Anda di halaman 1dari 1

Pada era dunia tanpa sempadan kini, maklumat berada di hujung jari.

Terpulang kepada individu tersebut untuk mengaplikasikannya dengan apa cara sekalipun. Teknologi merupakan satu konsep yang sangat luas yang mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya, pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia dan pemudah cara.

Teknologi sememangnya telah wujud sejak zaman ketamadunan manusia. Bergerak mengikut pengedaran zaman. Semakin hari manusia semakin kreatif. Dengan itu, wujudlah pelbagai alatan dan bahan yang menjadikan kehidupan manusia menjadi lebih mudah dan selesa.

Selain itu, teknologi juga telah diperkenalkan dan diperluaskan penggunaannya dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan sejajar dengan status negara maju menuju wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir. Tiada lagi istilah buat IT diungkapkan dalam kalangan penduduk Malaysia. Sebuah rumah sebuah komputer sudah lama diaplikasikan.

Para pendidik tidak boleh memandang remeh terhadap bidang teknologi ini. Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memberi impak yang besar kepada anak didik. Alat dan bahan media dapat membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.

Tambahan itu, penggunaan teknologi oleh pendidik sangat mempengaruhi hasil pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang berkesan. Sekiranya guru masih dalam keadaan zon yang agak selesa tidak mahu mencuba sesuatu kelainan dan perubahan, ia merupakan sesuatu perkara yang sangat merugikan. Umpamanya seseorang yang mempunyai kenderaan yang mewah tetapi tidak mempunyai lesen. Namun begitu perlu diingatkan, walaupun tiada lesen sipulan masih mampu membawa kenderaan tersebut melalui cara mengambil lesen. Begitu juga dengan para guru, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Guru yang inovatif dan kreatif mampu mengubah corak pendidikan negara

Anda mungkin juga menyukai

  • Karangan
    Karangan
    Dokumen2 halaman
    Karangan
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Amali
    Amali
    Dokumen10 halaman
    Amali
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Isi Kandungan Folio
    Isi Kandungan Folio
    Dokumen1 halaman
    Isi Kandungan Folio
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Pembiakan Hamster
    Pembiakan Hamster
    Dokumen4 halaman
    Pembiakan Hamster
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Sajak Merdeka
    Sajak Merdeka
    Dokumen3 halaman
    Sajak Merdeka
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Spesiesikan
    Spesiesikan
    Dokumen8 halaman
    Spesiesikan
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Sains Tahun 5
    Sains Tahun 5
    Dokumen10 halaman
    Sains Tahun 5
    Nor Arzila Abdullah
    Belum ada peringkat