Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH TUGASAN PROJEK TAJUK

PROGRAM : DPLI j-QAF NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM KOD KURSUS : PIM2203

SEMESTER : 2 (AMBILAN DISEMBER 2012)

TARIKH MULA

16.8. 2013

TARIKH HANTAR

27.9. 2013

_______________________________________________________________________________ I. Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan model, konsep dan mengaplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif bagi tajuk-tajuk pelajaran dalam setiap bidang pendidikan Islam 2. Membina rancangan pengajaran dan pembelajaran semester dan harian yang berkesan dan bermakna. 3. Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sekolah rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul 4. Melaksanakan penilaian dalam pendidikan Islam Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran : 1 dan 3 II. Objektif Projek :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1.Mengumpul fakta dan data yang relevan serta menulis sebuah penulisan ilmiah berkaitan model pengajaran dan pembelajaran Imam as-Syafei, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam al-Ghazali. 2.Menganalisis dan menghurai kaedah pengajaran pendidikan Islam yang terkini. 3.Menghasilkan bahan bantu mengajar dalam bentuk power point bagi mana-mana tajuk dalam bidang Hadis, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Adab. 4.Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan

III. Tugasan Projek (100%) Model-model pengajaran yang telah diutarakan oleh Rasulullah SAW sebagai pendidik unggul, empat imam yang tersohor di samping tokoh cendikiawan Islam ternama imam al-Ghazali menjadi sumber rujukan utama bagi guru pendidikan Islam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Disamping itu, guru pendidikan Islam juga perlu menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 agar pendidikan Islam lebih mantap dan seiring dengan keperluan transformasi pendidikan masa kini. A. Tugasan Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki : i.Menulis sebuah penulisan ilmiah yang membincangkan model pengajaran dan pembelajaran empat imam yang tersohor (20%). ii.Menganalisis dan menghurai TIGA kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (35%). iii.Menghasilkan bahan bantu mengajar dalam bentuk power point bagi mana-mana tajuk dalam bidang Hadis, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Adab (35%). iv.Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan (10%). v. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek yang berikut: i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini ( proses mencari maklumat dan lain-lain) ii.Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan ini dan bagaimana mengatasinya iii. Sejauhmana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang kepentingan strategi dan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. B. Panduan Tugasan 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat 3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Muka depan hendaklah mengikut template terkini Fon Arial Saiz huruf 11 Langkau 1.5 baris Rujukan mengikut format APA ( American Psychologigal Association)

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali 5. Panjang tugasan melebihi 20 muka surat ke atas, tidak termasuk persembahan power point, grafik, rujukan dan lampiran. 6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

7. Untuk soalan (iii) sediakan dalam bentuk hard coppy dan soft coppy. 8. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: Nama Institut dan logo IPGM Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Program dan Unit Kod dan Mata Pelajaran Nama Pensyarah Pembimbing Tarikh Serahan C. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal. 6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak dan tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain). D. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh ____________________________ ( MAIMUN BINTI AZIZ ) Penyelaras PIM2203 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Tarikh :12.8.13 Disahkan oleh Ketua Jabatan ____________________________ ( MOHD.ARIFFIN SALLEH )

Disemak oleh: ___________________________ ( SME JAPIM )

Tarikh :12.8.13

Anda mungkin juga menyukai