Anda di halaman 1dari 3

Strategi Pembelajaran Generatif

"To contrive a learning environment such that pupils are highly likely to generate the meanings teachers would want them to achoeve, and to modify their existing ideas in hoped for ways in the process of subsuming these new ideas, requires a considerable teacher skill, knowledge of pupils'present ideas, and an understanding of their ways of processing information." Osborne, 1985

Pembelajaran secara generatif adalah sejajar dengan matlamat supaya murid sendiri membentuk cara yang sesuai bagi meneroka,emngenal dan memberi pandangan tentang alam. Pembelajaran Generatif menekannkan supaya maksud atau kefahaman tentang sesuatu perkara diperolehi menerusi proses mental yang dikaitkan secara eksplisit antara input baru dengan pandangan atau pengetahuan sedia ada tentang alam. Menurut Model Generatif yang dicadangkan oleh Osborne ini, idea proses mental perlu dibentuk melalui gabungan antara input tentatif dengan ingatan. Menerusi proses mental pengertian tentatif akan diuji sama ada ianya selaras dengan struktur idea yang sedia ada. Pengetahuan sedia ada merupakan faktor penting untuk memahami maklumat baru. Kemampuan mengolah pelaksanaan ujian di dalam minda merupakan ciri utama dalam strategi memproses hubungkait antara pengetahuan sedia ada, pengalaman baru dan pengertian tentatif. Oleh itu, pengertian yang bermakna melalui pengalaman yang terbentuk bergantung kepada kemampuan murid memproses idea baru atau pengetahuan sedia ada. Fasa Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Model Generatif
FASA AKTIVITI GURU Menentukan pandangan murid; mengelaskan pandangan tersebut; memahami pandangan saintifik; AWALAN mengenalpasti pandangan ilmu lama; mempertimbangkan bukti-bukti yang menyebabkan perubahan pandangan lama pelajar. FOKUS Menetapkan konteks. Membekalkan pengalaman yang memberi motivasi. Menyertai dan mengemukakan soalan berbentuk terbuka dan berorientasikan individu. Membiasakan diri dengan bahanbahan yang digunakan untuk meneroka sesuatu konsep. Memikirkan apa yang berlaku, mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan konsep tersebut. Mennetukan dan meperihalkan apa yang diketahui tentang peristiwa berkenaan, dengan mengguna input kelas atau persekitaran rumah. Menjelaskan pandangan sendiri tentang konsep itu. Membentangkan pandangan sendiri kepada (a) kumpulan (b) kelas AKTIVITI MURID Menyempurnakan kaji selidik atau aktiviti lain, dengan tujuan menentukan dengan tepat idea-idea yang ada sekarang.

Mentafsir respons murid.

melalui perbincangan dan persembahan. Mentafsir dan menerangkan pandangan murid. Memudahkan pertukaran pandangan di kalangan pelajar. Memastikan semua pandangan dipertimbangkan. Meneruskan perbincangan secara terbuka. CABARAN Mencadangkan prosedur yang cukup jelas, jika perlu. Mengemukakan bukti untuk menyokong pandangan ahli sains/ ilmuan. Menerima reaksi murid yang tentatif terhadap pandangan baru. Membentuk masalah yang boleh diselesaikan secara mudah dengan menggunakan pandangan saintifik. Membantu murid menjelaskan pandangan baru, dengan meminta mereka menggunakan pandangan tersebut dalam semua penyelesaian. Murid dapat menyatakan secara lisan cara penyelesaian masalah. Guru mengambil bahagian, memberi ransangan dan menyumbangkan idea dalam perbincangan penyelesaian masalah. Membentangkan penyelesaian dalam kelas. Membincang dan mebahaskan kekuatan penyelesaian yang dicadangkan, menilai secara kritis penyelesaian tersebut. Mencadangkan masalah lanjutan yang timbul daripada penyelesaian yang dibentangkan. Mencari bukti untuk menguji kesahan pandangan. Membandingkan pandangan ahli sains dengan pandangan kelas. Menyelesaikan masalah seharian berdasarkan konsep tersebut. Memperihalkan pandangan murid lain dalam kelas bagi mencari kekuatan dan kekurangan.

APLIKASI

Membantu menyelesaikan masalah yang lebih rumit; memberi cadangan bagaiana pertolongan boleh didapati.

Sumber: Buku Sumber Pengajaran Pembelajaran: Strategi Pengajaan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah,

BPG (1995)

Anda mungkin juga menyukai