Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADELA 81900 KOTA TINGGI JOHOR

NAMA: MUHAMAD HANAFI BIN A.RAHMAN

TAJUK: KEMPEN MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL

KELAS: 5 WAWASAN

NAMA SEKOLAH: MENENGAH KEBANGSAAN ADELA

NAMA CIKGU: PUAN JARIAH BINTI HASSAN

MAKSUD GEJALA SOSIAL Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

JENIS-JENIS GEJALA SOSIAL Seks Bebas atau Jenayah seksual

Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.

Ponteng Sekolah

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 3 092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80 93 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada

keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen KementerianPendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku dikalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama merekayang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar

Peyalahgunaan Dadah

Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi Antidadah

Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32 808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun.

Black Metel

Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL IBU BAPA ~Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial ini. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan masyarakat. Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar.

MASALAH KELUARGA Faktor kedua penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kerana mempunyai keluarga. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang

masalah

ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai

mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang

PENGARUH RAKAN SEBAYA

~Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilainilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama,

menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.

MASYARAKAT

~Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin bergaduh, sama sekali ditinggalkan mencuri, untuk menyebabkan mencederakan terlibat dengan remaja guru, sanggup minum menipu arak dan Keadaan dalam tidak ini

peperiksaan, mustahillah

penagihan

dadah.

menunjukkan

dengan

jelas

bagaimana

nilai

masyarakat

dapat

mempengaruhi

perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial ini.

GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL IBU BAPA meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu

Dalam

meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Sejak akhirakhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang menerusi dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalisme, buli dan ponteng. Keutuhan institusi kekeluargaan begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga

institusi ini diibaratkan seperti cerucuk di dalam sesebuah bangunan yang kukuh. Malah, institusi kekeluargaan begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan

keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial. Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada

anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap

sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka mereka akan menyebabkan mengabaikan anak-anak mereka mereka. terlalu sibuk dengan kerja Contohnya, pada hujung

sehingga

minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktivitiaktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa

remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang ayah dan ibu.

AGENSI YANG TERLIBAT DALAM MENGATASI MASALAH SOSIAL MEDIA MASSA PIHAK BERKUASA

CARA MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL

Sebuah Bengkel Menangani Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Golongan Muda telah diadakan di Hotel Sri Malaysia. Bengkel yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar dan Yayasan Konrad Adenauer ini telah dihadiri oleh lebih 45 orang peserta yang merupakan wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin NGO, agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dengan hal-ehwal pembangunan golongan belia/muda.Di antara lain Bengkel ini adalah bertujuan untuk:Mengumpulkan maklumat daripada golongan pengkaji/profesional dan golongan muda mengenai faktor-faktor psikologi, emosi, ekonomi, sosial dan spritual yang

mengakibatkan berbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak khasnya di kalangan golongan muda. Merumuskan satu gambaran yang bersepadu dan holistik tentang keadaan remaja hari ini dengan menilai maklumat serta teori yang ada secara objektif, sistematik dan realistik. Menggariskan projek atau program jangka panjang atau jangka pendek mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak serta mengenalpasti badan-badan atau organisasi-organisasi bagi melaksanakan strategi dan program yang dijayakan. Menyediakan laporan dan blue-orint for action untuk dimajukan kepada pihak IKD sendiri serta pihak-pihak berwajib yang lain mengenai isu masalah remaja dan keruntuhan akhlak di kalangan golongan muda.

Anda mungkin juga menyukai