Anda di halaman 1dari 24

Tajuk tugasan:

KONSEP RAS
Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan lain-lain.
Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari
generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan
Austroloid.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-
biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna
rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit.

Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai
berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar
perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini
berkaitan dengan sifat-sifat atau kelebihan moral dan
intelektual.

PANDANGAN SARJANA MENGENAI KONSEP RAS
Terdapat sekurang-sekurangnya sepuluh pengertian yang
berlainan tentang konsep ras mengikut Berry dan Tischler
(1978).
Terdapat pengkaji yang mengelaskan ras berdasarkan biologi,
atau menekankan kecerdersan atau kebolehan intelek, pola
tingkah laku atau segi warganegara atau penduduk sesebuah
negara, orang yang bertutur bahasa yang tertentu, kumpulan
agama dan sebagainya.
Kebanyakan sarjana bersetuju dengan klasifikasi ras yang
ditafsirkan oleh UNESCO, iaitu penjenisan manusia berdasarkan
ciri-ciri tubuh atau konsep biologi.
Berdasarkan penerbitan rasmi UNESCO, Statement On the Nature
of Race and Ethnics Differences (1951), ras ditakrifkan sebagai
satu kelompok besar manusia yang mempunyai pembawaan
biologi dan ciri-ciri fizikal yang sama diwarisi secara turun-
temurun. Ciri-ciri ini yang membezakannya dengan kelompok
yang lain.
Frank B. Livingstone (1962) menentang keras pengklasifikasian
manusia mengikut ras. Menurut beliau, there are no races, there are
only clines. Ini kerana ia akan membentuk konsep yang salah
mengenai kepelbagaian manusia.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras
boleh diklasifikasikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan
seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna
rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual.
Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia
menganggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum
lain. Penyalahgunaan konsep ras ini telah menyebabkab
berlakunya prasangka dan diskriminasi oleh golongan tertentu.
Walau bagaimanapun, pengertian ini disangkal oleh Encyclopedia
of Religion.
Menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:128),
manusia tidak sepatutnya dikelaskan mengikut ras.
Manusia adalah dari satu kelas yang sama dan tiada
manusia yang lebih baik.

RAS MANUSIA DAN CIRI-CIRINYA
Ras manusia merupakan ciri-ciri fizikal yang diturunkan secara
genetik.
Ciri-ciri ini membezakan satu kelompok dengan satu kelompok
yang lain.
Secara tradisional, para pakar membahagikan ras kepada tiga ras
utama iaitu:
1) Ras kulit putih
2) Ras kulit hitam
3) Ras kulit kuning
Namun setelah diteliti secara teliti, ternyata ras manusia
dibahagikan kepada:
1)Ras Australoid
2)Ras Negroid (kulit hitam)
3)Ras Kaukasoid (kulit putih)
4)Ras Mongoloid(kulit kuning)
RAS AUSTRALOID
Wujud di kawasan selatan India, Srilanka, beberapa kelompok di Asia
Tenggara, Papua, Kepulauan Melanesia dan Australia.
Di Asia Tenggara, orang asli di Malaysia dan orang Negrito di Filipina.
Merupakan ras dominan yang tersebar diseluruh pulau sampai ke
bahagian timur Nusantara sehinggalah Ras Mongoloid tiba.


Berambut hitam
Berambut kerinting
Berkulit hitam
RAS NEGROID
Kebanyakkannya mendiami kawasan benua Afrika di sebelah
Gurun Sahara.
Selain itu, ada juga di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah
serta Timur Tengah.
Ras penduduk asli Australia iaitu menetap di daerah
pendalaman, hidup secara berkumpulan dan berpindah-randah.
Terbahagi kepada empat rumpun iaitu Negroid Afrika, Negrito,
Negroid Melanesia dan Austroloid.
RAS NEGROID
berambut
kerinting
RAS KAUKASOID
Sebahagian besar manusia menetap di Eropah, Afrika
Utara, Timur Tengah, Pakistan dan India Utara.
Keturunan mereka juaga menetap di Australia, Amerika
Utara, sebahagian Amerika Selatan, Afrika Selatan dan
Selandia Baru.
Ras Kaukasoid dipecahkan kepada empat kelompok iaitu
Kaukasoid Nordik, Kaukasoid Mediterania, Kaukasoid Alpin
dan Kaukasoid Indik dan Hindu.

RAS KAUKASOID
Berhidung mancung
Berkulit putih
Rambut perang
Kelopak mata lurus
RAS MONGOLOID
Sebahagian besar menetap di Asia Utara, Asia Timur, Asia Tenggara,
Madagaskar di kawasan pantai timur afrika, juga beberapa bahagian India
Timur Laut, Eropah Utara, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oseania.
Biasa disebut berkulit kuning, namun ini tidak selalu benar.
Contohnya, orang Indian di Amerika dianggap berkulit merah dan orang Asia
Tenggara seringkali berkulit coklat muda sehingga mencapai kulit coklat
gelap.
Ras Mongoloid pula dipecahkan kepada tiga rumpun iaitu Ras Mongoloid
Asia, Mongoloid Malaya dan Mongoloid Amerika atau Indian.
RAS MONGOLOID
Warna kulit yang
merah
Ukuran tubuh yang tinggi
Berambut hitam lurus
Berbentuk muka lonjong
Bermata sepet
Dapat disimpulkan :
KAUM JENIS RAS CIRI FIZIKAL
Melayu Mongoloid Kulit kekuningan atau sawo matang, rambut
yang lurus, bertubuh pendek dari ras
Kaukasoid.
Orang Asli atau
masyarakat peribumi

Australoid Berambut kerinting, berkulit hitam
( tetapi tidak semua)
Cina Mongoloid Rambut lurus, mata sepet dan kulit kekuning.

India Australoid Berambut kerinting, berkulit hitam.

RASISME
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, kepercayaan dan
pemikiran negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap
sesuatu kelompok yang lain berdasarkan perbezaan warna
fizikal dan biologikal atau ras semata mata yang dilakukan
secara terbuka melalui tindakan atau perilaku.
Layanan berat sebelah dan sikap bermusuhan terhadap
seseorang adalah berdasarkan keturunan bangsanya.
Ia merupakan fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri
sahaja yang paling bagus dan unggul
Rasisme berlaku pada dua tahap:
1. tahap individu - merupakan kepercayaan dan sikap individu
terhadap kaumnya
2. tahap institusi - dimana melibatkan dasar dan pelaksanaan
yang bersifat diskriminasi.

KESAN RASISME
Mengancam kestabilan politik
Keamanan sesebuah negara tergugat
Rakyat berpecah-belah
Berlaku peperangan atau permusuhan antara kaum
Golongan minoriti akan ditindas oleh golongan majoriti.

KONFLIK RAS DAN ETNIK

berpunca dari ketidakadilan dan perasaan tidak puas hati antara manusia
disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya masih ketara.
Sebagai contoh, konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan
Soveiet, Eropah Timur, negara Afrika dan juga di Negara maju seperti Amerika
Syarikat.
Ini membuktikan bahawa ketegangan suku kaum yang berlaku telah membawa
kepada penindasan dan keganasan
Konflik di Malaysia berlaku kesan daripada penjajahan British
FAKTOR-FAKTOR KONFLIK RAS DAN
ETNIK
perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik
diskriminasi berdasarkan warna kulit secara nyata merupakan faktor yang utama
mendorong kepada konflik ras dan etnik.
perbezaan layanan atau pandangan yang diberikan oleh individu atau kelompok
terhadap individu atau kelompok yang lain
golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman sebagai mekanisme
bagi mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif.
melindungi kepentingan kumpulan yang telah diwakili
kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara
kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.

Anda mungkin juga menyukai