Anda di halaman 1dari 3

ATURCARA MAJLlS PENYAMPAlAN BANTUAN KWAPM -4 NOVEMBER 20l3

TEKS JURU ACARA


7.30 7. 55
- Pendaftaran ibu bapa (penerima KWAPM)
- Pendaftaran ibu bapa ( anak masuk tingkatan l daripada l3 buah sekolah saluran)
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian mengambil tempat.
8.00 9.50
- Taklimat Akademik kepada ibu
bapa penerima KWAPM dan ibu
bapa anak mendaftar tingkatan l
tahun 20l4 ( oleh puan Pengetua/
guru )
Selamat pagi dan salam sejahtera ,
Yang berusaha puan Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan, Yg
dihormati En. Miasin Gani Penolong Kanan Pentadbiran, En. Disil Lima
Penolong kanan HEM, Ketua-ketua Bidang, rakan-rakan guru, para ibu
bapa dan semua pelajar tingkatan l yang dikasihi.
Terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan
saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis Penyampaian Bantuan KWAMP
20l3, membingkiskan ucapan selamat datang. atas kesudian
khususnya kepada para ibu bapa yang hadir dalam majlis ini.kami
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih..
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar
ucapan /taklimat Akademik (PBS) dan pendaftaran pelajar tingkatan l
sesi 20l4 daripada yang berusaha Puan Lee Kui Len pengetua SMK
Tenghilan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...
UCAPAN
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha
Pn. Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan atas ucapan sebentar
tadi...
l0.00 l0.30
- Ucapan perasmian YB Datuk
Wilfred Madius Tangau Wakil
Parlimen Pl70 Tuaran
Ucapan Pengumuman
-Mengumumkan ketibaan YB Datuk Wilfred Madius Tangau Wakil
Parlimen Pl70 Tuaran Ke Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM SMK
Tenghilan tahun 20l3.
-Majlis Mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih
khususnya kepada Yang Berhormat datuk kerana sudi meluangkan
masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini.. walaupun banyak
urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran
beliau.
Tuan-tuan dan Puan-puan.
-Majlis seterusnya mempersilakan YB Datuk Wilfred Madius Tangau
Wakil Parlimen Pl70 Tuaran, Untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM bagi
tahun 20l3.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
UCAPAN
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas ucapan dan perasmian
majlis kita pada pagi ini..

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
l0.35 ll.30
-Penyampaian Bantuan KWAPM
-Pendaftaran Pelajar Tingkatan l
Persekolahan tahun 20l4
Tuan-tuan dan Puan-puan...
Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang
berkemampuan. kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu
keluarga yang memerlukan . Bantuan ini dinamakan sebagai "
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin" atau ringkasnya KWAPM.
-Bagi menyempurnakan acara penyampaian bantuan ini, dijemput yang
berusaha Pn. Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan naik ke pentas
bagi Mengiringi Yang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau untuk
menyampaikan Bantuan KWAPM kepada ibu bapa pelajar yang
berkenaan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Penyampaian bantuan KWAPM
Dengan ini dijemput...
l.
2.
3.
(senarai nama ibu bapa /penjaga)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat
datuk. dan yang berusaha Pn.Lee Kui Len Pengetua SMK Tenghilan
di atas kesudian menyampaikan bantuan KWAPM kepada ibu bapa
sebentar tadi.
Dengan berakhirnya majlis Penyampaian KWAPM itu tadi.maka
berakhirlah majlis Penyampaian Bantuan KWAPM tahun 20l3. Jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan
menghadiri program ini.Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat
Datuk Diiringi Pn. Lee Kui Len pengetua SMK Tenghilan , Barisan
Pentadbir , guru-guru dan para ibu bapa untuk menikmati jamuan
ringan.
Selesailah sudah majlis kita pada hari ini, salam sejahtera dan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai