Anda di halaman 1dari 7

Tokoh-tokoh falsafah pendidikan islam

AL FARABI (870-950 AD)

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H) Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan. Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang

menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini

IMAM AL-GHAZALI DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran Hujjatul Islam adalah ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf. Imam al-Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad. Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah. Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku sahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri. Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah

waliullah dan ramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi, al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk mati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Para Ilmuwan Islam sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada filsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadap dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Dalam pencarian hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai dzuq seorang Muslim sejati. Imam alGhazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55 tahun

IBNU RUSHD (520-595 HIJRAH) Nama sebenar Ibnu Rusyd adalah Mohammad ibn Ahmad ibn Mohammad ibn Rusyd(1126-1198).Beliau dilahirkan di sebuah keluarga ahli hukum di Cordoba,Sepanyol dan meninggal di Maghribi.Pengaruhnya begitu meluas bukan sahaja dalam ketamadunan Islam, malah tersebar hingga ke dunia Barat,yang mana ketika itu mengalami zaman gelap.Beliau juga telah di angkat para orientalis Barat sebagai Bapa kepada fahaman Sekularisme dan lebih dikenali masyarakat Barat sebagai Averroes.Pemikiran Ibn Rusyd jauh lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah seangkatannya mahupun selepas kematiannya.

SEJARAH HIDUP Ibnu Rusyd,seperti yang didokumentasikan dalam sejarah,merupakan ahli falsafah,mantikperubatan,matematik,teologi,ahli fekah mazhab Maliki dan sains,serta turut dianggap sebagai ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Beliau mendapat pendidikan mempelajari hukum hakam melalui bapa dan datuknya yang merupakan pegawai Kadi(hakim).Ibnu Rusyd kemudiannya meninggalkan pekerjaan rasminya sebagai hakim,lalu menekuni dunia kedoktoran dan berguru kepada Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi sahabat karib.Ibnu Zuhr dikenali dalam dunia kedoktoran dengan nama Avenzoar .Hubungan persahabatan mereka akhirnya melahirka nsikap saling menghargai antara satu sama lain. Sebagai contoh,Ibnu Rusyd menganggap Ibn Zuhr sebagai seorang doktor terbaik selepas era pasca Galen dan dianggap sebagai seorang ahli falsafah yang terbesar pada zamannya.

SUMBANGAN.FALSAFAH DAN ILMU LOGIKA.

Ibnu Rusyd merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menterjemahkan hasil karya tulisan Aristotle yang dilupai Barat. Melaluinya,pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di barat dan dikesan pada awal abad ke-12.Ibnu Rusyd menganggap Aristotles sebagai ahli falsafah terbesar dengan mengeluarkan kenyataan bahawa alam melahirkan dia sebagai sebuah model yang sempurna.Beberapa kajiannya telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan Hebrew(Yahudi) dan menjadi

kajian penting dalam kajian abadpertengahan dan kajian Aritotelian Latin di Barat.Dalam tempoh tiga abad,para intelektual Barat dapat memahami Aristotle melalui komentar Ibnu Rusyd. Ibnu Rusyd menulis pemikirannya dengan menyifatkan bahawa mereka tidak mudah menjadi kafir semata-mata kerana membaca karya falsafah,kerana mereka dibentuk oleh sistem pendidikan yang semakin maju serta demokratik,dan ilmu pengetahuan semakin mudah didapati dan banyak lagi kelainan lain yang mencirikan sifat khalayak ini.Pemikiran beliau tersebut telah dirakamkan ke dalam bentuk buku yang diberijudul,Fasl al-Maqal. Ibnu Rusyd juga menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang nampak antara esensi dan eksistensi.Beliau bersependapat dengan pandangan Ibnu Sina yang membezakan antara akal mungkin dan akal aktif,kerana yang ada hanyalah perbandingan logika untuk tujuan analisis. Ibnu Rusyd berpendapat, bahawa jiwa itu bersifat kebendaan,sehingga tidak mengalami kematian.Oleh yang demikian,beliau mengkhususkan status khas manusia adalah dari perspektif penguasaan ilmu pengetahuan dengan ketinggian akalnya.Ibnu Rusyd menekankan bahawaNamun begitu,pandangan beliau tentang akal manusia telah menimbulkan kesan.Saya mengambil contoh,golongan Kristian menolak ideanya disebabkan pentafsiran beliau mengisyaratkan bahawa akal aktif dan akal pasif adalah berbeza.Sudah tentu konsep yang cuba disampaikan Ibnu Rusyd menimbulkan masalah bagi golongan Kristian,kerana pendapatnya yang mengatakan bahawa tidak ada satu akal individu pun yang luput daripada kematian.

KESIMPULAN.

Ibnu Rusyd merupakan tokoh falsafah yang seba boleh dan mahsyur namanya hingga merentasi dunia Barat,dan lebih dikenali sebagai Averroes dalam ketamadunan Eropah.Beliau juga merupakan antara salah seorang tokoh falsafah teragung yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam dan naskahnaskah karyanya masih relevan diguna pakai hingga ke hari ini,sebagai rujukan ilmiah.Buktinya,hasil karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.

Anda mungkin juga menyukai