Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung.


Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah
yang dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Selain itu , boneka adalah salah satu
hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan
alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau
rumah terutamanya untuk anak perempuan.
Perkataan boneka berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa
Portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka
yang dihasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi
masyarakat Yunani dan Romawi kuno, mereka menggunakan boneka untuk upacara
keagamaan manakala masyarakat Mesir kuno pula mneggunakan boneka ssebagai
gentian korban manusia.
Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk
fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib atau
mistik seperti upacara ritual keagamaan pada azaman dahulu, permaianan
jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebagainya. Bukti kebenaran boneka
digunakan untuk upacara keagamaan pada masa dulu ialah boneka seringkali
dijumpai di makam-makam kuno atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.

DEFINISI BONEKA

Boneka adalah sebarang benda atau objek yang digerak atau dilakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan
mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka. Pemain akan
mencuba untuk menghidukan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan
oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permaianan
yang menyerupai orang atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau
barang permainan. Menurut Dewan Bahasa Edisi ke 4 pula, mentakrifkan boneka
adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau
dengan memasukkan tangan kedalam dan menggerakkannya.
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada
perkataan Portugis iaitu

boneka yang bermaksud sejenis mainan yang dapat

berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan.

PENDAPAT TOKOH
Selathurai Nadeson (1982) menerangkan bahawa (puppet show) boleh
digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi
arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga
untuk

mencipta

situasi-situasi

drama

yang

melibatkan

kanak-

kanak.Pepatung akan member peluang kepada kanak-kanak untuk


memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga
memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginative.
Zaharatulaili (2006) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan
boneka telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
prasekolah. Boneka merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang
dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran
kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang sukakan boneka.Bermain
dengan boneka dapat member peluang dan kebebasan kepada kanakkanak untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap
kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian beliau mendapati teknik
penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam
perkembangan

bahasa,

emosi,

social,

komunikasi,

fizikal

dan

pengetahuan kanak-kanak.
Levy (1984) yang telah membuat kajian semula terhadap kajian-kajian lepas
yang melibatkan hubungan main dengan perkembangan bahasa telah
membuat kesimpulan seperti berikut.
i. Main memberangsangkan inovasi dalam bahasa.
ii. Main memperkenalkan perkataan dalam konsep yang baru.
iii. Main menghubungkaitkan penggunaan dan praktis bahasa
iv. Main memperkembangkan kesedaran metalinguistik
v. Main menggalakkan pemikiran secara lisan
Kajian beliau mendapati main dapat memperkembangkan bahasa
kanak-kanak. Penggunaan boneka merupakan salah satu cara kanakkanak

bermain.Kanak-kanak

dapat

meningkatkan

keupayaan,

komunikasi dan bilangan dan perbendaharaan kata dengan bermain


boneka.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
BONEKA
3

Sang Kancil Menipu Harimau

Pada suatu hari, seekor kancil sedang berehat dibawah sepohon pokok di
dalam hutan. Tiba-tiba muncul seekor harimau hendak membahamnya.
Harimau

: (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.

Sang Kancil

: ( terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? ( lalu berdiri


dengan cepat).

Harimau

: (suara meninggi) Aku hendak makan kamu. (Sambil mengangkat


kaki hadapannya dan membuka mulutnya.).

Sang Kancil : Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh Sang Harimau.....aku telah
diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menunggu benda ini.
(sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu)
Harimau

: (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?

Sang Kancil : Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini
apabila baginda hendak ke hutan.
Harimau

: Hmmm.... tentu sedap bunyi gong raja ya.

Sang Kancil : Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.
Harimau sangat ingin mnedengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil
memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi
alas an yang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong itu.

Harimau

: (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali
pun cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini.
4

Sang Kancil : Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tidak
jujur.
Harimau

: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.

Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan
helahnya.
Sang Kancil : Baiklah,harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah aku
pergi jauh dari sini.
Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimaum
memalu gong itu setelah medengar arahan daripadanya.Kemudian, Sang Kancil peri
jauh dari situ
Sang Kancil : (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, ke semua
tebuan itu keluar dan menyekat harimau.
Harimau

: ( mengaum dengan kuat) Auuummmm!

Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu menyerang seluruh tubuhnya. Dia
berlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan it uterus mengejarnya. Mujurlah harimau
terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

PANDUAN PENGGUNAAN BONEKA

Watak Sang Harimau


1. Pegang buluh menggunakan tangan kanan pada bahagian kaki belakang dan
sebelah kaki hadapan.
2. Pegang buluh menggunakan tangan kiri pada bahagian kaki hadapan.
3. Gerakkan tangan kiri ke atas dan ke bawah bagi menggerakkan bahagian
kaki sebelah hadapan.
4. Pastikan hanya tangan kiri digerakkan ketika watak Sang Harimau berdialog.
5. Sebaliknya, ketika watak Sang Kancil berdialog, watak Sang Harimau tidak
perlu digerakkan.

Watak Sang Kancil


1. Pegang buluh menggunakan tangan kiri pada bahagian kaki belakang dan
sebelah kaki hadapan.
2. Pegang buluh menggunakan tangan kanan pada bahagian kaki hadapan.
3. Gerakkan tangan kanan ke atas dan ke bawah bagi menggerakkan bahagian
kaki sebelah hadapan.
4. Pastikan hanya tangan kiri digerakkan ketika watak Sang Kancil berdialog.
5. Sebaliknya, ketika watak Sang Harimau berdialog, watak Sang Kancil tidak
perlu digerakkan.

RUMUSAN
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk
memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran
lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama
6

dalam penyediaan bahan. Penggunaan boneka untuk aktiviti

pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan


komunikasi dan bahasa, social emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga
pengalaman.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang
pengalaman

adalah

sebagai

kaedah

mempengaruhi

kanak-kanak,

menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian kanak-kanak


dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping
memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan
membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan
kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu
penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan . Pengetahuan
mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi cirri-ciri reka bentuk
disamping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.
Persembahan boneka akan

menjadi lebih menarik apabila pereka dapat

menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

REFLEKSI.

Alhamdulillah, Syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan ini, walaupun terbatas dengan masa
yang terhad lantaran kesibukan menjalankan tugas seharian.
Saya sangat bersyukur kerana usaha saya membahagikan masa antara
tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan bapa kepada emapat orang cahaya
mata (suami tinggal berjauhan kerana bertugas di negeri lain) , guru dan pelajar
tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Hal ini ditambah lagi dengan
suasana hari raya yang masih lagi terasa dan terpaksa dikorbankan untuk
menyiapkan tugasan ini.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini daripada Encik Abdul Ramli bin
Sanusi , saya agak bimbang kerana tidak dapat menyempurnakan tugasan
sepertimana kehendak soalan. Setelah berbincang bersama-sama dengan rakan
dan mendapat sedikit panduan daripada pensyarah, barulah saya mendapat sedikit
idea untuk menyiapkan tugasan ini.
Dalam tugasan ini, saya mengambil masa yang agak lama kerana kekangan
masa dan keletihan akibat rutin hidup seharian. Tugasan ini memerlukan saya
membuat banyak rujukan sama ada daripada buku rujukan yang dipinjam dari
perpustakaan awam mahupun internet. Saya banyak meluangkan masa dengan
melayari internet untuk mendapatkan contoh-contoh boneka dan cara membuatnya.
Pada mulanya saya ingin membuat boneka tangan tetapi hampa kerana hasil
nya kurang memuaskan hati saya. Selepas itu, saya cuba pula untuk membuat

wayang kulit dan menukarkan wataknya kepada watak haiwan. Saya juga meminta
pendapat dan bantuan daripada rakan sekolah untuk menyiapkan tugasan ini.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru dan
pengalaman baru yang saya perolehi. Apa yang saya perolehi akan saya gunakan
untuk anak mendidik murid-murid saya.
Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Abdul Ramli bin Sanusi yang telah
memberikan bimbingan,

suami dan anak-anak yang tersayang yang begitu

memahami diri ini dan telah banyak berkorban untuk saya .


Sekian, terima kasih,

RUJUKAN

(2012). Retrieved August 29, 2012, from Boneca:


http://wikipedia.org/wiki/Boneka
Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin. (2010). Literasi Bahasa Melayu.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohamad, K. (2011). Literasi Bahasa Melayu . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Borang Rekod Kolaborasi

10

NAMA

SURIA BINTI MUSA @ MOHD ZAID

KUMPULAN/UNIT

PPG AMBILAN FEB 2012 SAINS

PENSYARAH PEMBIMBING

ENCIK ABDUL RAMLI BIN SANUSI

TARIKH

04 /08/2012

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

CATATAN

Menerima
soalan tugasan
daripada
En Abdul Ramli bin Sanusi

T/ TANGAN

................................
(En Abdul Ramli bin Sanusi)

11/08/2012

Membuat
draf
mengenai
tugasan yang diberi.

Mencari maklumat
di internet.

...................................
(Suria binti Musa @ Mohd Zaid)

27/08/2012
HINGGA
28/08/2012

29/08/2012
HINGGA
30/08/2012

Menyiap kan tugasan yang


diberi.

Menyiapkan tugasan mencari


maklumat di internet

Membuat rujukan di
pusat sumber
sekolah dan
perpustakaan awam

...................................
(Suria binti Musa @ Mohd Zaid)

Menaip maklumat
yang diperolehi
...................................
(Suria binti Musa @ Mohd Zaid)

01/09/2012

Berbincang dengan rakan

02/09/2012

Mengemaskini tugasan

Mengenalpasti
kesilapan dan
membuat
pembetulan .

...................................
(Suria binti Musa @ Mohd Zaid)

11

04/09/2012

Menghantar tugasan lengkap


kepada pensyarah .

Diterima dan
direkodkan.

....................................
(En Abdul Ramli bin Sanusi)

12

Anda mungkin juga menyukai