Anda di halaman 1dari 5

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan

bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK dalam pendidikan sememangnya perlu untuk member peluang kepada murid mengalami alam pembelajaran dengan satu pengalaman yang baharu dan menyeronokkan. Kepentingan TMK dalam Pendidikan TMK dalam pendidikan dilihat sebagai memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan. Dengan guru bertindak sebagai tutor, ianya dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk melakukan pembelajaran bersendiri (individualise learning). Oleh itu, murid-murid ini berpeluang kepada murid-murid ini belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Selain itu juga, murid-murid dapat mengalami proses pembelajaran yang berbeza dan mencabar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. TMK dalam pendidikan juga dapat meningkatkan motivasi murid. Murid-murid akan lebih bersemangat dan seronok untuk belajar dengan menggunakan TMK berbanding seperti di kelas-kelas biasa. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran ICT murid-murid dan dapat membantu mereka di masa hadapan kelak. Antara masalah yang dihadapi dalam penggunaan TMK dalam pendidikan ialah waktu. Bermula dari waktu persediaan, guru memerlukan masa yang lama untuk membuat tinjauan awal dan menyelidik dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk proses P&P tersebut. Perancangan proses ini juga memerlukan persediaan yang lama sama ada persediaan teknikal dan penyediaan bahan sebelum proses P&P bermula. Seterusnya proses P&P juga mengambil masa yang lebih lama dan biasanya P&P yang melibatkan TMK adalah lebih merupakan Project Based Learning, Inkuiri Penemuan, Simulasi dan sudah mestinya ianya melibatkan masa yang lama untuk menyiapkannya. Dengan kekangan rancangan pengajaran tahunan yang perlu dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan menyebabkan proses TMK dalam P&P ini sering tidak dapat dijalankan di sekolah.

Kemudahan TMK Yang Terdapat Di Sekolah Kemudahan TMK yang terdapat di sekolah kami agak kurang baik. Daripada 20 buah komputer yang dilihat terdapat di makmal komputer hanya 5 buah sahaja yang dapat digunakan. Namun begitu, terdapat sepuluh buah komputer di Pusat Akses Sekolah dan masih boleh digunakan dengan baik. Kebanyakan kerosakan pada komputer-komputer tersebut melibatkan kerosakan pada pembekal kuasa (power supply) akibat penggunaan terlalu lama dan kesan penggunaan arus elektrik yang tidak stabil. Selain itu, komputer-komputer tersebut mengalami kerosakan pada cakera keras (hard disk) akibat kurang diselenggara dengan berkala. Oleh kerana pihak sekolah tidak mampu untuk menampung kos membaik pulih peralatan komputer yang besar maka komputer tersebut dibiarkan begitu sahaja dan akhirnya terpaksa di hapus kira. Selain itu, kebanyakan komputer-komputer yang rosak adalah disebabkan serangan virus akibat daripada perkongsian cakera liut (floppy disk) dan Pemacu Kilat USB (USB Flash Drive) yang tidak dikawal dengan baik. Meskipun terdapat perisian anti-virus yang telah dipasang pada komputer-komputer ini, namun ianya jarang dikemaskini dengan definisi virus yang terkini. Serangan virus ini biasanya membawa kepada kerosakan fail-fail sistem Windows dan cakera keras. Meskipun boleh di pasang semula dengan sistem Windows yang baru, kerosakan pada cakera keras menyebabkan komputer tersebut tidak dapat beroperasi dengan baik lagi. Selain daripada serangan virus, ada kerosakan yang berlaku pada monitor komputer. Kebanyakan kerosakan pada monitor komputer ini adalah disebabkan penggunaan yang terlalu lama dan tidak di selenggara dengan baik. Ada monitor yang tidak boleh berfungsi lagi dan ada yang hilang salah satu warna asasnya. Oleh itu, paparan yang dihasilkan agak kelam dan tidak jelas lagi warnanya. Kemudahan Internet di Sekolah Kemudahan Internet di sekolah kami juga berjalan dengan agak baik. Ianya dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia. Sambungan Internet di sekolah kami menggunakan teknologi VSAT (Very Small Apperture Terminal) iaitu menggunakan sambungan melalui cakera satelit. Ianya berikutan penempatan sekolah kami yang berada di kawasan luar bandar. Walaubagaimanapun, kelajuan capaian internet tidaklah selaju yang digambarkan oleh pembekal servis internet. Kelajuan capaian internet selalunya sangat perlahan dan guru kerap

menghadapi masalah ketika mengisi data-data online memandangkan servis internet perlu dikongsi antara dua tempat iaitu makmal komputer dan pusat akses. Oleh itu, kecapaian internet selalu tidak memberangsangkan. Namun begitu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif yang baik dengan memasang peranti akses tanpa wayar di bilik guru dan pejabat. Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu guru menggunakan kemudahan internet tanpa wayar Prosedur Penggunaan Makmal Komputer Penggunaan makmal komputer di sekolah kami sangat aktif. Guru-guru matapelajaran sering membawa murid ke dalam makmal komputer bagi menjalankan proses P&P yang melibatkan TMK. Kebiasaannya guru akan menggunakan Internet dan Projektor LCD untuk menayangkan slide ataupun bahan pembelajaran yang akan membantu di dalam proses P&P tersebut. Dari segi prosedurnya pula, jadual waktu penggunaan telah dibuat oleh Guru Penyelaras Makmal komputer yang telah disediakan di awal tahun dengan berpandukan kepada jadual waktu sekolah untuk matapelajaran teras. Oleh itu, guru matapelajaran teras tersebut perlu mengikuti giliran yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya pertembungan kelas di dalam makmal komputer. Namun begitu, guru-guru matapelajaran lain boleh menggunakan makmal komputer di waktu lengang. Guru tersebut perlulah berjumpa dengan guru penyelaras makmal untuk menempah penggunaan makmal tersebut. Guru juga perlu mencatatkan penggunaan makmal komputer di buku yang telah disediakan di makmal komputer bagi pengunaan rekod. Ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika menggunakan makmal komputer. Peraturan ini tertakluk kepada sesiapa sahaja yang menggunakan makmal komputer Sebagai contoh, murid tidak boleh masuk ke makmal komputer tanpa kebenaran dan pengawasan guru. Ini bagi mengelakkan terjadinya sebarang kes yang tidak diingini seperti kecurian ataupun penyalahgunaan komputer. Selain itu, pengguna makmal komputer juga dilarang menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar Negara melalui penggunaan internet. Ianya menjadi kesalahan dan melanggar etika penggunaan internet. Peraturan-peraturan yang lain adalah seperti tidak boleh makan dan minum di dalam makmal komputer. Ini bagi menjaga kebersihan di dalam makmal komputer dan bagi mengelakkan tertumpah sebarang sisa makanan ke atas peralatan komputer yang akan menyebabkan kerosakan.

Selain

itu,

pengguna makmal komputer

yang

menggunakan komputer

perlu

mencatatkan rekod di buku penggunaan komputer individu yang disediakan pada setiap komputer. Ini bagi membantu pihak sekolah menjejak penggunaan komputer tersebut sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan. Ini secara tidak langsung akan mendidik rasa

tanggungjawab dan disiplin kepada pengguna komputer untuk tidak melakukan sebarang penyalahgunaan. Berikut diberikan contoh Peraturan Asas Penggunaan Makmal Komputer Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah 1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras. 2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan. 3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal. 4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman. 5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk. 6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi. 7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal. 8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan. 9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen. 11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan. 12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas. 13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas. 14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat. 15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja. 16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan. 17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa. 18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini. Penggunaan Makmal Komputer Dalam Meningkatkan Kefahaman Murid Penggunaan makmal komputer di sekolah dapat meningkatkan pemahaman murid. Ini kerana ianya dapat membantu guru membuat penerangan dengan lebih jelas dengan bantuan bahan-bahan pembelajaran yang boleh didapati secara atas talian (on-line) sebagai contoh bahan-bahan grafik yang boleh ditayangkan serta-merta sekiranya ada murid yang tidak pernah melihat sesuatu objek tersebut. Selain itu juga, terdapat bahan-bahan audio-visual seperti VCD dan CD-ROM pengajaran yang terdapat di makmal komputer tersebut. Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, proses P&P dapat disampaikan dengan lebih baik dengan bantuan video, grafik dan audio yang jelas.

Anda mungkin juga menyukai