Anda di halaman 1dari 6

konsonan berganding.

Kegagalan penguasaan kemahiran ini akan menghalang pembacaan bagi bahan-bahan bacaan di peringkat yang lebih tinggi walaupun kebanyakan ayat yang digunakan sebagai bahan bacaan adalaha terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kegagalan membaca perkataan konsonan berganding ini mampu menggugat kefahaman murid-murid di dalam bacaan. Penyelidik juga mengadakan ujian formatif secara bacaan bagi menguji tahap penguasaan membaca murid-murid mengenai perkataan-perkataan konsonan

berganding. Hanya beberapa perkataan konsonan berganding yang dapat disebut dengan baik seperti [trak], [span] dan beberapa perkataan harian yang biasa disebut dan diperdengarkan. Kaedah temubual secara tidak berstruktur juga diadakan bagi mengetahui punca kegagalan penguasaan kemahiran ini. Apabila sesi soal jawab ini diadakan, murid-murid memberitahu bahawa perkataan yang ingin dibacakan itu susah. Terdapat juga di antara mereka memberitahu bahawa perkataan yang diminta untuk dibaca itu adalah pertama kali didengari. Selain itu, penyelidik telah menemu bual guru pemulihan yang mengajar kelas ini iaitu Puan Mariah Binti Abd. Ghani. Beliau merupakan Jurulatih Utama Negeri Terengganu bagi Program Pemulihan Khas. Beliau turut mengakui kesukaran muridmuridnya dalam menguasai kemahiran perkataan digraf, diftong, vokal berganding dan konsonan berganding. Ujian-ujian pelepasan yang dijalankan juga mengalami kegagalan kerana muid-murid gagal menguasai kemahiran-kemahiran ini dengan berkesan. Beberapa langkah penyelesaian telah digunakan namun, masih menemui jalan buntu. Tahap penguasaan murid-murid masih ditahap sederhana berbanding penguasaan mereka terhadap perkataan-perkataaan yang melibatkan suku kata terbuka dan tertutup.
12

Bagi meningkatkan kemahiran bacaan murid-murid pemulihan ini bagi perkataan konsonan berganding,, Teknik ABINA telah digunakan. Teknik ini menggabungkan bacaan secara nyanyian, latih tubi perkataan dan bacaan secara pandang sebut yang berada pada saiz besar. Ini penting bagi membantu murid-murid yang berada di kelas pemulihan yang lebih sukakan pergerakan dalam pembelajaran dan penggunaan bahanbahan yang bersaiz besar bagi menarik minat bacaan.

2.2 Kajian Literatur

Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam PPPM di mana salah satunya adalah pembangunan insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan adalah melalui kaedah membaca. Logiknya, individu tidak akan mampu menguasai kemahiran membaca dan menulis ini jika tidak menguasai asasnya. Hal ini ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid,1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran membaca. Dewasa ini kelemahan penguasaan kemahiran ini telah menjadi buah mulut di sekolahsekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, KPM (2001) menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah di seluruh negara menghadapi masalah membaca dan menulis khususnya asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut
13

dijalankan (Atan Long. et. al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca pula, rakyat Malaysia puratanya membaca satu muka dalam tempoh setahun berbanding negara Jepun dan juga Amerika Syarikat iaitu 200 muka surat setahun. Ina Sue (1994) dalam tulisan jurnal Lee Kim Hong menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3 dengan tujuan memupuk keseronokan membaca dalam kalangan murid dan murid memilih untuk membaca apabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan masa untuk membaca. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah mendapat galakan daripada ibu bapa dan guru. Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Alat bantu mengajar yang digunakan melibatkan penggunaan deria murid seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan kesemua deria, murid bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran oleh guru, malah murid lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya. Penggunaan ABM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Alat bantu mengajar bukan sahaja membantu menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan afektif murid. Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson (1971), Charles (1972). Menurut Omardin (1999 :45), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat murid, mengembangkan minat murid

14

terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. ABM dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi murid. Kaedah latih tubi adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis. Di dalam Islam, kaedah ini adalah antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali hingga Nabi Muhammad dapat menyebutnya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini dan amat baik terutamanya bagi tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kaedah pembelajaran Al-Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguasaan tajwid dan dalam konteks bahasa Arab dan juga penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran. Sebagai umat Islam, penyelidik yakin kaedah latih tubi ini mampu meningkatkan tahap penguasaan bacaan murid-murid. Nabi Muhammad S.A.W yang dikatakan buta huruf dalam bahasa mudahnya mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran mengapa tidak kita cuba terapkan kaedah ini kepada murid-murid di Kelas Pemulihan. Tidak salah kita menggalakkan mereka untuk menjadi penghafaz bagi surah-surah yang mudah kerana dengan cara ini, dapat membantu membersihkan dan menerangkan hati murid-murid. Ini akan menjadikan proses PdP yang berlangsung dapat difahami dan dihayati dengan makna yang sebenarnya.

15

Atan Long (1981 : 179-203) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandang dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981 : 67) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979 : 51-52) dan Khairiah Ahmad (1980:13) mengelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware.Pendapat Rashidi Azizan & Abdul Razak habib (1996) dalam bukunya Pengajaran dalam Bilik Darjah : Kaedah dan Strategi yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajaran terutama sekali kepada murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas membaca. Tajuk kajian ini sangat selari dengan pendapat yang dinyatakan tadi. Kajian berkaitan penggunaan warna dalam penyediaan bahan bantu mengajar juga telah dijalankan oleh Barry (1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002 : 21). Kajian Barry ialah mengenai keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Dalam kajiannya, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Aspek ini juga termasuk di dalam kajian yang dilakukan. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu dimensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu murid mendapat suatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan memudahkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.
16

Awatef Mohammed Abo El-Kareim dalam kajiannya The Effect of Using Games in Teaching English a Forign Language on Secondary School Students Achiement and Attitudes Towards the Subjecr, University of Zagazig, Arab Saudi (1998) berpendapat bahawa permainan adalah latihan persiapan untuk kehidupan masa hadapan. Permainan harus diatur dan disalurkan dalam pelajaran di sekolah supaya didikan terhadap murid lebih berkesan.

17

Anda mungkin juga menyukai