1[1] Sebelum nampak tanda-tanda hendak mati, makruh mengalihkannya ke arah kiblat kerana ia menyakiti orang sakit (al-Fawakih ad-Dawani, Ahmad bin Ghanim al-Maliki, 1/283).
Berkata Ibnu Hazm; jika dapat diarahkan ke arah qiblat, elok dilakukan. Jika tidak, tidak mengapa mengadap ke manapun kerana Allah berfirman (bermaksud); Ke mana pun kamu mengadap, di situlah wajah Allah (surah al-Baqarah, ayat 115). Berkata as-Syabi; (Ketika nazak atau baru kematian) kamu boleh sama ada ingin mengalihkannya ke arah qiblat atau tidak mahu mengalihnya. Namun di dalam kubur, pastikan ia mengadap ke qiblat (al-Muhalla, Ibnu Hazm, 3/405). 3. Adapun cara menghadapkannya ke arah qiblat itu ada dua cara; a) Membaringkannya di atas rusuk kanan dengan muka dan dada menghadap ke arah qiblat, iaitu sebagaimana kedudukan mayat dalam kubur. Jika tidak dapat di atas rusuk kanan, di atas rusuk kiri dengan muka dan dada ke arah qiblat. b) Atau; membaringkannya di atas belakang dengan kaki mengadap ke kiblat dan kepala ditinggikan sedikit (iaitu dengan meletakkan lapik dibawahnya) supaya muka kelihatan mengadap ke qiblat. Mana-mana satu dari dua cara di atas boleh dilakukan. Namun para ulamak khilaf pada menentukan mana yang terbaik. Jumhur ulamak (merangkumi mazhab Maliki, Hanafi dan kebanyakan ulamak mazhab Syafiie) menyukai cara (a). Jika tidak boleh cara (a), baru cara (b). Imam Abu Muhammad al-Juwaini dan Imam al-Ghazali menyukai cara (b). Berkata; Imam al-Haramain; cara (b) lah yang biasa dilakukan manusia. (Rujukan; al-Majmu, Imam an-Nawawi, 5/116. Hasyiyah al-Adawi, 1/407). Wallahu alam. Rujukan; 1. al-Majmu, Imam an-Nawawi, 5/116. 2. Hasyiyah al-Adawi, Abul Hasan al-Adawi al-Maliki, 1/407. 3. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 2/286. 4. al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/80 (perkataan; ihtidhar), 10/299 (perkataan tahwil). 5. al-Fawakih ad-Dawani, Ahmad bin Ghanim al-Maliki, 1/283. 6. al-Muhalla bil Atsar, Ibnu Hazm, 3/405.