Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Matapelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tajuk Objektif Pembelajaran Murid akan diajar :

: Matematik : 7 Mei 2013 : 7.35 pagi 8.35 pagi : 4 Mawar : 30 orang : Ukuran Panjang :

1. Mengukur panjang dengan menggunakan unit piawai. 2. Memahami hubungan antara unit dalam ukuran panjang.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir P&P, murid akan dapat : 1. Membaca ukuran panjang dengan menggunakan unit sentimeter. 2. Mengukur dan merekod panjang sesuatu objek dengan menggunakan unit milimeter dan sentimeter 3. Menyatakan hubungan antara unit sentimeter dan milimeter.

Pengalaman sedia ada

: Murid telah tahu teknik mengukur objek dengan ukuran bukan piawai ketika pada tahun 3

Kemahiran berfikir (KBKK) Kemahiran Saintifik Nilai Murni Nilai Murni Alam Sekitar

: Meramal, cubajaya, membandingbeza, menghubungkait : Komunikasi, meramal, mengelas, mengeksperimen, pemerhatian : Berani, jujur, berdikari, berusaha : Prinsip kerjasama, prinsip menghormati alam, prinsip mencintai persekitaran

Bahan Bantu Belajar (BBB)

: Straw, klip kertas, objek-objek di luar kelas, lembaran kerja

LANGKAH (MASA)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P Jenis aktiviti : Menyoal

CATATAN Kemahiran saintifik: Komunikasi KBKK : meramal, cubajaya Nilai murni : Berdikari BBB : straw, klip kertas, objek diluar kelas Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni alam sekitar : Prinsip Kerjasama, Prinsip menghormati alam, Prinsip mencintai persekitaran Nilai murni : Berani Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian Nilai murni alam sekitar : Prinsip Kerjasama, Prinsip menghormati alam, Prinsip mencintai persekitaran Nilai Murni : Jujur

Set Induksi (5 minit)

Bahagian tubuh yang manakah adalah sama dengan saiz tapak kaki?

Guru memberikan masa 2 minit untuk murid mencari jawapan. Guru memberikan jawapan sebenar kepada murid dan murid menguji menggunakan kaki sendiri.

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan 5 orang. 2. Guru mengedarkan jadual kepada ketua kumpulan. 3. Murid perlu mengukur objek di luar kelas seperti panjang daun, ketinggian pokok bunga, ketinggian pasu dan panjang penanda nama tumbuhan dengan menggunakan Menyatakan pelbagai cara straw, klip kertas dan jengkal. untuk mengukur panjang. 4. Guru menasihati murid supaya tidak merosakkan objek-objek di luar kelas tersebut. 5. Murid mencatat ukuran dalam jadual. 6. Murid bandingkan jawapan dengan kumpulan lain. 7. Guru menerangkan bahawa alat-alat ukuran yang digunakan tadi dinamakan bukan unit piawai.

Langkah 2 (15 minit)

Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang.

1. Guru memperkenalkan maksud unit piawai untuk ukuran panjang mm, cm, m, dan km. 2. Murid dibimbing untuk mengukur objek yang sama dengan menggunakan pembaris dengan menggunakan unit sentimeter. 3. Murid mencatatkan ukuran dalam jadual yang sama. 4. Murid membandingkan jawapan dengan kumpulan lain. 5. Guru menerangkan bahawa pembaris adalah unit piawai.

Langkah 3 (10 minit)

Menyatakan hubungan antara unit sentimeter dan milimeter

1. Murid diminta melihat pembaris mereka dan mengenalpasti 2 ukuran yang terdapat pada pembaris tersebut. 2. Murid diminta mencari perhubungan antara unit sentimeter dan milimeter. Contoh : 1 cm sama dengan berapa mm? 3. Setelah murid menjawab, guru menyatakan sama ada jawapan tersebut betul atau salah dan menegaskan bahawa 1cm = 10mm. 4. Dengan menggunakan jadual yang sama, murid perlu menukarkan unit cm kepada mm. 1. Setiap murid diberikan lembaran kerja. 2. Murid diberi masa 5 minit untuk menyiapkan beberapa soalan mudah. 3. Bincangkan soalan-soalan tersebut dan analisa pencapaian murid. 1. Murid menyenaraikan contoh ukuran panjang dalam kehidupan harian. 2. Murid menyatakan perbezaan unit bukan piawai dan unit piawai. 3. Murid menyatakan hubungan antara unit cm dan mm.

KBKK : menghubungkait

Penilaian (10 minit)

Latihan pengukuhan

Nilai murni : berusaha

Penutup (5 minit)

Rumusan pelajaran

DISEDIAKAN OLEH :

NOR NAJIHAH BINTI AWANG 850520-02-6046 DPLI-SR-SABK (MATEMATIK RENDAH)

Anda mungkin juga menyukai