Anda di halaman 1dari 1

Latihan Imbuhan Perempuan Kerudung HitamArahan: Imbuhkan setiap perkataan

dalam kurungan bagi setiap ayat di bawah ini.


01. Para jemaah (penuh)____________________ ruang salat di masjid sebelum waktu salat
Jumaat bermula.
02. Amalan penduduk Makkah yang selalu datang lambat ke masjid untuk salat Jumaat sudah
menjadi (biasa)_____________________ bagi mereka.
03. Ada seorang kenalan penulis duduk (hampir)____________________ dengan tempat dia
duduk.
04. Seorang lelaki Arab yang memakai gamis labuh berwarna putih dan kepalanya
(tutup)____________________ serban merah datang di tempat penulis duduk.
05. Mereka (angkat )____________________ seraya melaungkan takbir dengan kuat.
06. Seorang peminta sedekah wanita Arab berpurdah (dapat)____________________ orang-
orang yang berlalu-lalang di situ.
07. Wang sedekah yang (derma)____________________ orang ramai dia tampung dengan
kain selendang yang dia pakai.
08. Mereka (tutur)____________________ dalam bahasa Arab yang fasih.
09. Lelaki itu (tuding)____________________ jarinya ke arah seorang jemaah berbangsa
Arab yang lain.
10. Seorang jemaah lelaki menangis seraya (kata)____________________ wangnya sudah
dicopet.
11. Hati penulis berasa kurang senang kerana terpaksa (asak-asak)____________________
untuk keluar dari masjid yang sesak dengan para jemaah.
12. Penulis (nampak)____________________ seorang lelaki Arab menghadang laluannya
untuk keluar dari masjid itu.
13. Semua jemaah yang lain tidak senang dengan (buat)____________________ yang
menolak-nolak orang lain di tangga itu.
14. Penulis telah dapat (tangkap)____________________ tangan pencopet yang sedang
meraba-raba di beg tali pinggangnya.
15. Pencopet itu sedang (pegang)____________________ wang 500 rial di tangannya
sewaktu penulis dapat menangkap tangan wanita itu.
16. Penulis (agak-agak)____________________ mendapati orang-orang Arab itu
melaungkan bahawa seorang pencopet telah dapat ditangkapnya.

Anda mungkin juga menyukai