Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR PEMBENTUKAN TERUMBU KARANG

1. Cahaya Matahari.

Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis.

2. Kejernihan Air.

Terumbu karang tidak boleh hidup dalam keadaan air laut yang tercemar. Hal ini kerana, karang hanya dapat tumbuh di dasar laut yang bersih serta tidak tercemar kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan karang tersebut. Oleh itu, air yang jernih amat penting dalam proses pembentukan karang tersebut.

3. Ombak.

Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang.

4. Suhu

Terumbu karang hidup subur pada suhu 20C hingga 28C. Hal ini kerana, karang tidak dapat hidup pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan pembentukan karang tersebut. Maka, secara tidak langsung, kedalaman aras laut turut berperanan sama untuk pertumbuhan bagi karang tersebut.

5. Peranan Alga Zoozanthellae

Batu karang adalah sumber produktiviti primer di komuniti terumbu karang hasil daripada simbiosis antara batu karang dengan sejenis alga satu sel, zoozanthellae. Alga berwarna perang kekuningan ini membekalkan nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran batu karang pada kadar yang sesuai untuk pembinaan terumbu karang. Oleh itu, komuniti alga ini membekalkan kepada batu karang sumber makanan iaitu dalam bentuk produk fotosintesis dan pada masa yang sama, batu karang juga menyediakan perlindungan serta akses kepada sumber cahaya matahari kepada zooxanthellae ini.

Anda mungkin juga menyukai