Anda di halaman 1dari 12

Audiologi |1

UNIT PELAJARAN 1 STRUKTUR DAN FUNGSI ANATOMI TELINGA


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan mekanisme pendengaran 2. Menjelaskan fungsi organ-organ telinga 3. Menjelaskan punca kehilangan pendengaran

PENGENALAN
Pernahkah anda melihat anak kecil menonton program kartun kesukaannya dengan bunyi yang kuat atau sering kali mereka terpaksa mengulang setiap arahan ringkas sebelum difahaminya? Perhatikan pula reaksi mereka apabila dipanggil secara perlahan dari belakang, adakah dia kelihatan terpinga-pinga untuk mengesan di mana suara itu berada?.Jika salah satu jawapannya adalah pernah, si kecil ini berkemungkinan besar menghadapi masalah pendengaran. Kajian terbaru Institut Otolaringologi Amerika mendapati setiap tiga hingga enam daripada 1,000 bayi yang dilahirkan mengalami masalah pendengaran secara semula jadi atau semasa dibesarkan. Lebih mengejutkan kajian itu menunjukkan majoriti kes yang dilaporkan bertumpu di benua Asia dan Afrika, terutamanya di negara membangun. Ibu bapa tidak menyedari kemungkinan anak mereka tidak dapat mendengar dengan jelas dan beranggapan si kecil tidak mengendahkan arahan mereka. Situasi ini secara tidak langsung mungkin mendorong ibu bapa berleter atau lebih teruk memarahi anak mereka. Masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak sukar dikesan di banyak negara memandangkan mereka dihantar ke sekolah seawal usia enam tahun. Kanakkanak mungkin baru menyedari hal itu apabila sukar berinteraksi dengan rakan baru dan memahami apa yang diajar di dalam kelas. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan

Audiologi |2

kanak-kanak tadi bertukar menjadi pendiam kerana malu diketawakan, kurang yakin dengan diri dan merasakan diri tersisih daripada pelajar lain. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa masalah itu boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan pendengaran kekal atau pekak sekiranya tidak dikesan pada peringkat awal. Hal ini sangat membimbangkan memandangkan kanak-kanak selalunya tidak menyedari mereka mengalami masalah pendengaran. Oleh itu, ibu bapa perlu memerhati tanda masalah bagi membolehkan rawatan pemulihan dibuat segera. Bayi bermasalah pendengaran menunjukkan beberapa tanda yang boleh dikesan melalui beberapa peringkat usia iaitu selepas bayi dilahirkan hingga berusia enam bulan, dari tujuh hingga 12 bulan dan dari usia bayi 13 bulan hingga dua tahun.Bayi mungkin berisiko tinggi sekiranya dilahirkan dengan berat kurang 1.6 kilogram atau mempunyai keadaan rupa telinga yang tidak normal seperti ketiadaan cuping telinga atau ketiadaan telinga luar.Selain itu, bayi yang disahkan menghidap sakit kuning, meningitis, menerima ubat melalui saluran terus ke urat darah atau diletakkan dalam inkubator sebaik dilahirkan turut menghadapi risiko masalah itu. Antara tanda lain ialah bayi tidak menunjukkan tindak balas terhadap persekitaran, tidak mampu meniru bunyi, tidak berhenti menangis walaupun diajukan alat mainan yang berbunyi dan tidak memalingkan kepala mereka apabila dipanggil ibu atau bapa pada beberapa bulan pertamakelahiran.

MEKANISMA PENDENGARAN
Kita bukan sahaja mendengar dengan telinga kita mendengar dengan otak. Bagaimana ia berfungsi? Selidiklah bagaimana senangnya getaran bunyi menjadi siulan burung, lirik muzik atau bunyi letupan dari gerudi tukul. a. Bahagian Telinga Luar

Audiologi |3

Walaupun bahagian luar telinga adalah tempat yang paling baik untuk menempatkan barang perhiasan, ia adalah khas direka untuk menghantar bunyi. Bunyi bermula dengan pergerakan molekul udara. Apabila objek bergetar, molekul udara akan menyusun pergerakan dan dihantar sebagai gelombang bunyi. Di bahagian luar telinga bentuk-loceng memfokus gelombang bunyi ini ke dalam saluran telinga, di mana ia dibantu dan dikuatkan oleh bentuk berliku-liku. Fenomena semulajadi ini berjalan dengan lancar sehingga kita terikut untuk meniru cara semulajadi ini untuk mendengar dengan lebih baik: seorang juruhebah radio meletakkan tangan di belakang telinganya, sekaligus mengumpulkan bunyi ke dalam dan menyekat bunyi latar belakang keluar. Sejurus di dalam saluran telinga, gelombang telinga bergerak terus sehingga mereka sampai di gegendang telinga, titik pemisahan antara bahagian luar dan bahagian tengah telinga. b. Bahagian Telinga Tengah

Ketika gelombang bunyi menghentam gegendang telinga, ia akan mengakibatkan getaran, menghantar bunyi ke jentera halus di bahagian tengah telinga. Di sini, tiga tulang yang paling kecil di badan biasanya dikenali sebagai tukul, andas dan rakap secara mekanikal akan menyusun bunyi dengan menguatkan dan memudahkan laluan bunyi ke dalam bahagian dalam telinga. Di bahagian tengah telinga juga mengandungi

Audiologi |4

tiub Eustachia, di mana ia menyeimbangkan tekanan udara antara bahagian luar dan telinga tengah.

c. Bahagian Telinga Dalam

Di bahagian telinga dalam yang mengandungi cecair ialah tempat di mana action potential berlaku. Di sini, sel-sel bulu yang sangat halus terletak di koklea berbentukgelung. Sel-sel bulu ini dirangsang oleh gelombang bunyi yang bergerak melalui cecair dan mengubah pergerakan kepada impuls saraf yang di disampaikan ke otak. Otak kita menterjemahkan isyarat dan memberitahu kita bahawa loceng pintu sedang berbunyi, atau perkataan itu sedang dituturkan. Banyak hal yang membantu memastikan dengan tepat apa yang anda dengar, tetapi kombinasi frekuensi memberi bunyi yang berlainan kualiti istimewanya. Sumber dan haluan bunyi dan kekuatannya merupakan lain-lain petunjuk bagi otak untuk mentafsirkan mesej. Kehilangan pendengaran berlaku ketika sel-sel bulu mengalami kerosakan atau mati, kejadian yang biasa berlaku ketika kita berusia. Dan sel-sel bulu, seperti sel-sel otak, tidak dapat menghasilkan sel-sel yang baru. Oleh itu, kebanyakan kehilangan pendengaran tidak dapat diubah.

Audiologi |5

Huraikan secara ringkas proses mekanisme pendengaran

PUNCA KEHILANGAN PENDENGARAN


Kita banyak mengetahui tentang bagaimana kehilangan pendengaran berlaku. Nyata sekali punca utamanya ialah proses penuaan yang semula jadi. Seperti rambut kita yang menjadi berkurangan dan beruban, dan mata kita menjadi semakin rabun, sel-sel rambut di dalam telinga menjadi lemah, rosak dan bertambah tidak responsif selari dengan peningkatan usia. Punca kedua kehilangan pendengaran ialah pendedahan kepada bunyi bising. Mesin-mesin yang kuat bunyinya di rumah ataupun di tempat kerja boleh merosakkan telinga anda malahan bunyi letupan singkat yang melebihi 90 desibel boleh meninggalkan kesan. Bunyi kuat yang berpanjangan lebih teruk. Kehidupan kita dipenuhi dengan bunyi-bunyi yang tidak dapat dikawal: dalam persekitaran ketenteraan atau perindustrian, dan daripada kapal terbang, kereta api bawah tanah, dan bunyi trafik. Selain itu, terdapat juga bunyi-bunyi yang dapat dikawal, tetapi jangan cuba-cuba untuk memilih konsert rock, sorakan kuat dalam acara sukan, dan dari peralatan yang berkuasa tinggi di rumah. Semua jenis kehilangan pendengaran ini adalah contoh kehilangan pendengaran sensorineural. Pewarisan genetik juga berperanan dalam perkembangan kehilangan pendengaran jenis ini. Kehilangan pendengaran juga disebabkan oleh penyakit seperti jangkitan telinga, tumor atau kecederaan misalnya, kesan dari pukulan kuat ke kepala. Punca lain yang senang diatasi ialah pemendapan tahi telinga di saluran telinga. Sesetengah masalah ini akan pulih sendiri, manakala sesetengahnya pula memerlukan rawatan atau pembedahan. Ini adalah contoh kehilangan pendengaran konduktif.

Terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan masalah pendengaran antaranya tabiat ibu ketika mengandung seperti minum minuman keras, merokok dan mengambil pil tahan sakit seperti aspirin dalam kuantiti yang berlebihan. Contoh lain

Audiologi |6

seperti:

a.

Ia juga boleh berpunca daripada faktor genetik di mana ibu atau bapa mempunyai sejarah anggota keluarga yang pekak kekal atau sementara.

b.

Selain itu, masalah pendengaran boleh juga disebabkan kehadiran cecair dalam telinga, kekurangan sel rambut yang berfungsi menghantar gelombang bunyi kepada koklea dan keadaan lubang telinga yang tidak normal.

c.

Ada juga kes disebabkan kesan pendedahan kepada bunyi kuat yang melampau dalam tempoh lama seperti bunyi bising dari tapak pembinaan.

Mengesan kehilangan pendengaran. Kehilangan pendengaran amatlah sukar dikesani di peringkat awal tidak seperti penyakit lain. Tanda-tanda yang perlu diperhatikan mungkin berbeza dari sudut pandangan tertentu sama ada melalui pememeriksaan untuk diri sendiri atau untuk individu yang tersayang.

Mengenali tanda-tanda kehilangan pendengaran. Seseorang yang mengalami kehilangan pendengaran, biasanya dikaitkan dengan tanda-tanda yang tersenarai di bawah.

Mereka

nampaknya

sedang

mendengar

individu

lain

bercakap

tetapi

menghadapi kesulitan untuk memahami patah-patah perkataan yang dituturkan


Mereka selalu meminta individu mengulangi perkataan yang dituturkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mendengar suara perempuan dan kanakkanak.

Mereka menghadapi kesukaran berbual di tempat yang bising. Sukar memahami perkataan dari perbualan telefon. Mereka lebih gemar menggunakan sebelah telinga sahaja. Mereka bersungut adanya nada dering (bunyi bising) dari sebelah atau keduadua telinganya.

Mereka kelihatan tidak selesa semasa bersosial dengan individu lain. Mereka menjauhkan diri dari orang lain , murung dan cepat marah.

Audiologi |7

Rakan-rakan dan keluarga telah dapat mengenalpasti masalah pendengaran mereka.

JENIS-JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN


Kehilangan pendengaran dibahagikan kepada dua kategori yang luas, bergantung kepada bahagian telinga yang terjejas. Pesakit mungkin mengalami kehilangan pendengaran di sebelah telinga sahaja, atau kebiasaannya, di kedua-dua telinga. a. Kehilangan Pendengaran Konduktif Apabila struktur bahagian luar telinga atau telinga tengah gagal mengendalikan gelombang bunyi ke dalam telinga dengan baik, akibat yang berlaku ialahkehilangan pendengaran konduktif. Jenis kehilangan ini biasanya sementara dan boleh dipulihkan dengan pembedahan atau perubatan lain. Penyebabnya termasuk jangkitan,

kecederaan telinga, seperti kebocoran gegendang, atau pemendapan tahi telinga di salur telinga luar. Oleh kerana kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan telinga, amat penting bagi mereka untuk mendapatkan pemeriksaan yang kerap dan anda perlu sedar akan tanda-tanda kehilangan pendengaran. b. Kehilangan Pendengaran Sensorineural ( kepekakan saraf ) Kehilangan pendengaran sensorineural (kepekakan saraf) menggambarkan apa yang berlaku apabila bahagian telinga dalam tidak dapat memproses bunyi secara normal. Ia boleh disebabkan oleh punca-punca yang berbeza, tetapi senario yang paling utama ialah kerosakan pada sel-sel bulu di koklea akibat pendedahan kepada bunyi kuat dan/atau peningkatan usia yang semula jadi. Apabila sel-sel bulu tidak responsif, bunyi tidak dihantar dengan betul ke saraf auditori otak. 90% kehilangan pendengaran adalah jdari jenis kehilangan pendengaran sensorineural.

a. Bincangkan punca berlakunya kehilangan pendengaran jenis konduktif. b. Apakah bahagian telingan yang terlibat bagi jenis sensori neural.

Audiologi |8

LANGKAH YANG BOLEH DI LAKUKAN TERHADAP KEHILANGAN PENDENGARAN


Walaupun pendengaran normal tidak dapat diperolehi semula, kebanyakan kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh umur atau bunyi bising keterlaluan boleh diuruskan dan dipulihkan. Sesetengahnya memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan. Seperti cermin mata yang digunakan untuk membantu penglihatan, alat bantu pendengaran digunakan untuk merawat kebanyakan jenis kehilangan pendengaran. Semua rawatan bermula daripada pemeriksaan pendengaran oleh seorang doktor atau profesional pendengaran. Apabila sudah diketahui punca dan tahap kehilangan

pendengaran, pesakit akan dapat membuat keputusan untuk cara merawatnya. Tetapi, langkah yang pertama sekali, ambillah kesempatan untuk belajar tentang pendengaran dan bagaimana kehilangan pendengaran boleh berlaku.

Rawatan kehilangan pendengaran Mungkin doktor akan melakukan ujian saringan pendengaran sebagai salah satu

daripada rutin pemeriksaan mereka, tetapi ramai yang tidak melakukannya. Jika mengesyaki bahawa anda mengalami kehilangan pendengaran, anda boleh

mendapatkan salah satu dari tiga jenis profesional ini: pengamal perubatan umum (GP), pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), atau profesional pendengaran.Seorang GP atau ENT boleh memastikan sekiranya kehilangan pendengaran berpunca dari masalah perubatan, ataupun cara rawatan seperti pembedahan, boleh menolong. Jika tidak, doktor mungkin akan merujuk anda kepada profesional pendengaran.Profesional

pendengaran termasuk audiologis dan pakar alat bantu pendengaran. Audiologis adalah profesional yang mempunyai ijazah dalam bidang audiologi, iaitu kajian tentang pendengaran. Mereka dilatih khusus dalam menjalankan ujian pendengaran, penilaian dan merawat kehilangan pendengaran. Seorang audiologis juga boleh memasang alat bantu pendengaran kepada pelanggan.

Audiologi |9

Pakar alat bantu pendengaran dilatih untuk pemasangan dan pembekalan alatalat bantu pendengaran. Mereka biasanya berlesen dan mendapat pengesahan lembaga yang tertentu untuk membuat ujian atas kehilangan pendengaran dan memasangkan pelanggan dengan alat-alat bantu pendengaran. Soalan-soalan untuk ditanya kepada profesional pendengaran Cetakkan senarai contoh soalan pertanyaan untuk mendapatkan maklumat yang kehendaki apabila bertemu dengan seorang profesional pendengaran. 1. Apakah jenis kehilangan pendengaran saya? (Konduktif atau sensorineural?) 2. Adakah ia dapat dipulihkan dengan rawatan perubatan? 3. Perlukah saya mendapatkan pandangan pakar-pakar/orang lain untuk masalah ini? 4. Apakah keputusan ujian pendengaran saya? Apakah ambang pendengaran saya? 5. Adakah saya mengalami masalah dengan frekuensi atau jenis-jenis bunyi yang tertentu? 6. Apakah perkara lain yang saya boleh lakukan untuk mendengar dengan lebih baik? 7. Apakah pilihan rawatan ke atas saya? 8. Bagaimanakah saya boleh mengelakkan dari bertambahnya kehilangan pendengaran saya?

a. Senaraikan organ-organ pendengaran yang terlibat dalam mekanisme pendengaran b. Apakah peranan audioligis dalam hal penempatan kanak-kanak bermasalah pendengaran RUMUSAN Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu telingan luar,telinga tengah dan telinga dalam. Mekanisma pendengaran adalah proses sesuatu bunyi ditafsirkan oleh otak apabila bunyi tersebut melalui bahagian-bahagian telinga

A u d i o l o g i | 10

Dua jenis kehilangan pendengaran yang biasa diperolehi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu konduktif dan sensori neural.

RUJUKAN
Barbara Taylor.1992. Pekak. Siri Asas Kesihatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Frederick N. M. (1994), Introduction To Audiology (5th Ed.).London: Prentice Hall Maltby.M.T & Knight. P (2000).,Audiology: An Introduction for teachers and Others Profesionals.London: David Fulton Doyle. J. (1999) Practical Audiology for SpeechLanguage Therapists. London: Whurr http://www.starkeymalaysia.com

A u d i o l o g i | 11

A u d i o l o g i | 12

Anda mungkin juga menyukai