Anda di halaman 1dari 26

621208­03­5678 

Soalan 2 

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan 

manusia  tetapi  juga  untuk  meningkatkan  perpaduan  antara  kaum. 

Pendidikan  sebagai  alat  perpaduan  kaum  jelas  dinyatakan  dalam  Penyata 

Razak  1956  dan  merupakan  cabaran  paling  utama  dalam  usaha  negara 

mencapai matlamat Wawasan 2020. 

Bagaimanakah  anda  sebagai  seorang  pendidik  mentafsir  hasrat  tersebut 

dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah. 

Pengenalan 

Pendidikan  yang  terdapat  di  Malaysia  mempunyai  hubungkait  serta 

pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, 

pendidikan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi 

keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. 

Sememangnya  tidak  dapat  dinafikan  bahawa  perpaduan  kaum  begitu 

signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk 

menjadi  sebuah  negara  maju  yang  mengikut  acuan  sendiri.  Selain  itu  juga, 

pendidikan  dijadikan  sebagai  alat  perpaduan  antara  kaum  jelas  dinyatakan 

dalam Penyata Razak 1956.


621208­03­5678 

Sesungguhnya  pendidikan  yang  ada  pada  hari  ini  telah  memainkan 

peranan  penting  di  dalam  merealisasikan  aspirasi  negara  dalam  mewujudkan 

perpaduan  kaum.  Pendidik  hari  ini  telah  membuktikan  bahawa  mereka  berjaya 

mengimbangkan  kewujudan  integrasi  nasional  yang  menjamin  keamanan  dan 

kesejahteraan negara. 

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan 

bermaksud  sesuatu  proses  belajar  dan  juga  mengajar.  Perpaduan  atau 

solidarity  dapat  didefinisikan  sebagai  satu  proses  yang  menyatupadukan 

seluruh  masyarakat  dan  negara  supaya  setiap  anggota  masyarakat  dapat 

membentuk  satu  identiti  dan  nilai  bersama  serta  perasaan  cinta  dan  bangga 

akan  tanah  air.  Di  samping  itu  juga,  definisi perpaduan  menurut  Kamus  Dewan 

1994  mentakrifkan  sebagai  penggabungan,  peleburan,  persesuaian,  kecocokan 

dan  perihal  berpadu  iaitu  bergabung  menjadi  satu,  sepakat  dan  sebagainya. 

Manakala  maksud  bagi  perkataan  memperkasakan adalah  memantapkan  atau 

mengukuhkan sesuatu. 

Perpaduan  kaum  dapat  dicapai  sekiranya  guru  menerapkan  nilai­nilai 

murni  seperti  saling  menghormati  antara  satu  sama  lain  tidak  mengira  bangsa 

dan  agama.  Secara  faktanya,  sejarah  tidak  menipu  manusia  dan  sejarah  telah 

membuktikan  betapa  golongan  pendidikan  menentukan  jatuh  bangunnya 

sesebuah bangsa dan negara.


621208­03­5678 

Penyataan  di  atas  jika  diteliti  mampu  membawa  makna  munasabah 

terhadap  persoalan  yang  kita  hadapi,  yang  kita  tafsir  dan  yang  membuat  kita 

bertanya  apa  signifikannnya  pernyataan  tersebut.  Sudah  tentulah  kita  dapat 

menyimpulkan  bahawa  masyarakat  dan  negara  dapat  diikat  dengan  adanya 

permuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama. 

Pendidikan di Malaysia 

Pendidikan  adalah  penting  di  dalam  pembangunan  sesebuah  negara. 

Pendidikan mempunyai nilai ekonomi, nilai politik dan menjamin kemajuan sosial 

sesebuah negara. 

1.  Pendidikan sebelum merdeka 

Semasa  penjajahan  British,  sistem  persekolahan  yang  diamalkan  adalah  dasar 

‘pecah’  dan  ‘perintah’.  Kerajaan  British  mengamalkan  dasar  ‘  laissez­faire’ 

dengan  membiarkan  tiap­tiap  sistem  persekolahan  itu  berkembang  mengikut 

haluan masing­masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang 

berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan 

sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum 

Melayu  dengan  sekolah  pondok  yang  bersifat  tradisional  memperlihatkan  mutu 

pendidikan  yang  amat  terbatas  dan  sekolah­sekolah  Melayu  ini  didirikan  atas 

daya  usaha  orang  perseorangan.  Manakala  kaum  Cina    dengan  sekolah  Cina 

yang  diusahakan  oleh  sukarelawan  Cina,  sedangkan  sekolah  Tamil  pula 

diuruskan  oleh  kaum  India,  menakala  Sekolah  Inggeris  pula  diambil  alih  oleh 

mubaligh­mubaligh Kristian.


621208­03­5678 

2.  Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan 

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing­masing dan tidak 

dapat  melahirkan  satu  identiti  bangsa.  Atas  rasa  kesedaran  kebangsaan 

menerusi  pendidikan  sebagai  alat  untuk  mencapai  perpaduan  bangsa,  maka 

satu  jawatankuasa  ditubuhkan  untuk  mengkaji  sistem  pendidikan  yang  sedia 

ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956. 

Bagaimana Penyata Razak dapat mewujudkan penyatuan kaum 

Laporan  Penyata  Razak  1956  mengemukakan  dua  cadangan  utama  yang 

menjadi  teras  pembangunan  pendidikan  negara  kita.  Pertama,  laporan  ini 

mencadangkan  setiap  kanak­kanak  diberi  peluang  mendapat  pelajaran  apabila 

mencapai  umur  persekolahan.  Kedua,  mengesyorkan  perwujudan  satu  sistem 

pendidikan bagi semua kanak­kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu 

padu dan berdisiplin. 

Bagi  mencapai  matlamat  ini,  Penyata  Razak  mengutamakan  sistem 

pelajaran  kebangsaan  yang  pertama  di  Tanah  Melayu.  Penyata  Razak  ini 

kemudian  dijadikan  Ordinan  Pelajaran  1957  yang  mengasaskan  satu  sistem 

bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah­sekolah rendah bagi setiap 

kanak­kanak di negara ini.


621208­03­5678 

Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu: 
­  Mewujudkan pendidikan percuma kepada kanak­kanak yang berumur 
6 tahun ke atas 
­  Mewujudkan  satu  jenis  sekolah,  iaitu  sekolah  kebangsaan  yang 
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 
­  Mewujudkan  sistem  pendidikan  yang  mampu  membentuk  satu  rupa 
bangsa

Penyata  Razak  ini  telah  diperakui  dan  diluluskan  menjadi  Ordinan  Pelajaran 

tahun  1957.  Ordinan  ini  juga  mewajibkan  semua  jenis  sekolah  menggunakan 

sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk 

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait 

rapat  dengan  usaha  pembinaan  negara.  Bahasa  Melayu  digunakan  dalam 

konteks  untuk  membantu  perpaduan  kebangsaan  dan  menjadi  wahana  yang 

berkesan  untuk  komunikasi  pelbagai  kumpulan  etnik  dan  masyarakat  pelbagai 

dialek.  Selain  itu,  Bahasa  Melayu  juga  dapat  membantu  pembentukan  jati  diri 

bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami. 

Bagaimana  dasar  dan  rangka  kerja  dapat  mewujudkan  perpaduan  dan 

pembangunan negara. 

Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanaya selepas merdeka telah dirangka 

bagi  pembinaan  semula  bangsa  Malaysia  yang  bersatu  padu  dan  mempunyai 

wawasan  hidup  bersama  berprinsipkan  kepada  keadilan  sosial.  Penekanan 

kepada  konsep  ‘Malayanization’  ialah  membina  satu  bangsa  Malaysia  yang 

mempunyai  dan  taat  setia  dan  cintakan  negara  serta  dapat  menyumbang  ke 

arah masa depan pembangunan bangsa. 


621208­03­5678 

Dasar Pendidikan Kebangsaan 

Selepas  peristiwa  13  Mei  1969,  berlakunya  rusuhan  kaum  yang  mengancam 

keselamatan  negara.  Kerajaan  menyedari  bahawa  pendidikan  menjadi  alat 

perpaduan  untuk  membina  rakyat  yang  bersatu  padu  dan  merapatkan  jurang 

kemiskinan.  Pembangunan  pendidikan  mestilah  selaras  dengan  ideologi  dan 

hasrat  negara untuk  mencapai perpaduan  kaum  supaya  menjadi  satu  kesatuan 

nilai  untuk  menyatupadukan  rakyat  dan  mewujudkan  integrasi  nasional.  Dasar 

Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama bagi 

mencapai  matlamat  wawasan  pendidikan.  Sasara  kerja  yang  berkait  rapat 

dengan  dengan aspek  perpaduan  dan  pendidikan  ialah  Perpaduan  Negara dan 

Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap: 

(i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M); 

(ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982; 

(iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada 

tahun 1989 

Kurikulum  baru  ini  juga  menekankan  perkembangan  diri  pelajar  dari  segi 

jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk 

melahirkan pelajar seperti yang disarankan di atas diterjemahkan dalam Falsafah 

Pendidikan Negara (FPN): 

“  PENDIDIKAN  di  Malaysia  adalah  satu  usaha  berterusan  ke  arah 

memperkembangkan  lagi  potensi  individu  secara  menyeluruh  untuk 

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, 

emosi  dan  jasmani  berdasarkan  kepercayaan  dan  kepatuhan  kepada


621208­03­5678 

Tuhan.  Usaha  ini  adalah  bagi  melahirkan  rakyat  Malaysia  yang  berilmu 

pengetahuan,  berketrampilan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan 

berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri  serta  memberi  sumbangan 

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. 

Rakyat  Malaysia  yang  mempunyai  nilai­nilai  murni  seperti  percaya  kepada 

Tuhan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab,  setia  kepada  negara  dapat 

direalisasikan ke arah: 

(i)  Perpaduan kaum dan polarisasi kaum; 

(ii)  Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan; 

(iii)  Penerapan nilai­nilai murni masyarakat Malaysia; 

(iv)  Penerapan nilai­nilai Islam dan 

(v)  Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang 

Kesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara 

yang  mengamalkan  prinsip­prinsip  mulia  untuk  menjadi  warganegara  yang 

bersatu  padu,  demokratik,  adil,  toleransi,  progresif  dan  hidup  dalam  suasana 

aman dan makmur. 

Penerapan  prinsip­prinsip  Rukun  Negara  dalam  rancangan  kurikulum  adalah 

atas kesedaran bahawa: 

(i)  Sekolah  merupakan  agen  yang  menjalankan  tugas  penyebaran  ilmu 

pengetahuan  dan  pembentukan  akhlak  yang  murni  bagi  kanak­kanak 

kita; 

(ii)  Melalui  sistem  pendidikan,  kanak­kanak  akan  dilatih  atau  diasuh 

mengikut  nilai­nilai  dan  norma­norma  masyarakat  yang  kita  cita­


621208­03­5678 

citakan.  Justeru,  adalah  penting  bagi  kanak­kanak  diserapkan  nilai­ 

nilai  murni  dalam  proses  pendidikan  dan  mengamalkannya  dalam 

kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum. 

Nilai­nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormat­ 

menghormati,  bekerjasama  dan  semangat  bermasyarakat  adalah  penting  untuk 

diterapkan  dalam  jiwa  dan  sahsiah  para  pelajar.  Nilai  murni  telah  dilaksankan 

dalam kurikulum KBSR yang menekankan konsep perpaduan kaum. 

Hemah Tinggi 
Keadilan 
Baik hati 
Kerajinan 

Berdikari 

Kejujuran 
Hormat 
NILAI TERAS 
PENDIDIKAN 
(NILAI­NILAI MURNI)
Kesederhanaan 
Kebebasan 

Rasional 
Kebersihan 
Fizikal & Mental 
Kerjasama 

Semangat  Kasih sayang 
bermasyarakat 
Keberanian 
Kesyukuran 


621208­03­5678 

Penerapan  nilai­nilai  murni  dalam  pendidikan  adalah  berdasarkan  matlamat 

Pendidikan  Kebangsaan  iaitu  pembentukan  masyarakat  yang  bersatu  padu. 

Nilai­nilai  murni  yang  diterapkan  di  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di 

sekolah seperti menanamkan semangat cintakan nilai­nilai suci dan membentuk 

sikap  positif  yang  berguna  kepada  diri  agama  dan  bangsa.  Nilai  moral  ini 

sebenarnya  di  ambil  dan  dipetik  daripada  pelbagai  seperti  ajaran  agama  Islam, 

Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Confucious. 

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 

Perdana  Menteri  Y.A.B  Datuk  Seri  Abdullah  Ahmad  Badawi  telah  pun 

melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006­2010. Pada 16 

Januari 2007. PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan 

mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. 

Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan  menggariskan  Enam  teras 

strategik  bagi  melahirkan  modal  insan  yang  cemerlang,  produktif  dan  kreatif  ke 

arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam 

teras itu adalah: 

1.Membina Negara Bangsa 

2.Membangunkan Modal Insan 

3.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 

4.Merapatkan Jurang Pendidikan 

5.Memartabatkan Profesion Keguruan 

6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan


621208­03­5678 

Teras  pertama  iaitu  Membina  Negara  Bangsa  menjadi  fokus  utama  bagi  tujuan 

perpaduan  kaum  dan  merealisasikan  Malaysia  ke  arah  negara  maju  menjelang 

tahun 2020. 

Membina Negara Bangsa 

Matlamat  PIPP  dalam  Membina  Negara  Bangsa  ialah  melahirkan  pelajar  yang 

memiliki  jati  diri,  patriotik,  bermoral,  berpegang  teguh  kepada  ajaran  agama, 

penyayang,  demokratik,  liberal,  berbudaya  saintifik  dan  hidup  bersatu  padu. 

Antara strategi perlaksanaannya ialah: 

(i)  Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional 

(ii)  Memperkasa Bahasa Kebangsaan 

(iii)  Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari 

(iv)  Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa 

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 

Agenda  memperkasakan  Sekolah  Kebangsaan  adalah  Teras  strategik  yang 

ketiga di dalam PIPP 2006­2010 bermatlamat iaitu: 

(i)  Sekolah  Kebangsaan  sebagai  aliran  perdana  dan  menjadi  pilihan 

utama masyarakat 

(ii)  Sekolah  Kebangsaan  sebagai  wahana  yang  paling  sesuai  untuk 

perpaduan kaum 

Kedua­dua  matlamat  ini  perlu  didokong  bersama  kerana  kita  yakin  bahawa 

Sekolah  Kebangsaan  merupakan  wadah  terbaik  untuk  memupuk  perpaduan, 

kerjasama dan semangat cinta akan negara dalam diri anak­anak didik kita.

10 
621208­03­5678 

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yang 

berkualiti  dan  bertaraf  dunia  di  samping  memperkembangkan  potensi  individu 

sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkan 

satu  sistem  pendidikan  kebangsaan  dengan  menggunakan  pendekatan  seperti 

berikut: 

(i)  Semua sekolah pelbagai aliran di bina dalam satu kompleks 

(ii)  Menyepadukan  Sekolah  Agama  Rakyat/    Kerajaan  Negeri  serta 

Sekolah ‘Missionary’ selaras dengan sistem pendidikan negara 

(iii)  Memberi  penekanan  kepada  tema  dan  fokus  perpaduan  di  dalam 

aktiviti kurikulum dan kokurikulum 

(iv)  Sekolah Wawasan 

(v)  SBP Integrasi 

Hasrat murni kerajaan dapat dicapai sepenuhnya melalui: 

Penubuhan Sekolah Wawasan 

Matlamat  menubuhkan  Sekolah  Wawasan  adalah  bertujuan  memperkukuh 

hubungan dan perpaduan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar aliran Sekolah 

Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan 

Tamil.  Dengan  menempatkan  ketiga­tiga  sekolah  ini  akan  dapat  menjadi 

landasan  terbaik  untuk  mewujudkan  integrasi kaumpada  peringkat  premier  lagi. 

Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan adalah: 

(i)  Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan; 

(ii)  Merapatkan hubungan antara kaum; 

(iii)  Integrasi nasional;

11 
621208­03­5678 

(iv)  Melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan 

(v)  Menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020. 

Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) 

Rancangan Malaysia Ke 9  merupakan Misi Nasional 2006­2020. Rancangan ini 

meliputi  Perpaduan  Nasional,  Modal  Insan  dan  Nilai­nilai  Murni.  Lima  teras 

utama di dalam Rancangan Malaysia Ke 9 adalah: 

1.  Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; 

2.  Meningkatkan  keupayaan  pengetahuan  dan  inovasi  negara  serta 

memupuk “minda kelas pertama”. 

3.  Menangani  ketidaksamaan  sosial­ekonomi  yang  berterusan  secara 

membina dan produktif. 

4.  Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan 

5.  Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan. 

Dalam  usaha  untuk  meningkatkan  akses,  ekuiti  dan  kualiti  sistem  pendidikan, 

sepanjang  tempoh  RMK9  empat  agenda  utama  yang  perlu  diberi  tumpuan  oleh 

semua  pihak  ialah  pertama,  memperkasakan  Sekolah  Kebangsaan;  agar  ia 

menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf 

dunia;  agar  generasi  yang  dilahirkan  nanti  mampu  bersaing  dalam  persaingan 

sengit  era  globalisasi.  Ketiga,  merapatkan  jurang  pendidikan,  yang  merangkumi 

jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan

12 
621208­03­5678 

yang  kaya;  agar  tidak  ada  sebarang  golongan  yang  tercicir  dari  arus 

pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan. 

Selain  daripada  empat  agenda  utama  tersebut  kita  perlu  sentiasa  ingat 

bahawa  tidak  sampai  empat  belas  tahun  lagi  kita  akan  melangkah  ke  tahun 

2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita 

sendiri.  Malaysia  ketika  itu  harus  menjadi  sebuah  negara  yang  bersatu  dengan 

masyarakat Bangsa Malaysia. 

Wawasan 2020 

Wawasan  2020  merupakan  satu  wawasan  yang  amat  mencabar  bagi 

rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh 

Tun  Dr  Mahathir  Mohamad  pada  28  hb  Februari  1991  (Mok  Soon  Sang,  m/s 

105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai 

negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, 

kerohanian,  psikologi  dan  budaya.  Hal  ini  bermakna  menjelang  tahun  2020, 

Malaysia  adalah  sebuah  negara  merdeka  akan  menjadi  negara  benar­benar 

maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika 

rakyat  Malaysia  dapat  menghadapi  dan  mengatasi  pelbagai  halangan  atau 

rintangan yang dianggap sebagai cabaran. 

Peranan  pendidikan  dalam  proses  pembinaan  bangsa  Malaysia  perlu 

diasaskan  kepada Wawasan  2020,  iaitu  satu  gagasan  pembinaan  masa  depan 

masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Hal

13 
621208­03­5678 

ini  bertujuan  mewujudkan  masyarakat  adil,  demokratik,  penyayang(caring), 

progresif  dan  dinamik,  masyarakat  sains  dan  teknologi. Wawasan  2020 ini  juga 

bermatlamat  perubahan  futuristik  Malaysia  untuk  membangun  dan  maju 

menjelang abad ke­21. Sembilan Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti: 

1.Pembentukan 
Masyarakat 
yang Bersatu 
padu 
2. Pembentukan 
9. Pembentukan  Masyarakat 
Masyarakat  yang Bebas, 
Daya Saing dan  Merdeka dan 
Makmur  Cemerlang 

3. Pembentukan 
Sembilan  Masyarakat 
8.Pembentukan  Cabaran  Demokratik yang 
Masyarakat  Wawasan 2020  Matang
Keadilan 
Ekonomi­Sosial 

4. Pembinaan 
Masyarakat 
yang 
7. Pembinaan  Berakhlak 
Masyarakat  Mulia dan 
Penyayang  Utuh. 

5.Pembentukan 
6.Pembangunan  Masyarakat 
Masyarakat  yang Toleran 
Saintifik dan 
Maju 

14 
621208­03­5678 

Sebagai  memenuhi  hasrat  ke  arah  perpaduan  kaum,  cabaran  yang 

pertama  merupakan  matlamat  yang  dicita­citakan  untuk  membentuk  sebuah 

negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dapat 

dikongsi  bersama.  Menurut  cabaran  ini,  bangsa  itu  mestilah  sejahtera, 

berintegrasi  di  peringkat  wilayah­wilayah  dan  kelompok­kelompok  etniknya, 

duduk  dalam  keadaan  harmoni  berasaskan  persamaan  hak  dan  keadilan, 

membentuk  sebuah  “Bangsa  Malaysia”  yang  mempunyai  kesetiaan  politik  dan 

dedikasi kepada negara. 

Cabaran­cabaran  di  atas  sebenarnya  membangkitkan  rasa  kepada  para 

pendidik  untuk  melahirkan  insan  yang  dapat  memenuhi  kehendak  negara  dan 

seterusnya  memperkasakan  sesebuah  sekolah.  Bagi  membolehkan  Malaysia 

mencapai  taraf  negara  maju  isu  pembentukan  satu  negara  bangsa  Malaysia 

mempunyai  makna  yang  mendalam  kerana  ia  bermaksud  sebuah  negara 

berdaulat  yang  rakyatnya  tidak  dapat  diidentifikasikan  antara  kaum,  keturunan 

atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa tanpa rakyatnya mempunyai 

satu  pemikiran  terhadap  satu  negara  dan  bangsa.  Maka  sebarang  bentuk 

kerjasama ke arah kemajuan negara tidak akan terhasil. Bagi mengisi konsep ini, 

para  pendidik  perlu  menekankan  istilah­istilah  seperti  perpaduan  negara, 

kesetiaan  kepada  negara,  keharmonian  dan  toleransi  perlulah  difahami  dan 

diamalkan.

15 
621208­03­5678 

Masalah perpaduan kaum 

Walaupun  sistem  pendidikan  selama  ini  mendokong  Dasar  Wawasan 

Negara (DWN) yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapat 

segelintir  pelajar  yang  masih  menghadapi  masalah  dalam  perpaduan  kaum 

dalam kalangan mereka. 

Masyarakat  Malaysia  yang  berbilang  kaum  dan  majmuk  telah 

mewujudkan  masalah  polarisasi  kaum  terutamanya  dalam  kalangan  pelajar. 

Masalah polarisasi kaum atau pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidak 

dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita. 

Keteguhan  sesebuah  negara  bergantung  kepada  perpaduan  rakyatnya. 

Pemisahan  kaum  antara  pelajar­pelajar,  boleh  menimbulkan  permusuhan  dan 

pergaduhan.  Para  pelajar  tentu  sukar  bekerjasama  untuk  mencapai 

kecemerlangan  dalam  pelajaran  mereka  seolah­olah  mengutamakan  bangsa 

masing­masing  sahaja.  Hal  ini  akan  menimbulkan  pula  prasangka  dan  salah 

faham  yang  pasti  merenggangkan  hubungan  pelajar.  Antara  faktor  yang 

menimbulkan  situasi  tersebut  ialah  perbezaan  kebudayaan  dan  corak  hidup  di 

samping  mengamalkan  dan  menganuti  kepercayaan  yang  berbeza  dan  bertutur 

dalam bahasa ibunda yang berlainan. 

Sesungguhnya,  gejala  ini  perlu  dihapuskan  demi  perpaduan  dan  masa 

hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan­ 

rakan  yang  berlainan  bangsa.  Benih­benih  perpaduan  perlu  disemai  di  dalam 

jiwa pelajar­pelajar semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan 

peribahasa yang berbunyi “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya “.

16 
621208­03­5678 

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat 

penting.  Para  pelajar  perlu  berinteraksi  ketika  berada  di  sekolah  untuk 

mengukuhkan  perpaduan.  Oleh  yang  demikian,  tembok  yang  memisahkan 

pelajar­pelajar  dapat  dirobohkan.  Adakah  kita  mahu  melihat  negara  kita  hancur 

angkara  sikap  para  pelajar  kita  sekarang?  Menyedari  hakikat  ini,  langkah­ 

langkah  yang  berkesan  perlu  diketengahkan  bagi  memupuk  semangat 

perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada 

masa yang sama untuk memperkasakan sekolah. 

Bagaimana mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah 

Perpaduan,  merupakan  asas  kekuatan  sesebuah  negara.  Semua  ini  dapat 

dicapai  melalui  dasar  kerajaan  seperti  Dasar  Pembangunan  Nasional,  Dasar 

Bahasa  Kebangsaan,  Dasar  Kebudayaan  dan  Dasar  Pendidikan  Kebangsaan. 

Hasrat  kerajaan  melalui  dasar,  pelan  dan  program  yang  sistematik  ini  perlu 

difahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaum 

akan dapat diwujudkan melalui beberapa aktiviti di sekolah. 

1.  Melalui kegiatan­kegiatan kurikulum 

Dalam  hubungan  ini,  peranan  guru­guru  sangat  penting.  Para  guru  mesti 

menunjukkan  contoh  yang  baik.  Guru­guru  harus  menyedarkan  para  pelajar 

betapa  pentingnya  perpaduan  kaum.  Pertentangan  antara  kaum  tidak 

menguntungkan sesiapa. Para pelajar harus sedar, “ Bersatu kita teguh, Bercerai 

kita  roboh”.  Hakikat  ini  perlu  disedari  dan  dihayati  bersama.  Di  dalam  kelas, 

semua  kegiatan  kurikulum  hendaklah  melibatkan  semua  pelajar  tanpa  mengira

17 
621208­03­5678 

kaum. Mereka harus digalakkan berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. 

Aktiviti­aktiviti seperti perbincangan, diskusi, forum dan kegiatan akademik yang 

lain perlu disertai oleh semua pelajar. 

Para  guru  tidak  seharusnya  mengamalkan  diskriminasi  dan 

memperlihatkan  sikap  perkauman.  Mereka  harus  membimbing  pelajar­pelajar 

agar  bermesra  dan  berinteraksi  secara  positif.  Kerjasama  dan  komitmen  para 

guru  dan  sekolah  merupakan  faktor  utama  yang  dapat  membendung  masalah 

perkauman antara pelajar. 

2.  Melalui aktiviti­aktiviti kokurikulum 

Di  samping  kegiatan  di  dalam  bilik  darjah,  kerjasama  antara  pelajar  berlainan 

bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti­aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti­aktiviti 

kokurikulum. Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi 

bidang  sukan  dan  permainan,  aktiviti  kelab  dan  persatuan  dan  aktiviti  unit 

beruniform. 

a.  Aktiviti permainan dan sukan 

Selain  menyihatkan  tubuh  badan,  sukan  boleh  meneguhkan  lagi  pembentukan 

sikap  kenegaraan  dan  moral,  misalnya  melalui  permainan  bola  sepak  dan  bola 

tampar, pelajar berpeluang: 

(i)  Berinteraksi dengan pelbagai kaum. 

(ii)  Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan. 

(iii)  Bekerjasama dalam pasukan. 

(iv)  Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan.

18 
621208­03­5678 

b.  Aktiviti kelab dan persatuan 

(i)  Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain. 

(ii)  Berpeluang  memupuk  nilai­nilai  murni  seperti  kerjasama  dan 

semangat kekitaan. 

(iii)  Perpaduan  dalam  usaha  menjayakan  projek­projek  yang 

dirancang oleh kelab dan persatuan mereka. 

c.  Aktiviti Unit Beruniform 

(i)  Membentuk  sikap  kenegaraan  melalui  aktiviti  kawat, 

berkhemah, gotong­royong, latihan kecemasan dan lain­lain. 

(ii)  Menyemai  sikap  kerjasama,  memupuk  nilai  murni  dan 

semangat kemasyarakatan. 

(iii)  Mengajar mereka berbincang dan bertukar­tukar fikiran. 

Kesimpulannya,  penglibatan  para  pelajar  dalam  kegiatan  berpersatuan,  kelab 

dan  pasukan  beruniform  akan  mengajar  mereka  berbincang  dan  bertukar­tukar 

fikiran.  Kegiatan­kegiatan  ini  akan  menggalakkan  mereka  bergaul  mesra  dan 

tahu menghargai pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum 

dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar­pelajar antara kaum. 

3.  Melalui program­program yang dianjurkan oleh sekolah 

Selain  daripada  aktiviti  kurikulum  dan  kokurikulum  ini,  demi  memperkukuhkan 

keharmonian  dan  perasaan  muhibah  antara  kaum  dalam  kalangan  pelajar 

mereka  boleh  didorong  untuk  bergaul  melalui  kerja­kerja  berkumpulan  atau 

berpasukan.  Contohnya,  pelajar  perlu  diberi  kesempatan  untuk  merancang 

aktiviti­aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancang

19 
621208­03­5678 

program  sambutan  Hari  Guru,  temasya  sukan  tahunan  dan  pesta­pesta 

kebudayaan  lain.  Penglibatan  pelajar  ini  sudah  tentu  mendorong  mereka  untuk 

berinteraksi  dan  bergaul.  Mereka  dapat  bertukar­tukar  idea  dan  saling 

memahami. 

Selain  itu,  para  pelajar  patut  digalakkan  untuk  mengadakan  lawatan 

sambil  belajar,  perkhemahan  dan  perkelahan.  Aktiviti­aktiviti  seperti  ini  sudah 

tentu menggalakkan mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para 

pelajar juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim­ 

musim  perayaan  seperti  Hari  Raya  Puasa,  pelajar­pelajar  Islam  patut 

mengadakan  jamuan  Aidilfitri  di  dalam  kelas,  begitu  juga  dengan  perayaan­ 

perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Merayakan 

perayaan  kaum­kaum  lain,  memberikan  impak  yang  kukuh  dalam  hubungan 

persahabatan  antara  kaum.  Sesungguhnya  aktiviti­aktiviti  seperti  ini,  dapat 

menjalinkan  hubungan  mesra  antara  pelajar  berlainan  kaum  tanpa  perasaan 

curiga dan prasangka. 

4.  Melalui kegiatan gotong­royong dan kerja amal 

Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong­menolong dan toleransi. 

Contohnya  kegiatan  gotong­royong  yang  dianjurkan  diperingkat  sekolah  dapat 

mewujudkan  semangat  yang  sayangkan  sekolah,  cintakan  kebersihan  dan 

memupuk  semangat  muhibah  antara  pelajar.  Melalui  kerja­kerja  amal  pula 

seperti  mengadakan  pungutan  derma  bagi  mereka  yang  memerlukan  bantuan 

dan  melancarkan  tabung  kebajikan  sekolah  adalah  satu  usaha  murni.  Hal  ini 

sangat  sesuai  untuk  menambahkan  pengetahuan  dan  pengalaman  yang

20 
621208­03­5678 

berguna kepada pelajar dalam perkara­perkara kemasyarakatan dan seterusnya 

mengharumkan nama sekolah. 

5.  Memupuk kesedaran sivik 

Pendidikan  Sivik  dan  Kewarganegaraan  telah  diperkenalkan  dalam  KBSM. 

Melalui  pendidikan  Sivik,  pelajar  dididik  supaya  menghormati  hak  orang  lain, 

membentuk  peribadi  mulia  dan  menjadi  model  kepada  rakan­rakan, 

mempamerkan  sifat­sifat  mulia  di  sekolah  dan  di  luar  sekolah.  Mata  pelajaran 

Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat 

kekitaan dan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat 

dan  negara.  Contohnya  mereka  tidak  akan  membuang  sampah  merata­rata 

te,pat  di  sekolah  demi  menjaga  keselesaan orang lain  dan  alam  sekitar.  Hal ini 

akan  mendorong  wujudnya  hubungan  baik  sesame  insane  dan  secara  tidak 

langsung hubungan dapat dipererat. 

6.  Melalui Pendidikan Sejarah 

Mata  pelajaran  Sejarah  telah  dijadikan  mata  pelajaran  teras  di  sekolah 

menengah.  Bertepatan dengan  Dasar  Pendidikan  Kebangsaan  para  guru,  perlu 

menanamkan  bibit­bibit  kesedaran  dan  semangat  patriotisme  bagi  tujuan 

penyatuan  perpaduan  dan  pembangunan  kewarganegaraan.  Pelajar  perlu  peka 

bahawa  asas­asas  pembinaan  negara  bangsa  ini  merujuk  kepada  pendidikan 

Sejarah.  Sejarah  awal  ketamadunan  bangsa,  sejarah  perjuangan  bangsa  dan 

sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan dalam 

kurikulum sekolah. Pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat sosialisasi bagi 

pembinaan  bangsa  Malaysia.  Mengajar  mata  pelajaran  sekolah  mempunyai

21 
621208­03­5678 

kaitan  erat  dengan  proses  perpaduan  kaum  dan  membina  masyarakat  yang 

bersatu padu di negara ini. Jelaslah, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk 

mendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa. 

Pendidikan  Sejarah  mempunyai  peranan  besar  untuk  generasi  muda  supaya 

celik  sejarah  seperti  menghargai  semangat  juang  generasi  terdahulu 

mempertahankan  hak  dan  rasa  cinta  akan  tanah  air  demi  kemakmuran  bangsa 

dan  negara.  Contohnya  pelajar  digalakkan  menyambut  Hari  Kemerdekaan 

melalui  kempen  mengibarkan  jalur  gemilang.  Hal  ini,  dapat  melibatkan 

penyertaan  semua  pelajar  untuk  menyertai  perarakan  sekaligus  memupuk  nilai 

perpaduan. 

7.  Melalui program Bahasa 

Selaras  dengan  tujuan  kerajaan  memperkasakan  Bahasa  Kebangsaan  sebagai 

alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan 

boleh  dilaksanakan  di  sekolah.  Contohnya  dengan  mmenganjurkan  Minggu 

Bahasa,  pelajar  digalakkan  menyertai  pertandingan  deklamasi  sajak,  berbalas 

pantun, syarahan  dan  pidato  serta  pertandingan  menulis  cerpen.  Melalui aktiviti 

ini,  pelajar  dapat  berinteraksi  sesama  mereka  menggunakan  bahasa  Melayu 

sebagai bahasa pengantar.

22 
621208­03­5678 

Kesimpulan 

Sebagai  orang  yang  paling  hadapan  dalam  dunia  pendidikan,  para 

pendidik  merupakan  ‘role  model’  dan  ‘uswatun  hasanah’  bukan  sahaja  kepada 

anak­anak  didik  tetapi  juga  kepada  keseluruhan  anggota  masyarakat.  Peranan 

guru  amat  berat  dan  mencabar  dalam  mencanai  dan  membentuk  anak  bangsa 

agar aspirasi negara menjadi kenyataan. 

Dalam  hal  ini,  semua  pendidik  harus  meletakkan  kepentingan  nasional 

dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing­masing. 

Hal  ini  dapat  dilakukan  dengan  memberikan  sokongan  dan  dorongan  kepada 

usaha­usaha  murni  dan  program­program  yang  sistematik.  Kesemua  ini  adalah 

bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di 

Malaysia  tanpa  melupakan  matlamat  dan  aspirasi  negara  dalam  menuju 

Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. 

Sesungguhnya,  kejayaan  kita  melaksanakan  dasar­dasar  dan  program­ 

program  negara  yang  terbaik  mengikut  acuan  kita  sendiri  adalah  kejayaan 

kepada bangsa dan akan menjadi kebanggaan masyarakat seluruhnya. 

Aspek­aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan amat penting dan 

berkesan  untuk  mencapai  hasrat  Falsafah  Pendidikan  Negara  ke  arah 

memperkembangkan  potensi  individu  yang  harmonis  dan  seimbang  dari  segi 

intelek, rohani, emosi dan jasmani.

23 
621208­03­5678 

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan 

negara  menjadi  wadah  berkesan  ke  arah  memenuhi  aspirasi  negara,  selaras 

dengan  usaha  untuk  melahirkan  generasi  yang  bersatu  padu,  dapat 

menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri 

serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Keadaan ini 

dapat meletakkan Malaysia setanding dengan negara­negara maju yang mampu 

mengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia. 

Secara  tuntasnya,  komitmen  daripada  semua  pihak  dalam  dunia 

pendidikan  khususnya  para  guru  amatlah  diperlukan  dalam  mewujudkan 

perpaduan  kaum  dan  memperkasakan  sekolah  sekaligus    memenuhi  wawasan 

negara.

24 
621208­03­5678 

Rujukan 

1.  Aziz  Mahmood,  Nilai  Teras  Pendidikan,  Nota  Kursus  PTK  untuk  PPP 

Siswazah DG48, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu. 

2. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am, Petaling 

Jaya: International Law Book Services. 

3. Mingguan Malaysia, Wawancara. Ahad 8 April 2007 

4.  Mok  Soon  Sang  (2007),  Kursus  Penilaian  Tahap  Kecekapan  (P.T.K), 

Multimedia­Es Resources Sdn. Bhd. 

6. Pendidik,Bil 25 /2006. 

7.  Pendidik,  Bil  26/2006,  “Perutusan  Tahun  Baru”,  Dato’  Sri  Hishamuddin  Tun 

Hussein. 

8. Sejarah Malaysia Tingkatan 5, (1992). Kuala Lumput: Dewan Bahasa Pustaka, 

Kementerian Pelajaran Malaysia. 

9. Sinar Rohani, Bil 34/2005, JAKIM. 

10.    Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan  (2006),  Edisi  Pelancaran  PIPP, 

Kementerian Pelajaran Malaysia. 

11.  Penilaian  Tahap  Kecekapan  (PTK)2003,  Kompetensi  (Teras  dan 

Profesional), Penerbit Femina. 

12. http://www.karangkraf.com/dewan 

13. http://vlib.unitarklj/.edu.my/htm/wawasan.html

25 
621208­03­5678 

26

Anda mungkin juga menyukai