Anda di halaman 1dari 2

1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Tuan, Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2013 1. Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah bersetuju untuk melantik anak jagaan tuan / puan ___________________________________________dari Tahun ____________________________sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi persekolahan 2013. 2. Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta untuk melengkapkan borang tawaran seperti yang dilampirkan. Borang tersebut haruslah dikembalikan selewat-lewatnya hari Khamis, 08 November 2012 bagi merancang perjalanan badan Pengawas Sekolah supaya lebih bersistematik. 3. Pakaian Pengawas Sekolah adalah berbaju kurung biru muda, berkain biru tua , bertudung biru tua dan berkasut hitam ( untuk pengawas perempuan ) manakala bagi pengawas lelaki pula, berkemeja lengan panjang biru muda, berseluar panjang biru tua dan berkasut hitam. 4. Anak tuan / puan juga dikehendaki memakai vest Pengawas Sekolah yang berwarna biru tua. Vest ini hendaklah dibeli sendiri oleh ibu/bapa/penjaga murid.Sila sertakan juga gambar berukuran pasport sebanyak 1 keping apabila pihak tuan / puan membuat penghantaran borang tawaran. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan /puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(ABD HALIM BIN MOHAMAD) Guru Besar, Sek Keb Durian Mentangau, 23100 Paka, Dungun.

TAWARAN BAGI LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013 Saya, ______________________________________________________ ibubapa /penjaga kepada _______________________________________________________ dari tahun __________________ telah bersetuju / tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Sekian, terima kasih. Tanda tangan ibubapa / penjaga : No Kad Pengenalan : ______________________________________________ ______________________________________________

Anda mungkin juga menyukai