BONEKA dari bahasa Portugis "Boneca" . Ia merupakan sesuatu objek atau benda
bukan hidup yang dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang
bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh dijadikan boneka selagi
ianya digerakkan oleh pemain. Pemain akan menghidupkan watak boneka untuk
menyampaikan mesej secara lisan atau gerak tubuh boneka.
Figure boneka berbentuk manusia, haiwan, bunga atau apa sahaja benda lain untuk
dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain untuk persembahan. Boneka merupakan
salah satu permainan tertua kerana permainan ini wujud pada zaman Yunani, Rowani
ataupun Mesir.
Umumnya permainan boneka hanya untuk permainan kanak-kanak, namun pada
zaman dahulu adakalanya ia fungsinya digunakan untuk acara ritual yang berhubung
dengan alam ghaib atau mistik .
KEPENTINGAN
BONEKA
DALAM
MEDIA PENGAJARAN
&
PEMBELAJARAN
Boneka digunakan untuk menyampaikan cerita atau mesej yang berkesan dan efektif.
Sewaktu persembahan boneka, pendengar boleh terlibat secara tidak langsung dengan
menyahut
dialong
pemain
boneka.
ini
akan
memberi
pendedahkan kemahiran
berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam mencipta dan merangsang daya imaginasi
murid. Secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada murid-murid pengalaman
belajar
bekerjasama
dalam
kumpulan.
Penggunaan boneka akan menceriakan situasi P&P dan menghilangkan rasa bosan
kanak-kanak.
Fungsi ekspresi. Pernyataan suka, benci, kagum, marah, jengkel, sedih. Dengan
mendongeng/cerita
boneka,
baik
pencerita
maupun
pendengar
dapat
Fungsi Informasi. Menyampaikan pesan atau amanat kepada orang lain. Dalam
kelas mendongeng, baik pencerita ataupun si pendengar dapat menyampaikan
pesannya kepada orang lain. Pesan tersebut adalah pesan-pesan yang biasanya
mereka sudah pernah mendengarnya. Akan tetapi pada saat itu, ayat tersebut
muncul kembali kerana adanya simulasi.
Fungsi Ekplorasi. Menjelaskan sesuatu hal, perkara dan keadaan. Anak-anak yang
kreatif pun mempunyai kebolehan untuk menjelaskan sesuatu. Ketika ia mengetahui
sesuatu maka melalui stimulus,mereka cuba melakukan sesuatu untuk menjelaskan
idenya.
Fungsi Persuasi. Fungsi bahasa yang bersifat mempengaruhi atau mengajak orang
lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu secara baik-baik. Pada tahap
selanjutnya kanak-kanak akan berusaha mengajak atau mendominasi temannya
dengan kemauan dan keinginannya. Bahkan sering kali tejadi adu mulut diantara
mereka untuk mempertahankan pendapatnya.
JENIS-JENIS BONEKA
1. BONEKA TANGAN
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Untuk menggunakan
boneka jenis ini tangan dimasukkan ke dalam sarung tangan itu danjari serta pergelangan
tangandigerakkan
untuk
menghidupkan
anggota
boneka.
Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain
untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak . Dibuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci.
Hand puppet atau boneka tangan, boleh menghiburkan kanak-kanak. Selain mengeratkan
hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi, berinteraksi,
membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih cepat.
dan
2. BONEKA LIDI
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang akan
digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang
lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.
2.
BONEKA
TALI
Boneka Bertali atau dikenali marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti
paper mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk
membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
4. BONEKA JARI
Jari-jari digunakan untuk mengerakkan watak-watak. Bahan-bahan yang digunakan unuk
boneka ini amatlah serdahana seperti tutup botol, bola ping pong, belon kecil dan
seumpamanya. setiap jari juga boleh dilukis atau digunakan kain kecil sebesar jari-jari.
(Kalau nak senang sangat, lukis saje pada jari. ;-)
BONEKA TONGKAT
Disebut boneka tongkat kerana cara memainkannya dengan menggunakan tongkat.
Tongkat-tongkat ini dihubungkan dengan tangan dan tubuh boneka. Tubuhnya adalah
kosong, tapi mata dan mulutnya boleh bergerak. untuk memainkan boneka ini, pemain akan
berpegang dua tongkat pada dua tangannya masing-masing.Wayang Golek di Jawa Barat
misalnya adalah termasuk boneka jenis ini. Untuk keperluan penggunaan boneka tongkat
sebagai media pendidikan / pembelajaran di sekolah, maka tokoh-tokohnya dibuat sesuai
dengan keadaan sekarang. Misalnya dibuat tokoh tentara, pedagang, lurah, nelayan dan
sebagainya. Boneka tongkat dapat dibuat dari kayu yang lembut seperti kayu kemiri, randu,
dan sebagainya.
hand-rod puppets.
BONEKA BAYANG-BAYANG
Boneka bayang-bayang (Sadhow Puppet) adalah jenis boneka yang cara memainkannya
dengan mempertontonkan gerak bayang-bayang dari boneka tersebut. Di Indonesia
khususnya di Jawa dikenal dengan Wayang kulit. Namun untuk keperluan sekolah,
wayang semacam ini dirasakan kurang efektif, karena untuk memainkan boneka ini
diperlukan ruangan gelap/tertutup. lagi pula diperlukan lampu untuk membuat bayangbayang layar.