Anda di halaman 1dari 5

TEKS JURUACARA MAJLIS HARI RAYA Dari Raub pergi ke Pontian, Terus pula ke Kuala Perlis, Harap semua

berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang berusaha, ..., ., Yang berusaha, , , .. Yang berusaha, , .., .. Barisan guru-guru, murid-murid, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Selamat datang ke majlis hari raya aidil fitri Sek. Keb. Panggas. Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga majlis bertambah seri. Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih keria, Bunyi mercun berdentum-dentam, Riang gembira dihari raya. Adk tersayang segak bergaya, Mengait kuih di atas para, Suasana riang dihari raya, Bermaaf-maafan hati gembira. Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita semua dapat berkumpul pada pagi ini dalam majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Bagi pihak jawatankuasa majlis ini, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, tuan-tuan dan puanpuan ke majlis ini.

Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada pagi yang penuh bermakna ini, majlis mempersilakan Ustaz Azharuddin b. Bahadon untuk membacakan doa. Dipersilakan. Amin, Amin, Ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azharudin atas bacaan doa itu tadi. Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Para hadirin sekalian, Bagi memulakan aturcara kita pada petang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, .. untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan itu tadi. Buah pauh di tengah bendang, Jadi dagangan di tengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita. Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar lagi niat di hati. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha,....., .. , untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada atas ucapan sebentar tadi. Dari Daik pulang ke Daik, Sehari-hari berkebun pisang, Budi baik dibalas baik, Dalam hati dikenang orang. Sungai disusur setiap hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha, bersamasama kita pada pagi ini, majlis sekali lagi menjemput untuk menyampaikan cenderahati kepada Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada.. atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat bermain si anak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis mempersilakan . untuk menjemput ...dengan diiringi oleh semua guru untuk menikmati jamuan raya yang disediakan. Dipersilakan. Majlis juga menjemput semua murid untuk menikmati jamuan yang disediakan. Hadirin hadirat sekalian, Sambil kita menjamu selera, apa kata kita saksikan bersama-sama persembahan oleh murid-murid sempena sambutan hari raya pada pagi ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid-murid dari..dengan persembahan mereka iaitu Dipersilakan. (Tamat persembahan) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bertemu lagi. Hadirin hadirat sekalian, Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Semoga berjumpa lagi, sekian sahaja, salam hormat. Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai