Anda di halaman 1dari 0

ANALISIS DOKUMEN: PENDEKATAN AHLI TAFSIR DAN APLIKASINYA

DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF



Oleh

Mohd Saufi Ismail & Dr Hasan Bahrom

Abstrak

Dalam pengajian Islam pemeringkatan dokumen dikategorikan kepada
beberapa peringkat dan ianya bergantung kepada tahap keautoritian dokumen
tersebut. Dokumen dianalisis atas tujuan untuk mendapatkan sesuatu natijah
yang bersesuaian dengan masalah yang dibangkitkan. Pelbagai pendekatan yang
telah diamalkan oleh ulama terdahulu dalam dalam menafsirkan sesuatu data
yang diperolehi. Pendekatan ulama Fiqh dalam menganalisis dokumen mungkin
berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh ulama tasauf atau ulama
siasah [politik], analisis mereka bergantung kepada maksud yang hendak
diperolehi. Walau bagaimanapun keseragaman corak dan gaya
menginterpertasi sesuatu data mesti mengikut peraturan yang telah digariskan
atau disepakati sekalipun dalam bidang yang berbeza. Kertas ini akan cuba
mengketengahkan secara saintifik pendekatan yang telah digunakan oleh para
Mufassirin terdahulu dalam menganalisis dokumen dalam penyelidikan mereka.


Kata kunci : Analisa Dokumen, Pendekatan Ahli Tafsir


1. Pendahuluan

Analisis adalah salah satu bahagian terpenting dalam penyelidikan kerana hasilnya akan
mencerminkan sebahagian daripada objektif sesuatu penyelidikan. Dalam kajian penyelidikan
data-data yang diperolehi sama ada prima atau sekunder boleh dianalisis sama ada secara
kualitatif atau kuantitatif. Analisis secara kuantitatif lebih mudah, teratur, selaras dan besifat
objektif kerana ia boleh dilakukan secara pengkomputeran dengan menggunakan program-
program khusus seperti SPSS untuk memahami situasi-situasi tertentu berkaitan data-data
tersebut. Analisis dalam bentuk ini selalunya ditunjukkan dalam bentuk angka-angka. Berbanding
dengan analisis secara kualitatif, para penyelidik sangat berperanan dalam menganalisis sesuatu
data. Hasil analisis mungkin berbeza bergantung kepada tahap keupayaan dan kekuatan fikiran
seseorang penyelidik. Program-program komputer hanya digunakan untuk tujuan pengkodan data
atau mengkategorikan dokumen yang hendak dianalisis. Penulisan ringkas ini bertujuan untuk
melihat sejauhmana kaedah penarafan sumber dan metod yang digunakan oleh ahli-ahli tafsir
khususnya dalam menganalisis ayat-ayat al-Quran boleh diadaptasi ke atas penarafan dan
analisis dokumen dalam penyelidikan secara kualitatif.
2

2. Sumber dan penarafan dokumen

Dokumen merupakan salah satu sumber data selain daripada soal selidik, temuduga
berdepan, pemerhatian dan pemerhatian ikut serta. Sumber-sumber dokumen boleh diperolehi
sama ada dalam bentuk tulisan atau visual. Dokumen secara visual seperti gambar, artifak atau
muzik sangat jarang digunakan dalam penyelidikan sains sosial. Sumber dokumen berbentuk
penulisan meliputi buku, jurnal, akhbar, majalah, rekod-rekod yang berkaitan dengan
pentadbiran, polisi, pengurusan, kewangan dan perdagangan, penerbitan kerajaan dan statistik-
statistik rasmi, surat, memo, laporan tahunan dan catatan harian. Di kalangan penyelidik-
penyelidik akademik, buku dan jurnal merupakan sumber dokumen yang paling utama. Secara
prinsipnya ia mengandungi longgokan pengetahuan dan kebijaksanaan serta idea-idea terkini
yang boleh membentuk arah kajian. Buku dan jurnal sebagai sumber data yang digunakan bagi
tujuan penyelidikan perlu dinilai idea dan maklumat yang terkandung di dalamnya dari segi
kualiti, keaslian dan kredibiliti.
Dalam pengkayaan ilmu kajian Islam, secara umumnya sumber-sumber untuk
memahami ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu, sumber wahyu dan sumber bukan
wahyu (ijtihadi). Sarjana Islam sepakat bahawa al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber
paling utama untuk diambil perhatian, kemudian diikuti oleh sumber-sumber ijtihadi yang
sebahagian disepakati dan sebahagiannya tidak disepakati kalangan sarjana Islam [Islamic
Scholar atau Ulama]. Kesemua sumber ini adalah dalam bentuk perkataan dan terungkap dalam
bentuk pendokumentasian data, yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan data yang telah
didokumen. Dalam kontek pentafsiran al-Quran, terdapat beberapa perkara yang menjadi sumber
untuk menjelaskan mengenai ayat-ayat al-Quran yang telah dilakar oleh sarjana Islam sebagai
asas bagaimana al-Quran itu dianalisis. Pendapat ini bukanlah suatu yang baru, bermula dari
zaman para Sahabat, diikuti oleh para tabien dan para sarjana Islam terkemudian, mereka telah
menjadikan ayat al-Quran sendiri sebagai sumber tafsiran yang paling utama untuk mentafsirkan
al-Quran. Dalam artikata lain, metod analisis Al-Quran berdasarkan al-Quran, metod
menganalisis al-Quran berdasarkan al-Sunnah, metod menganalisis al-Quran berdasarkan
ijtihad dan metod menganalisis al-Quran berdasarkan kepada perkhabaran dari kalangan ahlul
Kitab.



3
a) Al-Quran

Merupakan satu dokumen yang menjadi sumber data yang paling asli, tinggi dan sempurna. Ia
adalah kalam Allah (wahyu) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi
perantaraan J ibril untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Dari segi kandungan, al-Quran
adalah sumber yang paling lengkap, mengandungi sumber dasar kehidupan bagi manusia di dunia
dan akhirat. Mencakupi aspek-aspek aqidah, akhlak, politik, ekonomi, sosial, sains, sejarah serta
gambaran kehidupan di akhirat. Terdapat banyak tempat di dalam al-Quran di mana setengah
ayat-ayatnya merupakan tafsiran kepada setengah ayat-ayat yang lain sama ada dalam bentuk
bayan al-mujmal [kenyataan umum], takhsis al-am [pengkhususan yang am] atau taqyid al-
mutlak [pengukuhan yang mutlak]. Begitu juga dengan pemaparan kisah yang sama tetapi di
beberapa tempat di dalam al-Quran seperti kisah Adam dan iblis, nabi Musa dan Firaun serta
nabi Ibrahim dan kaumnya, memberi erti yang tersendiri dalam menafsirkan sesuatu ayat, dan
menghubungkaitkanya dengan yang lain.

b) Al-Sunnah

Diertikan sebagai perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi s.a.w. Ia merupakan sumber tafsiran
yang kedua selepas al-Quran. Sebagai sumber tafsiran al-Quran, al-Sunnah berperanan dalam
bentuk;

i. Memperkukuhkan apa yang telah disebut oleh al-Quran.
ii. Memperjelaskan ayat-ayat al-Quran yang datang dalam bentuk yang ringkas.
iii. Menerangkan perkara-perkara yang tidak terdapat dalam nas al-Quran.

c) Al-Ijtihad

Dalam keadaan tidak kedapatan nas al-Quran atau Sunnah yang jelas, pemahaman terhadap al-
Quran menerusi kekuatan ijtihad [daya fikir hasil daripada kajian ulama] para sarjana Islam,
menjadi nadi kepada pemuliharaan dan perkembangan hukum dalam Islam. antaranya berusaha
memahami dan mengetahui rahsia-rahsia bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan memahami
kebiasaan dan adat-adat kehidupan masyarakat Arab.


4
d) Perkhabaran ahlul Kitab Yahudi dan Nasrani.

Terdapat dua pandangan mengenai tafsiran al-Quran menerusi sumber ahlul Kitab. Kumpulan
pertama berdapat tidak wajar berdasarkan kepada beberapa hadith yang melarang untuk berbuat
demikian. Kumpulan kedua menerima bagi tujuan memahami beberapa perkara khususnya
berkaitan kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran daripada kalangan Yahudi dan Nasrani
yang telah memeluk Islam. Dalam ertikata lain perkhabaran ahlul Kitab Yahudi dan Nasrani
boleh digunapakai sekiranya perkara yang diperbahaskan atau dikhabarkan itu berkaitan dengan
aspek kepercayaan dan budaya hidup kaum itu sendiri, bukan berkaitan dengan Islam sebagai
agama yang berasingan dengan kepercayan mereka.
Para sarjana Islam telah membahagikan tafsiran al-Quran dari aspek sumber kepada dua
iaitu tafsir bil mathur dan tafsir bil rayi. Dari segi nilai, tafsiran atau analisis al-Quran bil
mathur iaitu yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah serta pendapat-pendapat sahabat dan
tabien merupakan tafsiran yang mempunyai nilai yang cukup tinggi di kalangan sarjana Islam
dari segi keaslian dan kredibilitinya, dan menjadi sumber rujukan yang otentik dan tidak
dipertikai kebenaranya. Berbeza dengan tafsir bil rayi yang berasaskan kepada ijtihad iaitu daya
fikir yang berpandukan kepada kajian yang lebih bergantung kepada pengetahuan mengenai
bahasa Arab, persoalan ilmu yang bersangkutan dengan nasikh dan mansukh serta faktor-faktor
yang mempengaruhi penurunan ayat al-Quran tersebut yang berkaitan dengan peradaban
manusia dan pertanyaan masyarakat kepada sarjana.

4. Metodologi tafsir [analisis al-Quran]

Sejarah perkembangan analisis al-Quran telah melalui beberapa proses
perkembangannya. Bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah kepada kemunculan
Mufassirun [ahli-ahli tafsir] yang menghasilkan kumpulan kitab-kitab tafsir al-Quran dari
pelbagai sudut dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kehendak atau objektif kajian
yang mereka lakukan sama ada dari aspek hukum, sejarah, soseologi, etika, kefahaman, dan
kepercayaan. Dan kitab-kitab tafsir tersebut kemudiannya dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti, tafsiran al-mathur ataupun tafsiran al-rayi iaitu yang berasaskan kepada sumber yang
digunakan oleh mereka.
Pentafsiran al-Quran di zaman RasuluLlah s.a.w berlaku di mana al-Quran masih
diperingkat penurunan. Metod pentafsiran yang digunakan oleh Nabi s.a.w dalam bentuk
penjelasan ke atas ayat-ayat al-Quran melalui metod al-Quran dengan al-Quran atau melalui
5
pendekatan ungkapan, tindakan dan pengesahan oleh Rasulullah saw [hadis-hadis] sebagai asas
kepada penafsiran al-Quran. Pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah saw ini selaras dengan
tuntutan al-Quran sendiri yang merupakan satu kewajipan untuk berbuat demikian. (Al-Quran,
al-Nahl, 16:44). Di samping itu penjelasan ayat-ayat al-Quran diperlukan bagi tujuan
perlaksanaan segala tuntutan-tuntutannya juga bagi tujuan menjawab persoalan-persoalan yang
ditimbulkan oleh para sahabah. Secara lebih spesifik, pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah
saw ini adalah dalam bentuk mengkhususkan yang umum, mentaqyidkan yang mutlak,
menjelaskan kemusykilan dan menjelaskan pengertian dengan lafaz dan membataskan
sesetengah perkara dalam al-Quran. Sarjana Islam cuma berbeza pendapat berhubung dengan
kadar penjelasan atau tahap penafsiran ayat-ayat al-Quran oleh Nabi s.a.w sama ada meliputi
keseluruhan ayat-ayat al-Quran atau sebahagiannya sahaja.
Di zaman para sahabah dan tabien tidak ada satu metod khusus yang diikuti dalam
tafsiran al-Quran kecuali yang menyentuh mengenai sumber-sumber tafsiran yang diperluaskan
kepada ijtihad mereka dan maklumat yang diperolehi dari kalangan ahlul Kitab. Metod
pentafsiran al-Quran hanya dapat difahami selepas kemunculan kitab-kitab tafsir yang dikarang
oleh para mufassirin bermula kurun ketiga hijrah antaranya tafsir al-Tabari (J ami al-Bayan fi
Tafsir al-Quran), tafsir ibn Kathir (Tafsir al-Quran al-Azim), tafsir Fakhrur Razi (Mafatih al-
Ghaib) dan lain-lain. Secara umumnya terdapat beberapa metod yang diikuti oleh mufassirin
dalam menafsirkan al-Quran, antaranya;

a) Tahlili
Iaitu metod tafsiran yang membahaskan secara mendalam ke atas setiap lafaz-lafaz al-Quran dari
segi bahasa seperti mufradat, Irab kemudian menyentuh mengenai qiraat seterusnya
menjelaskan ayat-ayat al-Quran dari segi pengertian sama ada menyentuh aspek aqidah, cabang-
cabang syariat, hukum-hukum dan asas-asas akhlak. Antara contoh kitab-kitab tafsir yang
menggunakan metod ini adalah J ami al-Bayan (al-Tabari), Maalim al-Tanzil (al-Baghawi),
Mafatih al-Ghaib (al-Razi) dan al-Bahru al-Muhit (Abi Hayyan).

b) Ijmali
Iaitu metod tafsiran yang membentangkan pengertian al-Quran secara umum dan ringkas.
Penjelasan lafaz-lafaz al-Quran sekadar keperluan untuk pengetahuan umum dan tidak
mengambil pendekatan perbahasan yang sangat mendalam seperti cabang-cabang hukum kerana
tujuannya adalah untuk memberi satu fikrah umum mengenai ayat tersebut. Antara contoh
tafsiran ijmali adalah Tafsir al-J alalain (al-Sayuti).
6

c) Maudhuie
Iaitu metod tafsiran al-Quran yang berasaskan kepada maudhu [tajuk-tajuk] yang tertentu sama
ada yang bersifat umum atau khusus untuk dibahaskan. Tafsiran berasaskan kepada maudhu
tertentu telah diketagorikan kepada bidang-bidang yang tertentu, contohnya analisis yang
berkaitan dengan urusan agama secara khusus seperti aqidah yang meliputi hal-hal ketuhanan,
kebangkitan, kerasulan, atau tajuk-tajuk yang berkaitan dengan syariat merujuk kepada hukum
ibadat, muamalat dan jenayah. Antaranya tafsir yang boleh diketagorikan kepada metod ini ialah
Tafsir Ayat Ahkam oleh Muhammad Ali al-Sabuni. Selain daripada itu, antara tafsiran
menggunakan pendekatan maudhu ialah merujuk kepada uslub dawah [pendekatan dakwah]
yang terdapat di dalam al-Quran seperti perumpamaan (tamsil) atau perdebatan (jadal)
sebagaimana yang banyak dipaparkan dalam kisah para nabi.

5. APLIKASI METOD AHLI TAFSIR DALAM ANALISIS SECARA
KUALITATIF

Penyelidikan secara kualitatif kebiasaannya dikaitkan dengan perkataan, ungkapan,
catatan, yang berkaitrapat dengan manusia dan kemanusiaan sebagai unit analisis berbanding
dengan penyelidikan secara kuantitatif yang merujuk dan dikaitkan dengan nombor sebagai unit
analisis. Penyelidikan secara kualitatif berkaitrapat dengan pengertian dan cara memahami
sesuatu perkara juga mengenai corak tingkahlaku watak masyarakat. Analisis dokumen secara
kualitatif boleh dilakukan menerusi beberapa prosedur yang tertentu. Antaranya; kod dan
kategorikan data. Dari aspek prosedur ianya melibatkan pemecahan data kepada beberapa unit
dan mengkategorikan unit-unit tersebut. Penyelidik perlu menentukan unit-unit yang akan
digunakan untuk analisis. Perkataan-perkataan tertentu boleh digunakan untuk mewakili unit-unit
tersebut. Oleh kerana penyelidik adalah sebahagian daripada elemen penting dalam proses
analisis secara kualitatif, isu-isu berkaitan dengan justifikasi metod dan kesimpulan, sama ada
ianya bersifat objektif dan boleh diterima pakai sering menimbulkan persoalan. Sejauhmana para
penyelidik dapat membebaskan diri mereka dari bersifat berat sebelah, atau hasil penyelidikan
adalah sama sekirannya ia dilakukan oleh penyelidik yang berbeza.
Terdapat dua perkara penting yang perlu diberi tumpuan untuk memahami sejauhmana
metod analisis mufassirin boleh diaplikasikan dalam kontek penyelidikan kualitatif, iaitu aspek
sumber dan cara sumber-sumber tersebut digunakan bagi tujuan analisis.

7
a) Aspek sumber

Dari segi penarafan, sumber-sumber wahyu seperti al-Quran dan al-Hadis diletakkan pada
kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan sumber bukan wahyu seperti ijtihad atau
pendapat dari segi keaslian dan kesempurnaannya. Sumber-sumber tersebut boleh difahami
secara mendalam menerusi bidang-bidang ilmu yang lebih khusus seperti ulum al-Quran, ulum
al-Hadis, usul fiqh, bahasa Arab dan cabang-cabangnya. Untuk tujuan analisis, kaedah penarafan
sumber yang dilakukan oleh mufassirn sangat sesuai digunakan untuk menentukan keutamaan,
keaslian, autoriti dan kesahihan sesuatu data khususnya penyelidikan kualitatif yang berkait
secara langsung dengan bidang pengajian Islam. Ia sepatutnya dijadikan sebagai satu piawaian
yang perlu dipatuhi bagi menentukan sesuatu analisis data seperti dokumen secara kualitatif telah
memenuhi atau tidak piawaian analisis. Begitu juga dengan sumber-sumber selain daripada al-
Quran dan al-Sunnah, autoriti seseorang dalam bidang yang menjadi rujukan hendaklah diambil
kira sebagai keutamaan. Untuk bidang yang selain dari pengajian Islam, idea-idea umun yang
diketengahkan antaranya dasar penarafan sumber, kaedah untuk menentukan kesahihan sesuatu
maklumat dan autoriti seseorang yang memberikan pendapat menerusi penulisan-penulisan
mereka boleh diguna pakai untuk menentukan keaslian, autoriti dan kredibiliti sesuatu sumber.

b) Metod analisis

Sebagaimana yang telah dibincangkan, para mufassirin telah mengenengahkan pelbagai metod
dalam pentafsiran al-Quran iaitu sama ada secara mendalam, umum, atau dengan cara
mencerakinkan kepada tajuk-tajuk yang tertentu. Kepelbagaian metod ini boleh diaplikasikan
sebagai satu kaedah dalam kontek analisis dokumen secara kualitatif yang bukan sahaja berkaitan
bidang pengajian Islam tetapi juga bidang-bidang lain yang berasaskan sains sosial. Ini adalah
kerana metod tersebut tidak melibatkan pencerobohan terhadap prinsip-prinsip Islam secara
langsung berbanding dengan kaedah penarafan sumber. Metod-metod tersebut boleh
diaplikasikan sama ada secara urutan atau bebas. Untuk tujuan menjadikannya sebagai satu
piawaian standard, metod analisis ini masih boleh diperhalusi dan diperbaiki supaya ianya dapat
disesuaikan keperluan dan keadaan semasa.




8
6. KESIMPULAN

Dalam penyelidikan secara kualitatif, metod analisis data atau dokumen masih
mempunyai ruang untuk diperkemaskan supaya hasil analisis lebih kemas teratur dan terikat
dengan kaedah yang standard. Berdasarkan kepada apa yang dipaparkan dalam kertas yang agak
ringkas ini, terdapat banyak idea-idea khusus dan umum dalam kaedah pentafsiran al-Quran
untuk diaplikasikan dalam penyelidikan secara kualitatif khususnya analisis dokumen. Untuk
menghasilkan satu kaedah analisis kualitatif secara lebih komprehensif pendekatan para
mufassirin ini masih boleh diperhalusi dan mendokumenkannya sebagai satu rujukan amalan
penyelidikan kualitatif.


RUJUKAN

Al-Quran al-Karim
Muhammad Sayyid J ibril, 1987. Madkhal ila Manahij al-Mufassirin, Masyhad al-Akhdar: al-
Qahirah.

Abdul Halim Mahmud, 1985. Dirasat fi Ulum al-Quran al-Karim, Dar al-Tabat al-
Muhammadiyyah: al-Qahirah.

Martyn Denscombe, 2003. The good Research Guide, Open University Press: Maidenhead.

Ishfaq Ahmad, 2000. Research and Development in The Islamic World: past and present
problems an future directions, J urnal of Islamic Science. Vil 16(1-2).

Syed Arabi Idid, 1998. Kaedah penyelidikan Kounikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Tamuri, 2003. Pembudayaan Penyelidikan dalam Pendidikan Islam, Wacana
Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan, Fakulti Pendidkan UKM, 23 januari 2003.

Badlihisham Mohd Nasir, Penyelidikan Sirah Nabawi Menurut Dr Kalim Siddiqui, dalam
Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan, Fakulti Pendidkan UKM, 23 januari 2003.

Anda mungkin juga menyukai