Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI BONEKA.

Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik kearah : Pendedahan komunikasi Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita. Merangsang daya imaginasi. Memberi murid pengglaman belajar bekerjasama secara kumpulan.

JENIS BONEKA. 1. 2. 3. 4. 5. Boneka Sarung Tangan. Boneka Bertongkat Boneka Jari. Wayang kulit. Boneka mobail

PROSES DAN PERALATAN. 1. Pemilihan cerita. Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa dll 2 pilihan : Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita. Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita.

2. Skrip : Tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak. Skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. 3. Pencerita : Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka. Dialog ditutur selaras dengan gerak laku. Menggunakan pelbagai varisasi suara. Boleh mendapatkan khidmat pembatu dalam menggerak lakonkan boneka.

Membina boneka mudah. Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stoking, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak. Cth : boneka beg kertas.

Pentas. Terdapat 2 kategori pentas iaitu : Pentas : I. Pentas kerusi II. Pentas meja III. Pentas tingkap IV. Pentas pintu V. Pentas lipat VI. OHP Tiada pentas I. Pencerita dalam keadaan duduk II. Pencerita dalam keadaan berdiri III. Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti bercerita.

Anda mungkin juga menyukai