Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: Menyiasat Daya & Tenaga Pergerakan Tahun: 6 Saya memilih tajuk Pergerakan yang diajar pada tahun

6 di sekolah rendah kerana saya mendapati terdapat banyak KPS dan KPSB yang dilaksanakan. Guru akan menjalankan satu eksperimen untuk menguji daya ke atas geseran antara roda dan permukaan. Tambahan itu, tajuk ini mempunyai pelbagai kepentingan untuk dipelajari oleh murid murid sekolah kerana pergerakan membawa impak yang besar dalam kehidupan seharian setiap individu. Kereta yang bergerak laju boleh membahayakan nyawa, maka hal ini adalah penting bagi murid di sekolah rendah untuk memahami konsep pergerakan. Aktiviti 1 : Eksperimen Tujuan : Menguji daya ke atas geseran antara roda dan permukaan. Langkah-langkah: 1. Aktiviti ini akan dilakukan oleh murid secara berkumpulan.

2. Murid akan memasang 4 roda pada sebuah kotak dan membiarkan kotak yang sebuah lagi tanpa roda.

3. Murid menebuk 2 lubang pada bahagian hadapan kotak itu dan mengikat seutas tali padanya.

4. Murid memasukkan guli yang sama banyak ke dalam kedua-dua kotak tersebut.

5. Murid meletakkan kotak-kotak itu di atas lantai.

Gambar 1

Gambar 2

6. Tarik kotak yang tidak mempunyai roda.

7. Tarik pula kotak yang beroda.

8. Bandingkan daya yang diperlukan untuk menarik kotak-kotak tersebut.

9. Murid akan disuruh untuk melakar peralatan eksperimen seperti gambar 1 dan 2 di atas.

10. Murid melakukan permerhatian dan merekodkan dapatan ke dalam jadual seperti berikut.

Gambar 3

11. Seterusnya, murid membuat kesimpulan.

Gambar 4 12. Guru juga boleh menanyakan soalan tambahan untuk murid-murid lebih kritis dan faham tentang topic yang dipelajari.

Berikut merupakan kemahiran proses sains asas, kemahiran proses sains bersepadu, kemahiran manipulatif yang dapat ditemui dalam eksperimen ini. KPS Asas: 1. Meramal 2. Berkomunikasi 3. Menggunakan hubungan masa dan ruang 4. Mengukur dan menggunakan nombor

KPS Bersepadu: 1. Mengeksperimen 2. Mengawal Pemboleh ubah 3. Mendefinisi secara operasi 4. Mentafsir data Kemahiran Manipulatif: 1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul 2. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Aktiviti 2: Eksperimen Tujuan: Mengetahui hubungan antara jenis permukaan dengan jarak yang dilalui oleh kereta mainan Langkah-Langkah: 1. Aktiviti ini dilakukan oleh murid dalam kumpulan berempat. 2. Sekeping papan diletakkan dia atas lantai konkrit di kelas. 3. Kepingan papan itu disendengkan dengan meletakkan satu hujungnya di atas tiga bongkah bata. 4. Tanda garis permulaan dibuat pada hujung yang lebih tinggi. 5. Kereta mainan diletakkan pada garis permulaan dan dilepaskan.

Gambar 1 6. Murid-murid akan mengambil masa kelajuan kereta yang mengelongsor dari papan tersebut. 7. Murid akan menggunakan sekeping marmar yang disedengkan juga dan mengambil masa kelajuan kereta yang mengelongsor dari sekeping marmar tersebut. 8. Murid- murid diarahkan untuk berbincang bagaimana jarak kereta permainan berbeza dengan permukaan yang berbeza. 9. Seterusnya murid akan membuat kesimpulan bahawa permukaan yang licin akan menyebabkan jarak kereta lebih jauh. 10. Murid akan disuruh untuk melakar peralatan eksperimen seperti gambar 1 di atas.

Berikut merupakan kemahiran proses sains asas, kemahiran proses sains bersepadu, kemahiran manipulatif yang dapat ditemui dalam eksperimen ini. KPS Asas: 1. Meramal 2. Berkomunikasi 3. Menggunakan hubungan masa dan ruang 4. Mengukur dan menggunakan nombor 5. Meramal 6.Berkomunikasi

KPS Bersepadu: 1. Mengeksperimen 2. Mengawal Pemboleh ubah 3. Mendefinisi secara operasi 4. Mentafsir data 5. Mentafsir maklumat

Kemahiran Manipulatif: 1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul 2. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. 3. Mengendalikan spesimen

Anda mungkin juga menyukai

  • Laporan 3
    Laporan 3
    Dokumen7 halaman
    Laporan 3
    Fakhirah Ab Aziz
    Belum ada peringkat
  • Soalan 4
    Soalan 4
    Dokumen6 halaman
    Soalan 4
    Fakhirah Ab Aziz
    Belum ada peringkat
  • SUHU AIR
    SUHU AIR
    Dokumen5 halaman
    SUHU AIR
    Fakhirah Ab Aziz
    Belum ada peringkat
  • Laporan 4
    Laporan 4
    Dokumen6 halaman
    Laporan 4
    Fakhirah Ab Aziz
    Belum ada peringkat
  • Laporan 1
    Laporan 1
    Dokumen5 halaman
    Laporan 1
    Fakhirah Ab Aziz
    Belum ada peringkat
  • SCE3106 Nota
    SCE3106 Nota
    Dokumen164 halaman
    SCE3106 Nota
    meowmaniac
    Belum ada peringkat