Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 7 3 MAC 2013-7 MAC 2013 MASALAH DALAM MENYIAPKAN LEMBARAN KERJA MASALAH Pada minggu ketujuh saya

di Sekolah ini, saya dapati aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas semakin bertambah baik.

Walaubagaimanapun, latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid untuk menilai tahap pemahaman pembelajaran mereka sukar difahami oleh segelintir murid. Beberapa orang murid didapati tidak dapat melakukan lembaran kerja seperti yang disediakan. Pada minggu ketujuh ini juga saya telah merancang untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan murid dalam memahami sesuatu pembelajaran dan mengenal pasti murid mana yang lemah dalam kelas yang diajar. ANALISIS MASALAH Menurut Dictionary of Education (1973) perbezaan individu ditakrifkan sebagai : ``Kelainan sifat-sifat yang menggambarkan keunikan seseorang kenak-kanak sebagai individu. Keunikan itu dapat dilihat di dalam bilik darjah dan memerlukan para guru memberi perhatian khas mengenainya. Menurut Dictionary of Psychology (1973) perbezaan individu ditakrifkan sebagai : ``Variasi atau kelainan individu dari norma kumpulannya samada dari sifat-sifat mental, fizikal, emosi, moral, sikap, bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Perbezaan tahap kecergasan murid merupakan cabaran bagi saya sebagai guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Oleh hal yang demikian, timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya :

Mengapakah segelintir murid masih tidak faham dengan latihan yang diberikan? Adakah mereka tidak faham dengan pengajaran saya? Apakah soalan yang diberikan sukar untuk difahami? Apakah pengajaran saya ini membosankan murid-murid ini? Adakan saya menggunakan pendekatan pembelajaran yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran? Saya cuba menganalisis mengapakah masalah ini berlaku dalam pengajaran

saya. Daripada beberapa bacaan yang telah saya lakukan, faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu ialah seperti faktor baka, persekitaran,

sosioekonomi, didikan semasa di sekolah dan di luar sekolah, kadar kematangan fizikal dan mental, jantina, darjah kecerdasan otak, faktor model sosial, emosi dan moral serta amalan ibubapa yang mendidik anak-anak. ``Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Newman, Freeman dan Holzinger (1928), faktor baka lebih kuat pengaruhnya daripada faktor persekitaran terhadap darjah kecerdasan di kalangan individu.

Artur R. Jensen (1969) adalah seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat. Menurut Jensen, ``pengaruh genetik atau baka terhadap perbezaan markah dan darjah kecerdasan individu adalah sebanyak 80 peratus berbanding hanya 20 peratus pengaruh persekitaran individu.

``Menurut teori pembelajaran sosial yang diutarakan oleh Bandura, kanakkanak mempelajari sesuatu seperti perlakuan, keganasan dan penggunaan bahasa melalui sesuatu satu proses yang dipanggil sebagai peniruan (modelling). Ibubapa dan anggota keluarga menjadi model atau contoh bagi kanak-kanak.

CADANGAN Untuk memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya murid-murid memperolehi pengetahuan atau kemahiran yang diajar, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut : Menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas dengan

membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza. Menggunakan pelbagai kaedah/teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah dan berbeza dengan murid-murid lain. Memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan member bimbingan secara berterusan. Sentiasa memberi motivasi dengan member pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan. Kaedah dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan perlu mengambil kira perbezaan individu dalam kalangan pelajar.

TEMPOH PENYELESAIAN 10 Mac 2013-14 Mac 2013 (1 MINGGU)

TINDAKAN SUSULAN Bagi menyelesaikan masalah ini, saya hendaklah sentiasa peka terhadap setiap murid-murid di dalam kelas saya dan perlu mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan yang berterusan perlu diberikan kepada murid yang didapati lemah supaya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan. Lembaran kerja

merupakan medium penting yang perlu diberikan kepada murid-murid untuk menilai kefahaman mereka bagi setiap tajuk yang diajar di dalam bilik darjah.

KESIMPULAN Oleh hal yang demikian, perbezaan kecerdasan dalam kalangan murid-murid bukanlah faktor yang menjadi penyebab bahawa murid sukar memahami kehendak soalan yang diberikan. Hal ini kerana guru memainkan peranan penting untuk mengenali setiap murid dan peka dengan masalah murid. Kecerdasan murid terletak kepada kebijaksanaan guru yang mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika guru peka dengan kelemahan murid, maka murid dapat memahami kehendak soalan yang diberi dengan bimbingan guru secara berterusan. Saya berpendapat masih banyak lagi yang perlu saya lakukan dalam mengatasi masalah pembelajaran murid-murid ini. Saya tidak boleh berputus asa dan perlu sentiasa mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk memahirkan murid-murid untuk menguasai pengiraan nombor dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai