Anda di halaman 1dari 7

SKRIP JURUACARA MAJLIS RESTU IBUBAPA & GURU SMKBBST 2009 1.

0 Di Dewan Terbuka Kata-kata aluan Bismilah .. Wassalam tuwassalam waalaasyrafil ambiya iwalmursalin waala alihi wasohbihi ajmain Assalamualaikum wbt .. dan selamat sejahtera Yang Amat Berusaha -Tn. Hj Muskamal b. Muhamad Jonan Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi Yang Berusaha - En. Helmy b. Arshad Yang Dipertua PIBG SMKBBST

Yang dihormati guru-guru Penolong Kanan SMKBBST, para ibu bapa dan warga pendidik SMKBBST, dan yang dikasihi para pelajar calon-calon PMR 2009 sekalian. Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian ke Majlis Restu Ibubapa & Guru SMKBBST 2009 Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi yang ceria ini bagi menyempurnakan majlis Restu Ibubapa & Guru pada tahun ini. 2.0 Bacaan Doa Para hadirin yang dihormati sekalian, Agar majlis ini mendapat barakah dan dirahmati Allah, marilah kita bersamasama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Salehin Bin Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Bacaan doa) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

3.0 Pesanan Hikmah Selamat datang kami ucapkan Kehadiran tuan puan dialu-alukan Pesanan Hikmah kami mulakan Moga restumu membawa keberkatan Para hadirin sekalian, Restu serta doa ibubapa & guru adalah nadi kepada kejayaan anak-anak kita. Berkat doa restu inilah yang membawa kepada keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat. Untuk tidak membuang masa, majlis mempersilakan ust. Zulkifli b. Abd. Mubi untuk memberikan pesanan hikmah betapa pentingnya restu ibubapa & guru. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. (Pesanan Hikmah) Demikian tadi, Pesanan Hikmah yang disampaikan oleh ust. Zulkifli b. Abd. Mubi itu tadi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. 4.0 Ucapan-ucapan a) Ucapan YDP PIBG Para hadirin yang dihormati sekalian, Kini, majlis dengan suka citanya menjemput Encik Helmy b. Arshad , Yang DiPertua PIBG SMKBBST untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan YDP PIBG) Demikian tadi ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang DiPertua PIBG SMKBBST. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. b) Ucapan Pengetua Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pula Tuan Haji Muskamal B Muhamad Jonan, Pengetua SMKBBST untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (Ucapan Pengetua)

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Muskamal b. Muhaad Jonan Pengetua SMKBBST . Majlis megucapkan terima kasih 5.0 Penyampaian Cenderamata Para hadirin yang dihormati sekalian Suria bersinar tampak berseri, Indah awan di langit membiru Selamat berjuang putera dan puteri ayah dan ibumu memberi restu Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian cenderamata kepada para clon PMR 2009. Terlebih dahulu majlis mempersilakan Tn Hj Muskamal b. Muhamad Jonan , Pengetua SMKBBST, untuk mengiringi En. Helmy b. Arshad, Yang DiPertua PIBG SMKBBST ke pentas - Dipersilakan Seterusnya, majlis menjemput saudara Muhammad Hud Al-Hasyir b. Khairuneze bagi menerima cenderamata mewakili para pelajar tingkatan 3. Dipersilakan. (Penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar) Demikian tadi penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar tingkatan 3 yang diwakili oleh saudara Muhd. Hud Al-Hasyir. Untuk makluman tuan puan, saudara Hud juga merupakan calon pelajar cemerlang PMR bagi tahun ini. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Helmy b. Arshad, atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi. 6.0 Ku Mohon Restumu Kini tibalah masanya acara yang dinanti-nantikan iaitu Ku Pohon Restumu Ayah ibu & guru . Para pelajar diminta berdiri. ( semua pelajar berdiri) i) Para pelajar yang dikasihi dan dirahmati Allah s.w.t...sila berpaling ke belakang. Pastikan posisi dan kedudukan ibubapa anda berada. ii) Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak...dapatkan ibubapa anda di belakang sana...CIUM TANGAN mereka..MOHONLAH

iii) KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap kata...mohon diampunkan dosa...peluklah mereka seerat-eratnya... Ibu dan ayah...berikanlah restumu....doakan kejayaan mereka iv) Para pelajar yang tiada ibu bapa pada pagi ini..tidak hadir mungkin atas sebab bertugas....atau anda tidak menjemput mereka...atau sememangnya mereka tiada lagi di dunia ini..dapatkan guru-guru anda di hadapan ini...kerana guru adalah pengganti kepada ibu dan ayah di sekolah...ciumlah tangan mereka...mohonlah ampun maaf...minta direstukan segala ilmu yang diberi...mungkin semalam anda melawan guru anda, tidak menyiapkan tugasan yang diberi dan sering menyakiti hati guru...mohonlah kemaafan mereka.... v) Kepada ayah dan ibu...sila bawa anak tuan puan kepada guru-guru mereka di hadapan ini.... Mintalah guru-guru merestui segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi kepada anak-anak tuan puan..moga segala pengajaran guru selama ini dapat mereka manafaatkan. Vi) Para pelajar yang telah pun mendapatkan restu ibubapa dan guru...diminta mengambil semula tempat di dewan terbuka ini dan diminta tidak ke mana-mana. vii) Pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang sudi hadir pada pagi ini. Sesungguhnya komitmen tuan puan adalah inspirasi kami...dengan itu,tamatlah majlis kita pada pagi ini. semoga berjumpa lagi...sekian..wassalam.

PERSEDIAAN DIRI PENGACARA 1. Penampilan diri Pakaian & kekemasan 2. Sihat tubuh & mental cukup tidur -tidak menggeletar -elak pegang skrip -kurangkan kumpul air liur 3. Minum sedikit air sebelum mula 4. Jangan ambil gula-gula 5. Datang lebih awal pastikan p.a system berfungsi 6. Ambil berat semasa pergerakan yang melibatkan persembahan orang Lain. 7. Sentiasa bersikap tenang 8. Suara jelas sebutan satu persatu/ ikut suku kata 9. Sentiasa dengar arahan 10. Gaya bersahaja-lemparkan senyuman. Jelingan dengan air muka ceria bila jemput tetamu berucap. Tunggu pengucap duduk baru dimulakan acara seterusnya.

SKRIP JURUACARA MAJLIS RESTU IBUBAPA & GURU CALON PMR 2009 DISEDIAKAN OLEH : ROSNAH ABD. LATIF (KAUNSELOR PELAJAR)

Anda mungkin juga menyukai