Anda di halaman 1dari 39

ECE 2063

PERKEMBANGAN BAHASA,
KOMUNIKASI DAN
LITERASI DALAM
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

TOPIK 7:
BONEKA DAN
DRAMA
Pengenalan
• Sebarang objek yang digeraklakonkan dan disertai
dengan dialog.

• Boneka atau puppet atau patungan merupakan salah satu


daripada permainan terawal yang dikenali oleh kanak-
kanak.

• Boneka diperbuat dalam pelbagai bentuk dan rupa


seperti manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan
• Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, boneka
disenaraikan sebagai alat bantu mengajar dan sebagai bahan
kurikulum yang berfungsi sebagai alat rangsangan untuk
kanak-kanak di prasekolah

• Penggunaan boneka di prasekolah dapat memberi


motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar.

• Persembahan boneka dapat menghidupkan suasana


pembelajaran yang menggembirakan.

• Boneka dapat memberi pelbagai pengalaman


pembelajaran kepada kanak-kanak terutamanya
kemahiran bahasa semasa mereka bermain boneka.
Guru menggunakan boneka sebagai alat bantu mengajar
Perancangan Aktiviti
Menggunakan Boneka
i. Boneka sebagai alat bantu mengajar

□ Sebagai alat bantu mengajar, boneka dapat menarik


perhatian kanak-kanak terhadap pengajaran yang
disampaikan oleh guru dalam aktiviti pengajaran. Boneka
boleh digunakan untuk set induksi, langkah pengajaran
dan pembelajaran atau sebagai aktiviti lanjutan dalam
rancangan mengajar.
ii. Bercerita Bersama Boneka

□ Dalam aktiviti bercerita, boneka boleh digunakan


untuk melakonkan watak-watak dalam cerita.
Kanak-kanak digalakkan bercerita semula dengan
menggunakan boneka yang sedia ada atau membuat
boneka yang ringkas dan mudah untuk watak-watak dalam
cerita yang dipilih.
iii. Persembahan Boneka

□ Untuk melaksanakan persembahan boneka, guru perlu


menyediakan skrip sama ada mereka cerita baru atau
mengubahsuai cerita daripada buku cerita. Selepas
penulisan skrip, guru perlu sediakan boneka berdasarkan
skrip yang dipilih.
□ Guru digalakkan membimbing kanak-kanak membuat
boneka yang ringkas untuk membuat persembahan.
□ Seterusnya latihan pembacaan skrip dan latihan
menggeraklakonkan boneka dijalankan.
Jenis Boneka

1. Boneka sarung tangan

2. Boneka berbatang

3. Boneka bertali

4. Boneka wayang
Boneka sarung tangan

• Boneka sarung tangan digeraklakonkan dengan


memasukkan tangan menerusi bahagian bawah ke
dalam sarung tangan.

• Tumpuan utama adalah pergerakan mulut atau kepala.

• Kepala boneka sarung tangan boleh dibuat daripada kayu,


papier mache atau kain, dan tangannya daripada kayu atau
kain sumbat.
• Kepala dan tangan dilekatkan pada badan kain yang dibentuk
seperti guni, dan boneka ini disarungkan seperti sarung tangan.
• Boneka jari juga tergolong dalam kategori
boneka sarung tangan.

• Boneka ini dimainkan dengan


menggunakan jari.

• Biasanya boneka seperti ini kecil dan


digeraklakonkan dengan jari iaitu boneka
disarung ke jari atau dilukis. Bahagian ini
dapat digerakkan ialah tangan dan kepala
sahaja.
Boneka berbatang/ lidi

• Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi ia


berbentuk tiga dimensi.

• Ia berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti


kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah
boneka tersebut.

• Rod kayu, buluh atau batang dipegang oleh pemain


boneka untuk menggerak lakonkannya sama ada di
bahagian tubuh atau tangannya.
Boneka bertali
• Boneka ini bersendi yang dikendalikan dengan menggunakan
tali atau benang daripada bahagian atas boneka.

• Tali-tali diikatkan pada anak-anakan dan kayu kawalan yang


biasanya bersilang dipegang oleh pemain boneka.

• Pemain boneka perlu menguasai kemahiran yang tinggi


untuk menggeraklakonkannya.

• Boneka jenis ini dianggap paling sukar dikendalikan kerana


ia memerlukan kemahiran dan latihan yang rapi.
Boneka wayang/ Shadow
puppets
• Boneka wayang yang juga dikenali sebagai wayang kulit ialah
satu seni persembahan tradisional Malaysia.

• Boneka ini badannya rata dan berbentuk dua dimensi yang


diperbuat daripada kulit, kadbod, kertas tebal, plastik atau
berlulang yang disediakan khas.

• Boneka wayang seperti ini perlukan kain layar yang


lutsinar.

• Boneka dimainkan dibelakang layar dan hanya bayang-


bayangnya yang boleh dilihat oleh penonton.
Cara Membuat Boneka
Boneka sarung tangan
Boneka berbatang / lidi
Boneka bertali
Boneka wayang / Shadow
puppets
Jenis Pentas

1. Pentas tirai

2. Pentas meja

3. Pentas papan tulis

4. Pentas berlipat
Pentas tirai
• Pentas ini dapat dibuat dengan menggunakan tiang atau tali.
Pentas meja
• Untuk membuat pentas ini, meja boleh disusun mengikut saiz
pentas yang dikehendaki. Kain, tirai atau kertas berwarna
gelap boleh ditutup pada bahagian hadapan meja.
Pentas papan tulis
• Papan tulis diletakkan di bahagian depan dan bahagian
belakangnya disokong dengan sebuah meja .
Pentas berlipat
• Pentas ini boleh dibuat daripada kotak tebal yang
disambung dan dilipat, atau disusun daripada papan
flannel .
Hubungan antara Boneka
dan Drama
• Boneka sesuai digunakan di prasekolah
kerana kanak-kanak peringkat ini masih
berfikiran animisme dan suka akan boneka.

• Teater boneka disesuaikan dengan aspek


kemahiran bahasa di prasekolah.
• Melalui teater boneka, pelbagai bentuk
dan gaya bahasa diperkenalkan.

• Perlaksanaan teater boneka dapat memberi


pengalaman belajar yang seronok kepada
kanak-kanak prasekolah.

• Berikut adalah tujuan penggunaan boneka


dalam pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah:
a. Belajar bahasa dalam suasana yang menarik dan
berkesan.
b. Pengukuhan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
c. Mempercepatkan dan mempermudahkan pemahaman
kanak-kanak.
d. Memupuk daya kreativiti kanak-kanak.
e. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
f. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi.
g. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi
pengalaman.
h. Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan
kekal.
• Persembahan teater boneka
menggalakkan kanak-kanak berbual
secara spontan.

• Kanak-kanak bertindak-balas dengan


boneka yang dipegang.

• Tugas guru hanya memberi nasihat,


panduan dan arahan kepada
kanak-kanak.
Perancangan Aktiviti Pementasan Bone
Sebelum persembahan :
❑ Peringkat ini lebih kepada perancangan dan penyediaan.

❖ Memilih cerita atau menulis skrip untuk persembahan


boneka.
❖ Kumpulkan boneka yang sedia ada atau membuat boneka
mengikut watak-watak yang tersenarai dalam cerita yang dipilih
atau skrip yang ditulis.
❖ Mengarang dialog yang mudah dan sesuai dengan
peringkat kanak-kanak di prasekolah.
❖ Menentukan bilangan pemain boneka.
❖ Membaca atau menghafal dialog.
❖ Penyediaan pentas, props,latar belakang, efek bunyi dan
pencahayaan pentas.
Semasa persembahan :
❑ Pemain boneka yang terlibat dalam persembahan boneka
melafazkan dialog yang telah dihafal sebelum
persembahan.

❑ Sementara itu, kanak- kanak lain yang menonton akan


menggunakan kemahiran mendengar dan memerhati.

❑ Semasa persembahan, kanak-kanak dapat menggunakan


kemahiran seperti mendengar, bertutur dan berlakon.
Selepas persembahan :

❑ Melaksanakan aktiviti perbincangan dan bersoal jawab


tentang cerita yang dipersembahkan.

❑ Kanak-kanak digalakkan bercerita semula atau


menyambungkan cerita yang telah dipersembahkan.
Kepentingan Boneka
i. Boneka digunakan untuk menyampaikan cerita atau
mesej yang berkesan dan efektif.

ii. Sewaktu persembahan boneka, pendengar boleh


terlibat secara tidak langsung dengan menyahut
dialog pemain boneka.

iii. Memberi pendedahan kepada kemahiran


berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam
mencipta dan merangsang daya imaginasi kanak-
kanak.
iv. Memberi peluang kepada kanak-kanak
pengalaman belajar bekerjasama dalam
kumpulan.

v. Memenuhi fitrah kanak-kanak yang gemar


bermain - Konsep Pembelajaran kanak-kanak
adalah belajar sambil bermain.

vi. Menceriakan situasi P&P dan menghilangkan


rasa bosan kanak-kanak.

vii. Digunakan sebaga ABM / BBM / BBB untuk


proses P&P
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai