Anda di halaman 1dari 4

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

FORUM 1

DISEDIAKAN OLEH NAMA ROHANA BINTI MOHAMED NO. MATRIK D20102043360

UPSI 08 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN AZLI BIN ARIFFIN

TARIKH SERAH: 29HB SEPTEMBER

UNIT 1

Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan

29 Sep 2013 08:03:29 PM

Rohana Binti Mohamed

menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod

membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula

membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula

mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Justeru, membaca mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Untuk mencapai matlamat tersebut, seseorang itu mesti mampu mencungkil makna daripada teks yang dibaca. Makna ini diperoleh dengan maklumat nyata teks dan dimengertikan melalui pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Pembaca harus boleh menterjemah lambang bertulis kepada bunyi bahasa, dan mendapatkan maklumat serta makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan itu (Kementerian

Pendidikan Malaysia 1992).

UNIT 1

Benar cikgu hasil bacaan saya , Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

29 Sep 2013 08:27:40 PM

Rohana Binti Mohamed

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataanperkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut: mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala. mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

UNIT 1

Dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif. Membaca merupakan proses interpretasi terhadap makna dari simbol-simbol yang tertulis.Jika seseorang tidak memahami sebahagian makna dari teks, maka ia belum membaca, bahkan jika seseorang itu melafalkan setiap kata dengan tepat. Menurut Stauffer (1969), seseorang yang melakukan pembacaan tanpa pemahaman, bererti dia belum boleh dikira sebagai

29 Sep 2013 08:39:52 PM

Rohana Binti Mohamed

berkebolehan membaca. Ini kerana membaca ialah proses berfikir untuk pemahaman mengaplikasi, yang memerlukan pembaca dan

menterjemah,

menganalisis,

meramal,

membentuk imaginasi. Harris dan Hodge (1981) menganggap pemahaman membaca adalah satu kebolehan atau kemampuan memahamkan sepenuhnya apa yang dibaca, la merupakan satu proses yang berlaku dalam otak untuk mendapatkan maklumat daripada satu komunikasi, sama ada komunikasi itu dilakukan melalui lisan, tulisan, atau melalui penggunaan simbol-simbol tertentu. la adalah satu proses mentaI yang kompleks. Pemahaman membaca memerlukan lebih daripada hanya memahamkan makna satu-satu perkataan. la melibatkan pengecaman, pemilihan makna-makna yang sesuai, keupayaan membina satu generalisasi, dan juga membuat penilaian (Rubin 1975, Cohen 1990).

Anda mungkin juga menyukai