Anda di halaman 1dari 2

2.

PENGALAMAN SAINS YANG HARUS BERLAKU DI DALAM BILIK DARJAH

Berdasarkan

dapatan

dari

penyelidikan

projek

kumpulan

yang

telah

dilaksanakan, pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah amat bersesuaian sekali dengan teknik pembelajaran sains murid sekolah rendah kerana kaedah tersebut amat menekankan pembinaan pemahaman murid sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan serta pengalaman sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran.

Pengalaman pembelajaran yang diperlukan murid semasa proses pembelajaran sains berlangsung adalah seperti berikut; 2.3.1 Pembelajaran berpusatkan murid di mana proses pembelajaran tersebut terarah kepada interaksi murid kepada rakan dan gurunya manakala, guru hanya berperanan sebagai seorang pemudahcara sahaja. 2.3.2 Fokus proses terarah kepada pembelajaran berbanding pengajaran di mana proses pembelajaran itu menggabungjalin teknik, strategi dan teori pembelajaran yang pelbagai serta berfokus kepada hands-on dan mindson murid. 2.3.3 Pembelajaran secara koperatif di mana murid diberi peluang untuk mengemukakan idea dan berdaya usaha secara autonomi bagi mencapai standard pembelajaran yang dicadangkan. 2.3.4 Proses perkembangan pengalaman dan pengetahuan secara inkuri

penemuan melalui kaedah eksperimen, kajian lapangan, soal selidik, pembentangan hasil dan diskusi. 2.3.5 Proses pembelajaran pelbagai arah yang melibatkan interaksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan persekitaran.

2.3.6 Pengalaman pembelajaran interktif juga memberi kesan positif yang optimum dalam proses penaakulan dan analisis murid untuk membentuk pengetahuan baru serta pembelajaran bermakna. 2.3.7 Pembelajaran Akses Kendiri juga sesuai diguna pakai dalam

pembelajaran sains, iaitu murid diberi akses fasiliti, bahan rujukan dan masa yang mencukupi untuk memuktamadkan sesuatu tugasan yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai