Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bab keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menekankan berkaitan pembelajaran murid di mana dasar semasa Kementerian untuk menyokong pendidikan pemulihan jelas menyatakan bahawa mana-mana murid yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira mesti menerima bantuan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berada di platform yang sama dengan rakan sebaya. Literasi dan Numerasi (LINUS) 1.0 dilaksanakan pada tahun 2010 untuk menangani isu literasi bahasa Malaysia dan numerasi dalam kalangan murid Tahap 1 sekolah rendah. Program ini menunjukkan kejayaan yang menggalakkan kerana terdapat peningkatan literasi bahasa Malaysia daripada 87% kepada 98%, dan numerasi daripada 76% kepada 99% dalam kohort rintis. LINUS 2.0 akan dibentuk berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani isu literasi bahasa Inggeris serta literasi bahasa Malaysia, dan isu numerasi. Murid yang ketinggalan akan dikumpulkan di dalam kelas yang tertentu dan diajar berdasarkan keperluan mereka. Guru yang mengajar murid ini akan menerima latihan khusus bagi memastikan mereka dapat mengaplikasi strategi terbaik yang dapat

Anda mungkin juga menyukai