga hendaklah didedahkan dengan budaya budaya masayrakat tertentu. 2.3.1 mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. Dalam menghasilkan corak murid tidak terlalu menghasilkan corak yang terlalu abstrak. Contohnya menghasilkan corak menggunakan teknik tiupan straw murid hanya menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan lakaran corak yang diingini. 2.3.2 mengenal, mengolah, mengubahsuai, dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. Dalam hal ini murid mengambil contoh corak baju batik 1Malaysia yang mengandungi pelbagai ciri budaya masyarkat Malaysia. Hasil daripada gambaran batik itu dapat diperhatikan murid mengambil sebahagian corak untuk mereka hasilkan. 2.3.4 mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan mereka. Setelah menyiapkan corak yang direka murid boleh menjadikan corak tersebut sebagai beg kertas. 2.3.5 2.3.6 mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan tradisional. kebangsaan. 3.0 PERKAITAN CORAK DAN REKAAN KANAK-KANAK DENGAN MAKNA DAN SIMBOL. Untuk membolehkan pelajar faham kaitan corak dengan pendidikan sosial, pelajar perlu mengalami sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri proses yang dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni. Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu latar belakang sosial. Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan sesuatu masyarakat. Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa, zaman, 9

HBAE2103

budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-bahan yang digunakan, teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada dapatan maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan agama. Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat memberikan kita pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi masyarakat, memberi mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh; bagaimana imej digunakan untuk menyebarkan semangat patriotik dan kempen anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan pendekatan sosial di mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial memahami pemikiran masyarakat. Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar mengalami pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam penghasilan sesuatu bahan seni. Proses penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar untuk memahami persoalan seperti kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada masyarakat. Semua aktiviti seni ada kaitan dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh sejarah dan geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni, apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana ilmu seni itu boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama, politik, ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan pendekatan sosial. Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan sosial harus perlu ada keseimbangan. Satu cara intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai sebagai perkongsian untuk subjek yang mempunyai matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini, setiap topik dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan sosial secara bergilir-gilir. Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan Pendidikan Seni akan tercapai. Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni dengan baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu 10

HBAE2103

produk dari asal usul sejarah dan budaya. Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan dengan isu semasa ketika itu. Menurut Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat kombinasi kedua-dua struktur seni dan sosial adalah satu pencapaian kognitif. Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya menggunakan simbol sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Pendidikan merupakan satu proses budaya. Mempel ajari mencorak dan membuat rekaan amat membantu dalam pembelajaran dan perkembangan kanak kanak terutama dari aspek kepekaan pengamatan, kognitif dan kreativiti.Sekarang mari kita huraikan satu persatu tiga aspek ini.Pertama, kita lihat dari sudut kepekaan pengamatan. Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak kanak meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak corak yang dihasilkan melalui motif motif yang diminta. Kanak kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif motif dan rekaan serta corak yang dibuat.Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora,kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya Bentuk dilahirkan

kepadacorak yang menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran mebuat corak dan rekaanamat membantu kanak kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif.Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak corak terhasil adalah daripada pengamatan pereka perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak corak dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orangdulu dulu didalam membuat 11

HBAE2103

sesuatu

corak

dan

rekaan.

Maka

tidak

dapat

disangkalkan

lagi b a h a w a m e m p e l a j a r i s e n i c o r a k d a n r e k a a n a m a t m e m b a n t u k a n a k k a n a k d i d a l a m meningkatkan kepekaan pengamatan mereka. Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan merekadalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.Keduanya, kita lihat pula dari sudut kognitif. Kognitif merujuk kepada akal fikiran ataukemampuan seseorang itu berfikir dengan menggunakan akal fikiran. Melalui aktiviti mencorak dan membuat rekaan, ia banyak membantu kanak kanak untuk meningkatkan kognitif mereka.Melalui jenis jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspres i mereka. Pemikiranmereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pen g a m a t a n m e r e k a d i d a l a m m e l a k s a n a k a n aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut, kanak kanak akana membuat penerokaan serta mengkaji motif motif yang ingin digunakan, seterusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan seterusnya membuat l a k a r a n yang s es u a i . Melalui p e m i k i r a n p u l a m e r e k a m e m b u a t k e p u t u s a n y a n g t e p a t u n t u k memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan. Ini amat membantu mengembangkan kognitif mereka serta mencetus idea idea baru mereka Dalam penghasilan corak ini murid telah didedahkan dengan baju batik 1 Malaysia. Daripada olahan batik tersebut murid telah mengambil beberapa contoh dan dijadikan hasil corak mereka. Sebelum itu batik 1Malaysia ini direka dengan menggabungkan kaum-kaum yang ada di negara Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, dan etnik di Sabah dan Sarawak. Kesemua elemen itu diperlihatkan menerusi motif songket, 12

HBAE2103

paisley, bulu merak, pua kumba, bungai pioni, dan bunga kapas. Lima elemen warna digunakan iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih. Kehalusan rekaan corak batik diolah bermotifkan kebudayaan dan warisan empat masyarakat dominan dan utama di Malaysia. Motif awan larat yang sering terdapat pada batik dan tenunan songket mewakili kaum Melayu. Daun paisley dan bulu merak pula melambangkan kemegahan budaya kaum India. Sementara itu bagi kaum Cina, bunga pioni dan bunga kapas menghiasi fabrik tersebut. Gabungan lima warna iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih pula menonjolkan elemen bangsa Malaysia. Selain itu motif kain tenun pua kumbu, iaitu tekstil warisan nenek moyang masyarakat Iban, juga tersemat dalam rekaan batik tersebut. Penggunaan warna terang seperti merah dan biru yang dijalinkan bersama warna kelabu dilihat sebagai suatu yang memberi kelainan. Corak bermotifkan bunga raya juga disertakan pada selendang bagi dipakai oleh kaum wanita. Hasil daripada itu dapat kita lihat di sini pada salah satu contoh corak yang dihasilkan di sini murid mencorak rupa burung merak. Ini dapat dilihat melalui penggunaan warna dan menunjukkan burung merak tersebut dalam keadaan mengembangkan ekornya. Seperti yang kita sedia maklum corak burung merak ini merupakan lambang kemegahan kaum India. Dalam mencorak berupa ranting pula merupakan satu lagi unsur yamg menunjukkan suatu keadaan yang mendamaikan. Penggunaan unsur ranting ini kini begitu popular melaui pakaian baju batik. Corak ini kelihatan santai apabila digayakan oleh pemakainya. Begitu juga halnya dengan corak polkadot kini menjadi tarikan ramai wanita yang menggayakan feseyen ini. Corak ranting ini boleh dilihat melalui corak yang menggunakan teknik tiupan straw manakala corak ppolkadot corak yang menggunakan teknik resis. Budaya Cina sudah wujud sejak ribuan tahun yang lalu simbol-simbol ini diwujudkan dalam bentuk Simbol Fizik maupun Simbol Bukan fizik. Antara kategori yang terkandung ialah fauna, flora, fenomena alam, lagenda dan geometri. Fauna yang diterapkan oleh masyarakat Cina ialah haiwan yang melambnagkan keselamatan dan pembawa nasib baik. Haiwan yang sering digunakan ialah naga, macam, singa, kura-kura dan burung bangau. Contohnya burung bangau yang melambangkan usia panjang, Begitu juga halnya burung hang melambangkan ketulusan hati, kesetiaan, keadilan dan 13

HBAE2103

kemanusiaan. Manakala flora juga mempunyai mempunyai maksud-maksud yang tertentu. Bunga Peoni contohnya melambangkan keteguhan hati, bunga teratai melambangkan kesucian. Selain itu bunga bunga plum/ sakura, cemara, bambu dan beringin keempat-empat bunga ini melambangkan empat sifat kebajikan. Fenomena alam juga sering dikaitkan dalam teknik mencorak contohnya angin, hujan, bintang, api dan matahari dan bulan. Api digambarkan sebagai simbol terang dan kemurnian. Matahari dan bulan sering digambarkan dalam kain atau Tik lian, kerana bersinar dan terang sehinggga melambangkan keadilan dan kekuatan yang luar biasa. Selain itu juga warna juga mempunyai perkatan dengan corak yang dihasilkan. Warna merah merupakan simbol dari unsur api yang melambangkan kegembiraan, harapan, keberuntungan dan kebahagiaan. Warna hijau simbol dari unsur kayu (mu) yang melambangkan panjang umur, pertumbuhan dan keabadian. Warn kuning simbol dari tanah melambangkan kekuatan dan kekuasaan. Warna hitam simbol dari unsur air yang melambangkan keputus asaan dan kematian. Warna putih merupakan simbol dari logam yang melambangkan kedukaan atau kesucian. Warna ini jarang dipakai. Warna biru tidak menyimbolkan unsur apa-apa. Namun begitu dikaitkan dengan dewa-dewa. Secara tidak langsung dapat kita perhatikan di sini setiap corak dan rekaan yang dihasilkan mempunyai makna dan simbol-simbolnya yang tersendiri. 4.0 Kesimpulan Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat 14

HBAE2103

Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual terutamanya dalam aktiviti corak dan rekaan, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan. Peranan corak dan rekaan dalam pendidikan seni visual ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan 15

HBAE2103

peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini. Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni mencorak dan rekaan sama ada dari aspek pembangunan insan, pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan kehidupan seharian. Seni bukan semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat.

16

HBAE2103

RUJUKAN / REFERENSI Mohd Zaihidee Hj Arshad, (2011), Corak dan Rekaan, Penerbitan Open Universiti Malaysia Kathleen Chee, (2012), Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Hassan M. Ghazali (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4 & 5, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia, (1998). Buku sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. www.batikmalay.com www.senivisual.com/2008/07abdullah-ariff.html

17

Anda mungkin juga menyukai