Anda di halaman 1dari 23

1 2

PEMARKAHAN TUGASAN 1 TUGASAN 2 JUMLAH

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KAE3013 KSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TUGASAN INDIVIDU 2:
Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) serta Viktor Lowenfeld (1947), perkembangan artistk kanak-kanak boleh dikesan melalui lukisan figura yang mereka hasilkan. (a)Bincangkan dengan lebih kritis tentang Teori Perkembangan Artistik kanak-kanak. (b)Kumpulkan SATU (1)lukisan figura bagi setiap peringkat umur 2 tahun hingga 12 tahun. Berdasarkan setiap lukisan itu, buat analisis tentang perkembangan artistik kanak-kanak.

KUMPULAN GROUP EL-S03(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA LEONG SIAW TENG NO.ID D20112054786 NO. TELEFON 0198625280

NAMA TUTOR E-LEARNING : TARIKH SERAHAN :

JUPRI BACOTANG 01 -05- 2013

ISI KANDUNGAN
HALAMAN 1.0 Pengenalan 1-2

(a) Perbincangan tentang teori pekembangan artistic kanak-kanak

2.0 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak

2.1 Teori Kognitif Piaget

3-5

2.2 Teori Perkembangan Artistik Al Hurtwitz dan Micheal Day (1995)

5-6

2.3 Teori Perkembangan Artistik Victor Lowenfield

6-9

2.4 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak George-Henri Luquet

3.0 (b) Analisis tentang perkembangan artistik kanak-kanak berdasarkan lukisan figura kanak-kanak pada setiap peringkat umur dari umur 3 tahun hingga umur 12 tahun.

10-19

4.0 Penutup

20

Rujukan

21

1.0 Pengenalan Seni merupakan sesuatu proses dan manifestasi terhadap ekspresi diri, penilaian dan penentuan elemen-elemen yang wajar yang terdapat di hasil kerja seni, penyampaian idea, emosi, perasaan dan kepercayaan. Berdasarkan Herbert Read, seni aialah usaha penciptaan benda-benda yang menggembirakan dan menyenangkan. Selain itu, seni juga terdapat banyak definisi yang berlainan oleh pelbagai pihak. Emerson berpendapat bahawa seni

adalah pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan. Seni ialah hasilan daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga boleh dikatakan sesuatu yang luar biasa serta melahirkan sesuatu yang dirasai melalui benda-benda atau permandangan yang dilihat dan didengar serta pengalaman yang lama.

Bagi kanak-kanak, lukisan hanya satu permainan yang memenuhi kehendak sendiri. Mereka meluahkan ideasendiri, minat kegembiraan dan ketakutan mereka melalui gambar lukisan mereka, mengeluarkan emosi yang tidak menyenangkan, dan seterusnya mereka merasa berpuas hati. Mereka mennggunakan lukisan mereka berkomunikasi dengan orang dewasa di sekeliling mereka. Ini merupakan salah satu cara untuk membina kepercayaan antara kanak-kanak dengan orang dewasa.

Malah, lukisan bukan hanya penyertaan mata dan tangan sahaja, otak dan fikiran kanakkanak juga berfungsi semasa mereka melukis. Sebenarnya, apabila kanak-kanak menjalankan proses yang berterusan untuk melukis, pada hakikatnya, mereka sedang membangunkan kemahiran kelukisan mereka.

Picasso manyatakan bahawa kanak-kanak merupakan artis. Idea kanak-kanak adalah yang paling primitif, mereka tidak mempunyai terlalu banyak sekatan ke atas format, tiada kekangan teknik, mereka hanya melukis apa yang dilihat dan difikir oleh mereka. Bagi mereka, lukisan bukan untuk tujuan utilitarian, lukisan hanya satu cara meluahkan perasaan dan

menyampaikan perkara terhada visual sahaja. Pada saat mereka bermula mengetahui dunia ini, mereka telah memulakan aktiviti melukis. Mereka menggunakan pelbagai garis untuk

menyampaikan kefahaman dan pengetahuan tentang perkara, itulah bahasa mereka yang tersendiri yang dikatakan lukisan.

Imaginasi singular dalam lukisan kanak-kanak selalu dilihat ringgan oleh dewasa kerana orang dewasa menganggap lukisan kanak-kanak tidak mengandungi unsur teknik atau kemahiran melukis. Jika kita menggunakan pemikiran kanak-kanak untuk menikmati lukisan mereka, kita akan mendapati dunia yang amat menarik kanak-kanak.

Pendek kata, melukis adalah agak baik dalam perkembangan kanak-kanak. Melukis boleh membantu kanak-kanak merangsang penikiran kreatif mereka, kekuatan pemikiran akan menpengaruhi keupayaan pemikiran dan perancangan kanak-kanak secara langsung. Kita

sepatutnya menjadi orang yang membimbing mereka dan bukan menjadi pehnghalang bagi mereka. terbuka. Oleh itu, kita mestinya menerima dan menikmati kecantikan kanak-kanak secara

(b) Perbincangan tentang teori pekembangan artistic kanak-kanak

2.0 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak

Perkembangan aritistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh unsur persekitaran dan Susana tumbesaran mereka. Persekitaran adalah sangat penting kerana pesekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak secara positif.

Penjalanan kajian terhadap perkembangan kanak-kanak untuk menguji dan melihat pertumbuhan pemikiran kanak-kanak sejak turun ke-19. Berdasarkan Light dan Barnes (2003), kajian yang paling awal dijalankan tentang perkembangan aristik kanak-kanak yang ada rekod ialah pada tahun 1887. Corrado Ricci yang berasal Itali telah menulis buku yang bertajuk The Art Of Little Children yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Glara dan William Stern di Jerman menjalankan kajian tentang lukisan budak lelaki berumur 4 hingga 7 tahun pada tahun 1910. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan terhadap kajian atas perkembangan artistik kanak-kanak pada masa kini.

2.1 Teori Kognitif Piaget

Berdasarkan Piaget, kita bermula mengubah pemikiran kita secara menyeluruh selepas keta dilahirkan sehingga menmatang. Tiap-tiap individu akan selalu bercuba untuk memahami dan menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Menurut Piaget, beliau mengenalpasti empat fackor iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman social dan keseimbangan yang mempengaruhi proses pemikiran kita.

Kematangan biologi ialah satu proses yang dipengaruhi oleh baka atau genetik. Indivudu akan memahami apa yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran secara meneroka, menguji, memerhati dan menyusun semula maklumat yang didapati. Perkembangan kognitif juga akan berubah dalam pergaulan dengan orang lain di persekitaran mereka misalnya ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan , guru-guru dan sebagainya. Individu melakukan proses

keseimbangan untuk menghadapi dengan situasi-situasi yang baru dialami.


3

Jadual berikut menunjukkan peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut Piaget (1973) Peringkat perkembangan Peringkat Deria Motor (0-2 tahun) Peringkat Praoperasi/ Praolahan (2-7 tahun ) Tingkah laku kanak-kanak secara pantulan dan terbatas, mereka mendapatkan objek dengan deria motor. Berupaya mencari benda yang huilang dari pandangannya, mereka mengetahui kewujudan benda itu selain dari dirinya. Belum membelajari dengan penggunaan symbol dan bahasa. Kanak-kanak pada 2 tahun baru manpu menggunakan bahasa. Pengalaman pada perkara yang Nampak jelas sahaja. Tahap 2-4 tahun dikenali sebagai peringkat prakonsep manakala tahap 4-7 tahun dikenali sebagai peringkat intuitif. Perkembangan motor bertukar kepada kegiatan pengolahan mental. Mampu menggunakan symbol dan menguasai bahasa,definisi makna baru terhadap rangsangan yang diterima. Bercakap dengan diri sendiri. Berfikiran logic tetapi berfikir secara satu arah sahaja tetapi bukan keseluruhan. Egocentrik atau melakukan kegiatan mengikut kehendak diwujudkan. Kanak-kanak intuinsif. Kanak-kanak 4-6 tahun tidak memahami pengekalan bahan misalnya konsep cecair, nombor, luas, berat dan tinggi dan lain-lain. Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) Mampu membuat penyelesaian mental dari maklumat yang baru. Memikir dengan lebih luas dan logik. Berfikiran tersusun iaitu secara pembalikan dalam proses menyelesaikan masalah. Egocantrik berkurangan dan boleh berkongsi idea dan berinteraksi dengan orang lain. Naluri ingin tahu dan ingin mencapai kejayaan.
4

Ciri-ciri Perkembangan Kognitif

berumur

4 tahun boleh menyelesaikan masalah secara

Peringkat Operasi Formal ( 11-15 tahun )

Perkembangan mental baik, penguasaan pengetahuan, ingatan dan pemikiran bertambah. Faham tentang konsep sebab-musabab, luas, masa, laju dan ruang. Pemikiran pemusatan berkurangan dan boleh memikirkna sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Berfikiran rasional. Boleh berfikir dan mengolah sesuatu perkara yang mungkin terjadi atau yang abstrak secara logik. Memenuhi masa lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah. Mempunyai banyak skemata dari proses asimilasi dan akomodasi. Menggunakan prinsip untuk mengyelesaikan masalah seperti penukaran timbal balik, pemikiran gabungan, masalah lisan yang kompleks, masalah berbentuk hipotesis, masalah kadar dan pengekalan pergerakan.

Kemuncak perkembangan kognitif individu.

2.2 Teori Perkembangan Artistik Al Hurtwitz dan Micheal Day (1995)

Menurut Hurtwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak boleh digolongkan dalam tiga peringkat iaitu manipulatif, membuat simbol dan peringkat pra-remaja.

Peringkat manipulative atau zaman awal kanak-kanak berlaku pada kanak-kanak 2-4 tahun. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak dapat mengawal tangan mereka. Mereka lebih suka melukis ataupun menconteng di merata-rata tempat seperti dinding, meja, kertas dan sebagainya. Mereka menconteng dengan penggunaan pelbagai media yang boleh didapati.

Kanak-kanak melukis lukisan adalah tidak realistik dan penggunaan banyak garis. Mereka melukis dengan pelbagai garisan.

Berdasarkan teori perkembangan artistik tokoh-tokoh ini, contengan kanak-kanak meliputi 4 peringkat iaitu contengan garisan tak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa tak terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tak terkawal ialah contengan yang tidak mengawal dan berulang-ulang. Contengan garisan terkawal menunjukkan kawalan yang telah matang. Contengan rupa tak terkawal ialah lukisan rupa yang berulang-ulang mengikut mengikut kehendak kanak-kanak. Contengan rupa menunjukkan kanak-kanak yang

dapatmenyebut dan mengenal rupa, lukisan mereka lebih kepada kepuasan dan keseronokan kanak-kanak.

Peringkat menbuat symbol berlaku antara kanak-kanak umur 6-9 tahun. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih dipengaruhi olehkeadaan persekitaran, tumpuan diberi kepada objek konkrit yang dilihat dibangdingkan dengan objek yang teleh diketahui. Mereka bermula melukis simbol dan imej terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling mereka seperti ibu bapa dan kawankawan. Lukisan imej mereka adalah dalam pelbagai saiz. Biasanya imej lukisan yang besar adalah penting kepada kanak-kanak manakala yang kecil adalah tidak betapa penting bagi mereka.

Peringkat pra-remaja adalah berlaku antara kanak-kanak umur 10-13.

Kanak-kanak

dalam peringkat ini sedang menuju ke peringkat remaja. Mereka akan cuba melukis figura dengan saiz yang betul, menitik berat atau saiz sebenar sesuatu objek mengikut kadar bandingan yang betul. Lukisan mereka adalah lebih rasional, mereka akan memberi perhatian kepada warna dan menambahkan baying-bayang pada objek supaya kelihatan realitik, mereka telah mempunyai perspektif untuk membezakan imej dan mula memahami konsep ruang.

2.3 Teori Perkembangan Artistik Victor Lowenfield

Lowenfeld dan Britain (1982) telah meperkenalkan satu teori perkembangan artistic yang meliputi peringkat umur dari dua hingga dua belas tahun. Teori tokoh-tokoh ini

membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada beberapa peringkat penting .

Peringkat-peringkat dalam Teori Perkembangan Artistik Victor Lowenfeld Umur (tahun) 2-4 4-7 7-9 9-12 12-14 14-17 Peringkat Peringkat Scribbling Peringkat Preschematic Peringkat Schematic Peringkat Dawaning Realism/ The Gang Age Peringkat Pseudonaturalistic/ Reasoning Peringkat Period If Decision/ Adolescent Art

Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini menconteng secara tidak terkawal dan rawak. Contengan yang dilukis membatu kanak-kanak mengerak badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Setelah kanak-kanak dapat mengawali pergerakan tangan dan badan, mereka akan melukis dengan garisan lurus dan melintang kedapa melukis bulatan. Mereka adalah bersifat ekspresif kerana gembira dan berkarya unutk memuaskan hati diri.

Pada umur 3 tahun, contengan kanak-kanak memberi makna, mereka menconteng dengan berani. Imej lukisan mereka memenuhi ruang dengan imej bulat-bulat dan otot-otot mereka

semakin bertambah kuat. Pada umur 4 tahun, sebelum mereka bermula menconteng, mereka akan berfikir. Imej lukisan mereka adalah lebih jelas dan bercuba untuk memberi makna serta gemar akan warna yang terang.

Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

Kanak-kanak peringkat ini mengubah lukisan mereka daripada contengan bulatan kepada lukisan objek persekitarannya dengan garisan. Daya koordinasi otot berkembang dengan

pergerakan badan. Misalnya mereka melukis imej ibu bapa dengan berkarakter tangan dan kaki scara terapung dengan saiz yang berlainan.

Peringkat Schematic (7-9 tahun)

Kanak-kanak kurang bercenderung peringkat awal.

untuk melukis imej objek berbanding dengan

Lukisan mereka mula memerhatikanpenetian terhadap objek dan melukis

dengan skema dan konsep tertentu. Mereka lebih menekankan cara menyusun objek dalam imej manusia dan objek yang terdapat di persekitaran. Mereka suka berkongsi hasil lukisan mereka dengan orang lain.

Peringkat Dawaning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)

Kanak0kanak peringkat ini adalah lebih rapat dengan rakan sebaya, mereka lebih suka bekerha dalam kumpulan henis masing-masing. Fikiran mereka lebih terbuka. Bentuk fikura masih kaku dan kurang warna/ kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan terhadap imej lukisan kepada realistik dan teliti. Saiz lukisan menjadi mengekil dan menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya yang tersendiri.

Peringkat Pseudonaturalistic/ Reasoning (12-14 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak melukis secara spontan. Fikiran mereka menjadi lebih matang dan kritikal. Kanak-kanak mula bersikap luntur, bertitik tolak untuk berdikari dan penuh dengan fantasi. Mereka akan memberi timbangan tentang warna dan cahaya dan hasil kerja seni mereka. Mereka gemar bentuk-bentuk figura. Perasaan mereka dimasukkan ke dalam hasil karya mereka. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka suka melukis secara meniru dan melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Mereka jarang kberkongsi lukisan mereka dengan rakan sebaya kerana mereka mula berasa malu dan rendah diri jika mereka berasa lukisan mereka tidak menarik.

Peringkat Period If Decision/ Adolescent Art In High School (14-17 tahun)

Peringkat ini merupakan satu jangka masa penentuan bahawa terus melukis atau tinggalkannya. Ini merupakan satu peringkat krisis untuk penentuan minat kerana bimbang untuk mengganggu pelajaran atau memikirkan masa depan. Mereka akam memikir semula tentang tujuan mempelajari melukis. Kanak-kanak pada peringkat ini menekankan proses

menghasilkan karya seni dan mencipta objek. Pemikiran mereka lebih matang dalam membuat keputusan dan memilih bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.

2.4 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak George-Henri Luquet

Teori tokoh ini diperkenalkan pada tahun 1926 dan bermula dari peringkat contengan. Kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan penterjemahan melalui contengan. Ia dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu Peringkat Fortuitous Realism, Peringkat Failed Realism, Peringkat Intelectual Realisim dan Peringkat Visual Realism.

Peringkat Fortuitous Realism merupakan peringkat awal lukisan kanak-kanak, kanakkanak menconteng imej yang hamper sama dengan objek yang sebenar dengan tidak sengaja. Peringkat Failed Realism menunjukkan kanak-kanak mengperbaiki dan memperhalusi likisan imej mereka dari tidak sengaja ke imej yang sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang beberapa kali.

Peringkat Intelectual Realisim menunjukkan kanak-kanak mula melukis apa yang dilihat dan diketahui. Lukisan mereka ringkas dan dilukis dengan baik. Peringkat Visual Realism memperlihatkan kanak-kanak berupaya untuk melukis imej yang berperspektif dan kadar bangding. Kanak-kanak bercuba dengan melukis imej tiga dimensi dan percubaan ini dianggap satu pencapaian yang baik.

3.0 (b) Analisis tentang perkembangan artistik kanak-kanak berdasarkan lukisan figura kanak-kanak pada setiap peringkat umur dari umur 3 tahun hingga umur 12 tahun.

i.

3 tahun

Lukisan ini dilukis oleh kanak-kanak yang berumur 3 tahun. dilukiskan dengan garisan yang tidak terkawal.

Lukisan ini

Kanak ini belum mengawal

pergerakan tangan dan badan dengan mahir. Maka dari lukisan kanak ini, kita boleh melihat imej bulat dan ini menunjukkan ototnya semakin berkembang. Dia sedang memperkembangkan diri dari peringkat menconteng kepada permulaan untuk bercuba melukis dengan garisan lurus dan melingtang kepada meukis bulatan.

Selain itu, melalui lukisan di atas, kita boleh mendapati kanak ini telah mampu mermerhatikan mata, hidung, mulut dan rambut seseorang. Saiz yang besar dalam kertas lukisan ini menunjukkan orang yang dilukis olehnya amat penting kepadanya , misalnya ibu bapa.

10

ii.

4 tahun

Lukisan ini dilukis oleh seorang adik perempuan yang berumur 4 tahun. Lukisannya boleh jelas menunjukkan ibunya yang berumbut pendek dengan baju yang cantik. Kita boleh melitkan bahawa lukisan ini teleh meningkat daripada

contengan bulatan yang menunjukkan kepala seseorang kepada melukis dengan garisan yang menunjukkan kaki tangan. Ini teleh menunjukkan mereka lebih berfikir sebelum melukis. Lukisan ini adalah lebih jelas dan memberi makna yang kita fahami.

Walaupun daya koordinasi otot mereka adalah berkembang berbanding dengan umur 3 tahun, mereka masih belum menguasai pergerekan tangan dengan mahir. Mereka masih lemah dalam mengawal pergerakan tangan kerana mereka masih tidak dapat melukis dengan garisan yang lurus.

11

iii.

5 tahun

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mempunyai skema dan konsep yang tertentu. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imej. Kanak ini telah mengetahui tentang setiap muka ada telinga, mata, hidung, dan mulut. Penggunaan garisan lurus dan melintang dapat dilihat dengan jelas dalam lukisan ini. Mereka dapat melukis tubuh badan dengan saiz yang berlainan.

Garisan yang lurus menujukkan kanak ini dapat menguasai pergerakan tangan dengan baik. Perkembangan otot dipertingkatkan. Mereka boleh jelas menunjukkan emosi dan perasaan mereka melalui lukisan mereka. Dalam lukisan di atas, figura yang dilukis adalah bersenyum. Ini menunjukkan budak yang melukis gambar ini adalah mendapat kepuasan dan keseronokan melali aktiviti melukis.

12

iv.

6 tahun

Kanak yang melukis gambar ini menunjukkan sedikit kawalan terhadap penggunaan garisan. Dia cuba menghasilkan satu karya figura tentang ibunya. Dari lukisan di atas, imej manusia digamberkan dengan rupa asas, bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan. Kanak ini masih belum

mengetahui bagaimana untuk melukis bentuk tubuh badan, dia cuba melukiskan anggota badan dengan garisan panjang. Mereka masih kurang faham dengan penggunaan ruang.

Walaupun kanak ini belum dapat melukis figura dengan saiz yang betul , maka dia sudah boleh melukis detail tentang muka. Kanak pada umur ini selalu

menunjukkan rasa ingin tahu dan berani untuk mencuba, tetapi mereka masih egocentric, mereka masih tidak boleh berkongsi dengan orang lain.

13

v.

7 tahun

Kanak umur 7 tahun kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding dengan peringkat awal. Lukisan kanak ini mula dihasilkan mengikut skema atau knosep yang tertentu. Lukisan kanak ini melukis dengan skala yang besar. Mereka tertarik dengan melukis gambar figuramanusia yang menarik hati mereka.

Lukisan kanak ini menunjukkan ibunya berambut pendek, selalu bersenyum, berpakaian kemas. Kanak yang melukis figura ini menunjukkan penguasaan dalam konsep ruang. Dia melukis figura yang besar dengan memenuhi ruang di kertas. Kanak pada peringkat ini mula menunkkan penguasaan imej objek 2 dimensi.

14

vi.

8 tahun

Lukisan kanak ini yang berumur 8 tahun menunjukkan aktiviti yang dijalankan di hidupan dia. Dia memang bersenorok dalam aktiviti memain bola. Dalam lukisan budak ini, bahagian muka jelas dilukis. Lukisannya menggunakan bentuk geometri seperti bulat, emepat segi ,tiga segi, bujur dan lain-lain.

Kanak-kanak pada peringkat ini mula membuat penelitian terhadap objek. Bola yang dipegang jelas menunjukkan bolah itu ialah bolah jaring. Pakaian yang dipakai adalah sesuai untuk memain permainan bola jaring. Figura yang ketawa dan berlidah menunjukkan kanak ini bermain dengan gembira dan permainan ini adalah menarik.

15

vii.

9 tahun

Kanak-kanak pada umur ini biasanya telah berkonsep tentang objek yang hendak dilukis. Mereka berupaya membentuk simbol-simbol. Figura dilukis mengikut

skema dan konsep tertentu. Skala dan saiz banding adalah betul. Mereka boleh membuat penelitian terhadap objek dan menghasilkan bentuk-bentuk simbolik.

Selain itu, lukisan mereka banyak kelihatan bersifat hiasan. Contohnya, baju yang dipakai oleh adik perempuan di dalam gambar dihias dengan symbol-simbol. Ini juga menunjukkan kanak-kanak pada umur ini akan lebih memberi perhatian kepada bahagian kecil dengan lebih teliti. Mereka juga aka gemar berkongsi lukisan mereka dengan kawan mereka.

16

viii.

10 tahun

Kanak-kanak pada umur ini mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Mereka lebih mementingkan oerhubungan antara

kumpulan kawan. Fikiran kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih terbuka.

Perbezaan jantina mula dirasai oleh mereka.

Mereka mula menjalankan aktiviti

dengan rakan sebaya yang sama jantina. Ini boleh dilihat melalui lukisan di atas. Figura yang dilukis jelas dilihat ciri-ciri lelaki yang berambut pendek, memakai seluar pendek. Kefahaman ruang juga ditambahkan.

17

ix.

11 tahun

Lukisan pada umur ini adalah lebih komplek jika berbanding dengan lukisan peringkat awal. Lukisan mereka akan peka dengan konsep realitik dalam melukis. Mereka akan banyak menggunakan lukisan geometri. Lukisan mereka selalunya mengekalkan skema dan konsep yang tertentu.

Lukisan mereka akan lebih ketelitian dan menggunakan garis yang lebih halus. Kadar banding pada lukisan figura dilakukan secara naturalistik. Kanak pada

peringkat ini selalu melukis pakai yang mudah dan kurang hiasan dengan garisan lurus.

18

x.

12 tahun

Kanak-kanak pada peringkat ini mula mengubah diri kepada peringkat dewasa. Mereka akan bercuba untuk melukis figura dengan pelbagai saiz dan skala yang tepat. Mereka akan menitikberatkan saiz dan kadar yang sebenar.

Mereka juga melukis dengan lebih teliti, kebanyakan bahagian kecil dalam baju dan kasut telah dilukis. Unsur ruang dapat dikuasai dengan baik. Mereka sudah membentuk symbol-simbol sebagai perlambangan.

Tema lukisan kanak juga akan dikaitkan dengan persekitaran. Likisan mereka lebih menitikberatkan hiasan. Lukisan di atas menunjukkan aktiviti yang dijalankan dengan kawannya. Dia berasa senorok dalam aktiviti tersebut.

19

4.0 Penutup

Melukis adalah agak baik dalam perkembangan kanak-kanak. Melukis boleh membantu kanak-kanak merangsang penikiran kreatif mereka, kekuatan pemikiran akan menpengaruhi keupayaan pemikiran dan perancangan kanak-kanak secara langsung. Kita sepatutnya menjadi orang yang membimbing mereka dan bukan menjadi pehnghalang bagi mereka. Oleh itu, kita mestinya menerima dan menikmati kecantikan kanak-kanak secara terbuka.

Perkembangan aritistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh unsur persekitaran dan Susana tumbesaran mereka. Persekitaran adalah sangat penting kerana pesekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak secara positif. Berdasarkan Piaget, kita bermula mengubah pemikiran kita secara menyeluruh selepas keta dilahirkan sehingga menmatang. Tiap-tiap individu akan selalu bercuba untuk memahami dan menghadapi

perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

Menurut Hurtwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak boleh digolongkan dalam tiga peringkat iaitu manipulatif, membuat simbol dan peringkat pra-remaja. Lowenfeld dan Britain (1982) telah meperkenalkan satu teori perkembangan artistic yang meliputi Teori tokoh-tokoh ini membahagikan

peringkat umur dari dua hingga dua belas tahun.

perkembangan kanak-kanak kepada beberapa peringkat penting .

Teori-teori tersebut menunjukkan kepentingan teori perkembangan atristik kanak-kanak. Kita seharusnya mementingkan perkembangan kanak-kanak dan murid-murid kita dalam pemikiran kreatif.

20

Rujukan 1. Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999. Kemahiran Berkir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Lowenfeld, V.& Brittain,W.L.(1987). Creative and mental growth, (8th.ed.). USA : MacMillan Pub. 3. Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. 4. Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004).Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.Johor: Universiti TeknologiMalaysia. 5. Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM 6. Parent Institute. (2013, Januari 13). Help Your Child Develop Creative Thinking Skills. Retrieved from School Family: http://www.schoolfamily.com/ 7. Public Broadcasting Service (PBS). (2010, October 2). Creativity and Play: Fostering Creativity. Retrieved from Public Broadcasting Service (PBS): http://www.pbs.org/ 8. Schirrmacher,R.&Fox, J.E. (2009).Art and Creative Development for Young Children.6th Edition. NewYork: Thomson Delmar Learning. 9. Torrance, E. P. 1973. Creative Learning and Teaching. New York: Dodd Mead.

21

Anda mungkin juga menyukai