Anda di halaman 1dari 14

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

PEMARKAHAN

2.

ESEI: (a) (b)

3.

FORUM JUMLAH

KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TUGASAN INDIVIDU 1

Bidang Seni Kreatif Dapat Menyumbangkan Kepada Perkembangan Dan Pembelajaran Kanak-kanak Serta Meningkatkan Kesedaran Terhadap Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
KUMPULAN UPSI B19 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

ROHANA BINTI MOHAMED

D20102043360

012-2979804

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MOHD NIZAM BIN NASRIFAN TARIKH SERAH: 3 MEI 2012

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

HALAMAN

1.0

Pendahuluan 1.1 Tujuan

1-2

2.0

Sumbangan Drama terhadap Perkembangan Seni kanak-Kanak 2.1 Drama meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak 2.2 Drama meningkatkan kreativiti kanak-kanak 2.3 Drama meningkatkan imaginasi kanak-kanak

3-5

Sumbangan Seni Drama Dalam Pembelajaran 3.0 6-9

4.0

Seni Drama Meningkatkan kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia.

10-11

Penutup 5.0 12

Rujukan 13

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

1.0

PENDAHULUAN

Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama , muridmurid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan, juga seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis telah menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah dan dapat memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni dapat membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Antaranya ialah melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama.
1

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

1.1

TUJUAN Drama dalam pendidikan merangkumi aktivi improvisasi, pantomin, memos, main

peranan, simulasi, boneka,teater membaca dan teater bercerita,perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktivitiaktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru .Semasa kanak-kanak berdrama, mereka perlu berfikir,menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan-rakan lain, mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi. Drama Pendidikan sering kali disalah ertikan oleh umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan (Drama Education) bermakna melatih kanak-kanak atau pelajar dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti drama juga boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu pelajar mempunyai masalah emosi dan fizikal.
2

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

2.0

SUMBANGAN DRAMA TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Drama juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membantu perkembangan

dan pemupukan kemahiran berbahasa dalam kanak-kanak semasa di dalam bilik darjah . Pengajaran drama dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti drama kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak kanak juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Secara tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif. Ini kerana kanak-kanak ini akan selalu memikirkan perkara yang mereka tahu dan diantaranya peranan drama terhadap perkembangan kanak-kanak adalah: 2.1 DRAMA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR KANAK-KANAK

Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting membantu mereka sedar tentang pengetahun mereka sendiri. Aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru membenarkan kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Seni drama dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu,guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza,keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring
3

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

2.2

DRAMA MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK

Aktiviti drama yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti drama melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. 2.3 DRAMA MENINGKATKAN IMAGINASI KANAK-KANAK

Drama memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berimaginasi. Semasa kanak-kanak berlakon, mereka dikehendaki berimaginasi. Contohnya mereka berimaginasi dirinya sebagai kucing yang sedang makan ikan. Situasi ini sekadar khayalan dan berlaku dalam minda bawah sedar kanak-kanak. Imaginasi kanak kanak luar biasa dan sukar untuk dibuktikan secara logik.Seperti aktiviti main peranan juga merupakan simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial. Main simbolik juga termasuk sosiodrama yang melibatkan situasi-situasi tertentu seperti peranan orang dewasa dan persekitaran yang pernah dilalui atau diperhatikan oleh kanak-kanak. Menurut Christensen dan Kelly (2003), sebagaimana dipetik oleh Alice Wiggins, University of Virginia, main simbolik dapat meningkatkan penggunaan bahasa, membantu kanak-kanak mencapai pemahaman baharu dan seterusnya menghasilkan perkembangan diri serta pembelajaran yang bermakna. Semasa proses aktiviti main simbolik dilaksanakan kanak-kanak akan berinteraksi antara satu sama lain dan hal ini akan membawa kepada perkembangan bahasa yang sihat yang mana kanak-kanak akan melakukan perkongsian kosa kata yang mana mereka akan memperbetulkan bahasa antara satu sama lain.
4

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih berkesan dan bermakna. Menurut kajian, pelbagai cara boleh digunakan oleh para guru untuk mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa kanak-kanak semasa proses P&P di dalam kelas. Antaranya ialah melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama. Main peranan atau pretend play merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sejak mereka berusia 2 atau 3 tahun lagi. Oleh hal itu, tugas guru semasa di dalam bilik darjah adalah menggunakan aktiviti ini sebagai salah satu instrumen dalam aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar anak muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama boleh menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang apa itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama. Melalui aktiviti main peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanak-kanak dengan kosa kata kosa kata yang baharu.

3.0

SUMBANGAN SENI DRAMA DALAM PEMBELAJARAN

Drama berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Guru dapat mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa melalui sosiodrama. Drama merentas kurikulum, kerana melalui drama ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat.Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca.

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

Melalui kefahaman aspek ,guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni drama yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut. Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, di samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan persoalan di dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara tidak langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu sendiri. Selain daripada itu drama juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan

harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan.Menurut Vygotsky bahasa merupakan alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak juga menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan. Oleh hal itu, perkembangan kemahiran berbahasa kanak-kanak haruslah dijadikan salah satu objektif pembelajaran oleh guru-guru dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Menurut kajian,

pelbagai cara boleh digunakan oleh para guru untuk mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa kanak-kanak semasa proses P&P di dalam kelas. Antaranya ialah melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama. Main peranan atau pretend play merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sejak mereka berusia 2 atau 3 tahun lagi. Oleh hal itu, tugas guru semasa di dalam bilik darjah adalah menggunakan aktiviti ini sebagai salah satu instrumen dalam aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar anak muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama boleh
6

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang apa itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama. Melalui aktiviti main peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanak-kanak dengan kosa kata kosa kata yang baharu. Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau pementasan teater.Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi. Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta pelajar berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan penyelesaian sesuatu cerita/peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh meminta pendapat murid tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan permasalahan yang

ditimbulkan.Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, di samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan persoalan di dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara tidak langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu sendiri.Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat. Oleh hal itu, tugas guru semasa di dalam bilik darjah adalah menggunakan aktiviti ini sebagai salah satu instrumen dalam aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar anak muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama boleh menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang apa itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama.

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

Melalui aktiviti main peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanak-kanak dengan kosa kata kosa kata yang baharu. Pelajar dapat melakonkan sesuatu peristiwa juga berdasarkan lakonan atau reka cipta yang dicipta sendiri atau bahan sedia ada. Selain berlakon dengan skrip yang disediakan, pelajar turut diajar mencipta atau menulis skrip sendiri.Menurut beliau lagi, drama adalah cerita yang dilakonkan. Cerita ini mungkin peristiwa benar yang dilihat, atau dialami oleh manusia. Ketika menjalankan aktiviti drama, pelajar dilatih menggunakan kemahiran berfikir, menyusun ayat atau dialog,dan menyampaikannya dalam lakonan berdasarkan situasi sebenar. Latihan bermain dengan bahasa ini adalah satu proses yang pembelajaran yang menarik minat pelajar terhadap pelajaran mereka, di sinilah timbulnya unsur keindahan atau estiteka ataupun keseronokan dalam diri pelajar.Melalui penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran.Hal ini dapat kita perhatikan melalui penggunaan puisi dan kata-kata indah yang sering kali digunakan dalam drama. Misalnya penggunaan sajak, syair, nazam,pantun dalam drama mampu mendedahkan pelajar tentang unsur- unsur keindahan dalam sesebuah karya itu dan mampu menambahkan lagi penghayatan pelajar dalam sesebuah karya drama.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2004), penggunaan bahan sastera (KOMSAS)dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan manifestasi kesenian melalui media bahan yang kreatif dan indah. Melaluinya,pelajar berpeluang menikmati kehalusan dan keindahan penciptaan hasil karya yang terpilih, seterusnya membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir mereka terhadap persoalan kehidupan sejagat.Kenyataan ini amat bersesuaian dengan penggunaan drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana pelajar perlu mengalami dan menghayati setiap pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui penghayatan bahan drama. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan seni drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu melahirkan unsur estetika dalam diri pelajar itu sendiri dan ini secara tidak langsung membuktikan sifat sastera itu sendiri yang mempunyai unsur keindahan yang mampu dinikmati dan dihayati di samping peranan seni drama itu sendiri sebagai penghibur.

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

4.0

DRAMA MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut. Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000) Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan JERIS. Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia sama da oleh pihak kerajaan ataupun badan-badan bukan kerajaan. Salah satu cara adalah melalui drama. Dalam mata pelajaran sejarah contohnya, guru boleh membuat pertandingan drama yang bertemakan sejarah perpaduan , secara tidak langsung ini akan membantu pelajar memupuk semangat perpaduan diantara kaum kaum yang pelbagai serta membantu meningkatkan usaha yang ada ke arah mempertingkatkan tahap integrasi kaum di Malaysia. Ini kerana melalui drama yang mereka pentaskan terutamanya mata pelajaran sejarah mata pelajaran yang dianggap relevan dalam dalam membentuk sikap toleransi, patriotisme, kewarganegaraan dan nilai-nilai murni ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu selari dengan konsep 1 Malaysia Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahan paradigma tentang budaya ke Malaysiaan.
9

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

Seni drama sebagai satu disiplin. Melaui drama ia membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan, menjulang keberanian, memasyurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia. Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi dan dinikmati bersama. Selain itu seni drama juga merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan adanya unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak wasangka dapat dielakan, tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat memahami antara satu sama lain.Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah turut dibina dengan sempurna. Pendidikan seni drama juga berfaedah kepada pelajar kerana ia memupuk peribadi yang lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan, imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbing pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi.Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia, dari yang lampau hingga masa kini. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara berfikir, cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. Pendekatan kemanusiaan seperti yang dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan, 2001) membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya.

10

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

5.0

PENUTUP Oleh itu amat bertepatanlah, drama menjadi medium unggul untuk menyampaikan

pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini.Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bersesuaian pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan.Seni drama juga begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni kreatif sebegini tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya.Justeru seni drama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas,dapatlah disimpulkan bahawa seni drama banyak memberi sumbangan yang besar terutamanya dalam perkembangan dan pembelajaran serta meninggalkan kesan yang positif di kalangan pelajar-pelajar.Di samping itu juga seni drama mampu mengungkapkan pengalaman seseorang ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginative untuk dihayati oleh pelajar-pelajar.Oleh yang demikian, hal ini akan mampu membina modal insane yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani,rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan falsafah Pendidikan kebangsaan.Keseluruhannya

dapat kita perhatikan di sini, seni drama sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang. Di harapkan melalui Pendidikan Seni drama ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.
11

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D 20102043360

RUJUKAN

(2000). Kumpulan esei pilihan: pendidikan seni dan muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 4: Membina satu Malaysia. Abu Talib Putih (2001). Soal pemikiran dalam pendidikan seni: asas pertimbangan untuk praktis pengajaran di sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI. Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah pendidikan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rod Taylor. (1986). Educating for art: critical response and development. UK Limited England: Longman Group. Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni dan pendidikan insan madani. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010: Memperkayakan budaya, warisan dan kebudayaan.

12

Anda mungkin juga menyukai