Anda di halaman 1dari 7

Dalam bab ini, penulis (Ust.

Fathi
Yakan) ingin memberitahu kepada
pembaca bahawa pengertian di
sebalik konsep ibadat ialah mereka
melakukan ikhlas semata-mata
kerana Allah s.w.t. Hal inilah yang
diperlukan dalam kehidupan seharian
kita.
Perkara kedua yang ditekankan dalam
bab kedua ini ialah pemahaman
menyeluruh bahawa konsep ibadat
adalah mencakupi segenap ruang
kehidupan seharian. Penulis tidak
mahu kita hanya terpedaya dengan
golongan sekular yang telah
memisahkan kehidupan dunia dengan
agama. Seharusnya umat Islam tidak
terpedaya dengan idea-idea
seumpama ini yang dapat
merosakkan akidah umat Islam
sendiri.
Oleh hal yang demikian, umat Islam
wajib mengetahui bahawa seluruh
hidup mereka merupakan rangkaian
dari tuntutan ibadat sekiranya mereka
memanfaatkan dengan kebajikan dan
amal kebaktian. Konsep inilah tidak
diketahui oleh kebanyakkan daripada
umat Islam. Kelemahan inilah yang
menjadikan modal kepada musuhmusuh Islam untuk menggugat
kedudukan Islam.

Di dalam bab saya mestilah Islam dari


segi ibadat penulis telah
menggariskan 7 pendekatan yang
patut diambil oleh setiap orang yang
mendakwa diri mereka sebagai orang
Islam iaitu:
1.

4.

Tambahan,
amalan-amalan
sunat turut dikerjakan juga.
5.

6.

Merasai Kehadiran Allah s.w.t


Merasai kehadiran Allah s.w.t
dalam melakukan ibadat dari
penghayatan
hati
terhadap
ibadat yang ditunaikan.
Hal ini dapat dipupuk dengan
rasa
keikhlasan
ketika

Tadabbur Al-Quran
Dapat
membaca
Al-Quran
secara berterusan dan dapat
merenungi
maksud
serta
pengajaran dari ayat-ayat yang
dibaca

Tuntutan khusyuk adalah selari


dengan tuntutan melakukan
ibadat itu sendiri.
3.

Istiqamah
Sentiasa melazimkan dalam
melakukan
ibadat-ibadat
qiamullail kerana qiamullail
dapat menguatkan diri.

Khusyuk
Khusyuk adalah tetap dan
bersih
hati
dalam
melaksanakan ibadat.

Merasa Tidak Cukup Dengan


Ibadat Yang Telah Dilakukan
Cinta
dan
mahu
untuk
melakukan ibadat itu lagi.

Ihsan
Ihsan beerti melakukan sesuatu
perbuatan itu dengan elok dan
baik turutannya serta ikhlas
semata-mata
kerana
Allah
s.w.t.

2.

permulaan
dan
ketika
pengakhiran ibadat tersebut.

7.

Doa
Pengamalan
doa
dalam
kehidupan
seharian
akan
menjadikan
seseorang
mempunyai
tempat
pengantungan dengan Allah
s.w.t.

INTISARI PENTING
Memperelokkan
kerana Allah

Niat

dan

Ikhlas

Berniat baik dan ikhlas kerana Alllah


juga termasuk dalam faktor-faktor
penyelamat
yang
terbesar
dan
terpenting. Hal ini disebabkan niat
merupakan amalan hati dan hati itu
lebih mulia daripada angggota zahir.
Maka amalan hati adalah lebih utama
daripada amalan anggota badan.
Bahkan, kerana niat semata-mata
boleh
mendatangkan
manfaat.
Sedangkan amal anggota badan
tanpa mempunyai niat tidak ada
manfaatnya.

menghasilkan
ketaqwaan
kepadanyaNya. Dengan melakukan
sedemikian, maka perkara-perkara
yang harus itu akan diikuti atau
bergabung dengan amalan-amalan
ketaatan. Sesungguhnya jalan-jalan
itu mengikut hukum dari perkara yang
dimaksudkan, dan orang yang rugi
ialah orang yang rugi dari mempunyai
niat yang baik.
Sematkan
pada
dirimu
dalam
melalukan amal-amal ketaatan dan
perkara-perkara yang diharuskan itu,
niat-niat yang banyak dan baik serta
dinatijahkan untuk kamu dengan
setiap satu niat itu pahala yang
sempurna dari kemurahan Allah.

Kita hendaklah memperelokkan niat


dan ikhlas kerana Allah. Janganlah
melakukan
sesuatu
ketaatan
melainkan
dengan
niat
untuk
mendekatkan diri kepada Allah demi
mencari dan mendapatkan keredhaan
serta menginginkan pahala di Akhirat
yang telah dijanjikan oleh Allah atas
ketaatan yang dilakukan hasil dari
kurniaaan Allah semata-mata.

Bagi ketaatan dan kebaikan yang


tidak mampu kamu lakukan pada
masa ini, niat dan berazamlah untuk
melakukan
ketika
tertumpu.
Ucapkanlah pada diri kamu dengan
jujur, keazaman dan niat yang baik.
Sekiranya aku mampu lakukan sudah
pasti sudah pasti aku lakukan. Dari
niatmu kadangkala kamu mendapat
pahala melakukannya.

Jangan mengambil perkara-perkara


yang
diharuskan
hatta
pada
makanan, minuman dan tidur kecuali
dengan
tujuan
mendapatkan
kekuatan ketaatan kepada Allah dan

Ikhlas ialah tujuan seseorang insan


dalam melakukan ketaatan
dan
amalnya
semata-mata
untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan
mencapai keredhaanya tanpa ada

tujuan yang lain seperti ingin


mendapatkan pandangan manusia
ataupun pujian daripada mereka atau
sebarang keinginan daripada mereka.
Maka orang yang beramal dengan
tujuan
mencapai
taqarrub
dan
keredaan serta pahala darinya. Maka
dia adalah orang yang ikhlas. Orang
yang beramal kerana Allah dan demi
mendapatkan pandangan manusia
maka
dia
adalah
dan
demi
mendapatkan pandangan manusia
maka dia adalah orang yang riya dan
amalannya tidak diterima. Manakala
orang yang beramal hanya untuk
meraih pandangan manusia, jika tidak
kerana manusia dia tidak akan
beramal, maka orang seperti ini
berada dalam bahaya yang amat
menakutkan
dan
diketegorikan
sebagai riya orang-orang munafiq.
0 Pendahuluan
Buku yang dipilih untuk dikupas
dalam tugasan ini adalah sebuah
karya agung Al-Fadhil Dr. Fathi Yakan
yang
berjudul
Apa
Erti
Saya
Menganut Islam (Gambar 1). Buku
yang sangat menarik ini telah diulang
cetak banyak kali oleh beberapa
syarikat
penerbitan
tanah
air
memandangkan sambutannya yang
sentiasa segar. Buku ini juga telah di

terjemah ke dalam pelbagai bahasa


termasuklah bahasa melayu untuk
dijadikan tatapan dan rujukan umat
Islam di seluruh dunia sejak 1980an
lagi. Buku ini sangat sesuai dan telah
dijadikan bahan tarbiyyah untuk
dibicangkan dalam halaqah-halaqah
ilmu seperti usrah, ceramah, diskusi
dan sebagainya.
Kitab ini telah dibahagikan kepada
dua
bahagian.
Bahagian
yang
pertama membicarakan persoalan
Apa ertinya saya menganut Islam,
dengan menghuraikan sifat-sifat yang
wajib ada pada setiap orang Muslim.
Sifat-sifat ini adalah sifat asas yang
perlu difahami oleh setiap umat Islam
agar benar-benar menjadi seorang
Muslim. Manakala bahagian yang
kedua pula membincangkan perihal
Apa ertinya saya menggabungkan
diri dengan harakah islamiyah.
Dalam bahagian ini, Dr. Fathi Yakan
telah membentangkan ciri-ciri penting
yang mesti wujud pada mereka yang
menganut
Islam
supaya
penggabungan diri mereka menjadi
penggabungan yang benar. Gabungan
kedua bahagian ini telah melengkapi
antara satu sama lain untuk memberi
panduan dan garisan yang sangat
sesuai dan pratikal kepada para da`e
(pendakwah) dalam memantapkan

lagi kefahaman dan


memurnikan Islam.

usaha

untuk

Membaca dan memahami buku ini


membuatkan pembaca menjadi lebih
focus dan faham mengenai muslim
dan tuntutannya, tidak lagi hanya
tahu mengaku muslim dengan lafaz,
tetapi telah tidak disertakan dengan
perbuatan dan keseluruhan anggota
tubuh dan akal. Mengaku muslim
menuntut kita untuk menjadi umat
yang terbaik. Umat yang sentiasa
faham dan menyerah diri sepenuhnya
kepada Islam seperti yang dituntu
oleh Allah SWT.
Gambar 1: Kitab Apa erti saya
menganut Islam oleh Dr. Fathi Yakan,
terjemahan oleh Pustaka Salam.

2.0 Biografi Penulis


Dr Fathi Yakan dilahirkan pada 9
Februari 1933 di Tripoli Lubnan. Beliau
memperolehi PhD dalam bidang
pengajian Islam walaupun pada
peringkat BA dan MA beliau belajar
dalam bidang kejuruteraan. Beliau
berkahwin dengan Dr Mona Haddad
Yakan dan dikurniakan lima cahaya
mata. Beliau adalah pelopor gerakan
Islam di Lubnan dan dunia Islam

bahkan
antara
pelopor
yang
mengasaskan
gerakan
Islam
di
Lubnan bersama-sama dengan 50
saudaranya yang lain selepas mereka
menziarahi Dr. Mustafa As-Sibaie di
Syria. Beliau telah menyumbang
tenaga di dalam mempelopori fikrah
gerakan Islam di dunia Arab dan telah
menyebarkan risalah-risalah dakwah
yang
berbentuk
ideologi
untuk
menjadi
panduan
generasi
kebangkitan
Islam.
Kebanyakan
tulisan-tulisan
beliau
telah
diterjemahkan ke dalam banyak
bahasa. Beliau pernah memenangi
kerusi dalam pilihanraya Lubnan pada
tahun 1992. Walaupun suatu ketika
beliau
tidak
bersetuju
dengan
pilihanraya kerana tidak pernah
berlaku pada zaman Rasulullah.

Apa Ertinya saya menganut Islam


ditulis dengan kupasan yang amat
ringkas dan mudah difahami. Beliau
berbuat demikian kerana, mahu
menyedarkan khususnya umat Islam
Lubnan untuk kembali berpegang
kepada Islam. Pemuda yang tiada
peribadi,
bersikap
seperti
kera,
pemuda yang tidak mempunyai
akhlak, yang lebih dekat dengan
binatang, pemuda yang dijadikan
tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan

zalim, disusun oleh parti kufur dan


zalim, pemuda pondan yang tidak ada
kebaikan
pada
mereka,
tetapi
keberkatan datang bersama pemuda
yang tinggi cita-citanya. (Dr Fathi
Yakan)

kamu dan supaya kamu pula layak


menjadi orang-orang yang member
keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah).

3.0 Ringkasan muqaddimah

4.0 Bahagian Satu Apa ertinya saya


menganut Islam

Penggabungan diri dengan agama


Islam bukanlah secara warisan, bukan
secara hobi malah ia juga bukan
penggabungan secara zahir sahaja.
Sebenarnya
penggabungan
yang
dimaksudkan ialah penggabungan
dengan ajaran Islam itu sendiri
dengan cara berpegang teguh dengan
seluruh
ajaran
Islam
serta
menyesuaikan diri dengan Islam di
segenap bidang kehidupan dengan
penuh kerelaan.
Seterusnya kami akan menerangkan
secara ringkas sifat-sifat yang wajib
dimiliki oleh setiap muslim untuk
memastikan penggabungan dengan
agama ini merupakan penggabungan
yang sah dan benar. Firman Allah
Subhanahu Wata'ala yang bermaksud:
Dia menamakan kamu: Orang-orang
Islam semenjak dahulu dan di dalam
(Al-Quran) ini, supaya Rasulullah
(Muhammad) menjadi saksi yang
menerangkan
kebenaranperbuatan

(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).

Bahagian
yang
pertama
ini
mengandungi 6 bab semuanya. Babbab tersebut adalah:

1- Saya mestilah Muslim di sudut


Akidah
2- Saya mestilah Muslim di sudut
Ibadat
3- Saya mestilah Muslim di sudut
Akhlak
4- Saya mestilah Muslim di sudut
Berkeluarga
5- Saya mestilah mampu mengawal
diri
6- Saya mestilah yakin bahawa masa
depan di tangan Islam.

Ke enam-enam bab ini mengupas


cirri-ciri
atau
sifat-sfat
seorang
muslim yang perlu dimiliki. Dalam bab
yang
pertama,
ianya
sangat
bersesuaian
dengan
pendekatan
baginda Rasulullah SAW dalam uslub
dakwah dan juga pendekatannya.
Seorang muslim itu mestilah selesai
pemahaman hatinya terhadap Allah
dan rasul serta Islam. Akidah yang
jelas dan mantap akan melahirkan
perbuatan, pemikiran dan percakapan
yang islami, iaitu perbuatan ibadah. Ia
juga seterusnya akan menjadi asas
dalam perbuatan ibadah seorang
muslim. Melakukan ibadah tanpa ada
kefahaman akidah yang jelas ibarat
perbuatan yang sia-sia dan tiada
manfaatnya.

Seterusnya apabila kita telah selesai


bab akidah yang jelas dan ibadah
yang sahih, maka pastinya seorang
muslim itu akan berakhlak dengan
akhlak Islam. Ini kerana akhlak yang
baik hanya akan di zahirkan melalui
hikmah dan manfaat ibadah yang
baik. Di dala Islam, akhlak yang mulia
itu lahir sebagai hasil daripada
pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa
hasil ini, ibadat-ibadat yang kita
lakukan ibarat satu upacara gerak

geri ritual kosong, yang tidak


membawa apa-apa nilai dan faedah.

7. Saya mestilah memahami syaratsyarat baiah dan keanggotaannya.

Kemudian,
apabila
kita
telah
menganut agama Islam, kewajipan
telah jatuh ke atas diri kita untuk
menjadi
pendakwah
segenap
kehidupan
kita.
Maka,
langkah
pertama yang mesti kita lakukan ialah
menjadikan rumah tangga saya
sebagai
sebuah
rumah
tangga
muslim. Kita wajib menyampaikan
ajaran Islam terhadap keluarga dan
masyarakat disekeliling kita. Selain
itu, dalam bab keempat dan kelima ini
juga engajar kita untuk sentiasa dapat
menguasai
diri. Jangan
sesekali
kecundang kepada hawa nafsu diri
sendiri
yang
pastinya
akan
memusnahkan diri.

Bahagian kedua buku ini yang


bertemakan
apa
ertinya
saya
menggabungkan diri dengan harakah
Islamiyyah membentangkan ciri-ciri
penting yang mesti wujud pada
mereka yang menganut Islam supaya
penggabungan diri mereka menjadi
penggabungan yang benar.

5.0 Bahagian Dua Apa ertinya saya


menggabungkan diri dengan harakah
Islamiyyah

Seterusnya, di dalam bahagian kedua,


telah
dinukilkan
oleh
Dr.Fathi
beberapa bab iaitu:

1. Saya mesti hidup untuk Islam


2. Saya mesti beriman bahawa
beramal untuk Islam itu adalah wajib
3.
Tanggungjawab,
cirri-ciri
persediaan harakah islamiyah

Manakala di dalam bab yang keenam


pula, kita mesti meyakini bahawa
keimanan
kita
dengan
Islam
sepatutnya sampai ke peringkat
meyakini bahawa masa depan kelak
ialah milik Islam. Agama Islam adalah
satu-satunya manjah kehidupan yang
sangat sesuai dan selaras dengan
kehidupan manusia.

dan

4. Saya mesti memahami cara-cara


beramal untuk Islam
5. Saya mesti memahami sejauh
mana penggabungan denagn harakah
islamiyyah
6. Saya mesti mememahami makna
pemutusan amal islami

Asas bagi penggabungan seseorang


dengan harakah Islamiyyah ialah
dengan wujudnya ciri-ciri dan sifatsifat
penggabunagn
seseorang
dengan agama Islam itu sendiri. Inilah
yang menjadikan harakah Islamiyyah
mengambil berat ke atas persiapan
peribadi Muslim yang sebenarnya
sebelum
memulakan
usaha
membentuknya
sebagai
seorang
anggota harakah Islamiyyah.

Langkah
ini
perlu
kerana
penggabungan diri seseorang dengan
ajaran Islam adalah asas, manakala
penggabungan ke dalam harakah pula
adalah sebahagian yang tidak boleh

diceraikan dari hakikat penggabungan


seseorang dengan agama ini.

Sehingga hari ini telah berlaku


pelbagai peristiwa dalam dunia Islam
umumnya yang merupakan satu bukti
bagaimana sebenarnya umat Islam
hidup dalam keadaan kekosongan
yang melampau dalam pelbagai
lapangan kehidupan. Dalam peristiwaperistiwa berdarah dan sekatan dunia,
telah banyak system peraturan hidup
dan prinsip-prinsip Islam telah gugur
dan lenyap. Telah banyak gerakangerakan
Islami
dan
pemimpinpemimpinnya yang syahid gugur di
medan perjuangan. Sistem-sistem
Islam
dan
pengaruhnya
sudah
langsung tiada taring. Hilang begitu
sahaja.

Justeru, kesemua ini menuntu kepada


perlunya sebuah Harakah, yang akan
berhadapan
dengan
satu
tanggungjawab
terhadap
sejarah
masa depan umat Islam, memurnikan
kembali iman dan iradah yang telah
tercemar. Maka, buku ini tiada lain,
menyeru pembacanya untuk berubah.
Melengkapi diri dengan cirri-ciri Islam

untuk menggabungkan jasad dan roh


kepada harakah islamiyyah.

6.0 Penutup

Benarlah
buku
ini
tersangat
mengkagumkan sebagai hasil nukilan
seorang manusia biasa yang bukan
Rasul bukan pula Nabi. Titipan
semangat dalam panduannya mampu
mengubah dunia, hasil daripada
didikan-didikan tarbiyyah yang sarat
didalamnya.
Sangat
dicadangkan
kepada semua untuk membaca dan
mentadabburnya

Bedah Buku Apa Ertinya Saya


Menganut Islam(Karangan Ustaz Fathi
Yakan)
Firman ALLAH:
Dialah yang menamakan kamu
sekalian orang-orang muslim sejak
dahulu(begitu pula) dalam (al-Quran)
ini,supaya rasul itu menjadi saksi
keatas kamu dan supaya kamu pula
menjadi saksi keatas segenap
manusia.(surah AL-Haj 22: ayat 78)
1.Saya Mestilah Muslim Dari Sudut

Aqidah
-Beriman bahawa pencipta ini adalah
tuhan yang maha bijaksana lagi maha
berkuasa
-Beriman bahawa tuhan yang maha
mulia(mencipta sesuatu yang ada
tujuannya)
-Beriman bahawa Allah s.w.t telah
men
gutuskan rasul-rasul dan diturunkan
kepada mereka kitab-kitab
-Beriman bahawa matlamat
kewujudan insan ialah mengenali
Allah Azza wa jalla
-Beriman bahawa ganjaran bagi
mukmin yang taat kepada Allah ialah
syurga

2.Saya Mestilah Muslim Dari Sudut


Ibadah
-Memastikan ibadah mempunyai
hubungan dengan tuhan disembah
-Melakukan ibadah dengan khusyuk
sehingga merasai kelazatannya
-Mestilah beribadah dalam keadaan
hati merasai kehadiran
ALLAH(lupakan dunia)
-Mestilah beribadah dalam keadaan
sentiasa ingin menambahnya
-Mestilah mengambil berat terhadap
ibadah qiamullail

3.Saya Mestilah Muslim Dari Sudut

Akhlak
-Menjamin diri dari perkara-perkara
syubhat
-Memelihara pandangan
-Bersifat pemalu
-Bersifat lemah lembut dan sabar
-Bersifat benar
-Bersifat tawaddu
-Menjauhi sangka buruk dan
mengumpat
-Bermurah hati

-Tujuan kahwin untuk memelihara


kemaluan
-Memilih bakal isteri yang baik, akhlak
dan pegangan agama
-Berhati-hati supaya tidak menyalahi
perintah ALLAH
Selepas berumah
tangga(tanggungjawab)
-Berkelakuan baik serta saling
percaya mempercayai antara satu
sama lain
-Menjalinkan persefahaman dalam
pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang

4.Sifat-Sifat Dan Akhlak Mukmin


6.Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri
-bersifat warak dari melakukan
perkara syubhat
-memelihara penglihatan
-memelihara lidah
-bersifat pemalu
-bersifat lemah lembut dan sabar

5.Saya Mestilah Muslim Terhadap Ahli


Keluarga Saya
Sebelum berumah tangga
(tanggungjawab)
-Berkahwin kerana ALLAH

-Bertarung untuk melawan hawa


nafsu
-2 golongan
i.Golongan yang tunduk kepada hawa
nafsu
ii.Golongan yang bermujahadah
melawan hawa nafsu
-Sendi kekuatan melawan hawa nafsu
hati
Hendaklah sentiasa hidup bersih,
lembut, dan cekal
akal
Membezakan dan menyimpan dari

ilmu dan dekatkan diri dengan Allah


-Tanda ketewasan jiwa
Hati mati dan menjadi keras
Susah menerima nasihat
Tamak dan buruk sangka
Cintakan dunia melebihi segalanya

7.Saya Wajib Menyakini Bahawa Masa


Depan Adalah Untuk Islam
-Manhaj islam bersifat rabbani
Corak penghayatan yang kudus
mengatasi sistem dan cara hidup
ciptaan manusia
-Manhaj islam bersifat universal
Menyerlahkan ciri keinsanan dan ciri
rafitah(bersifat terbuka atau
kelapangan)
-Manhaj islam bersifat anjal(murunah)
Memberikan daya untuk menghadapi
aneka permasalahan hidup
-Manhaj islam bersifat syumul atau
menyeluruh
Bersifat menyeluruh dan tidak
terbatas
System hidup manusia mempunyai
keterbatasannya

Anda mungkin juga menyukai