Anda di halaman 1dari 3

DAPIPADA ADAB MENUNTUT ILMU

Sesunggguhnya Islam telah mengangkat kedudukan ilmu dan pengetahuan kerana kedua
duanya memberi kesan dalam pembangunan ummat dan kemajuan semua manusia
danpenghubung antara dunia dan akhirat . Dan sesungguhnya Islam mewajibkan
mempelajari ilmu syariah yang mana dengannya kita dapat mengenali pencipta ( Allah
s.w.t. ) dan kita dapat mengetahui apa apa yang dapat membawa kepada kebahagiaan
di dunia dan akhirat . Islam juga tidak menghalang dalam mempelajari setiap ilmu
yang bermanfaat yang berhajat kepada manusia seperti ilmu perubatan ,
kejuruteraan, pertanian, perindustrian, dan sebagainya . Bahkan digalakkan
berlumba lumba mengambil hikmah dan ilmu yang bemanfaat ini . Diletakkan asas
kelebihan antara orang yang ‘alim dengan orang yang jahil seperti disebutkan dalam
alquran ; ( Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui ? ) Dan
sebagaimana Islam mengangkat martabat ilmu itu , maka Islam juga mengangkat
martabat ahli ilmu iaitu para ulama . Maka para ulama ini merupakan pewaris para
nabi dalam membawa obor hidayah dan iman dan menzahirkan kebenaran serta menerangi
jalan . Ilmu mempunyai hak dalam mempelajarinya dan hak ini adalah adab adab dalam
mempelajarinya . Daripada adab mengambil ilmu ialah ialah beriltizam dengan
bertaqwa kepada Allah dan mentaatinya serta membersihkan diri daripada akhlak yang
tidak baik dan jangan memandang mudah terhadap menuntut ilmu pengetahuan daripada
gurunya . Sesungguhnya telah dihabiskan waktunya dalam penyelidikan dan
penghasilan , dan pernah dikatakkan dahulu bahawa ; ( Ilmu itu tidak diberikan
kepada kamu semuanya melainkan sebahagian sahaja ) . Orang yang berakal ialah
orang yang mengambil perhatian dan memberi masanya dalam membaca perkara yang
bermanfaat daripada kitab , ketahuilah apa apa yang perlu disungguhkan dan apa apa
yang akan diusahakan
dengan bersungguh sungguh terhadap ilmu pengetahuan kepada manusia , dan atas
penuntut ilmu itu perlu ditinggalkan tipu daya dirinya . sesungguhnya telah
beri’tikad bahawa ilmu ini seperti laut , tidak mudah untuk mendapatkannya , dan
sesungguhnya ia bersama apa apa yang diberi daripada ilmu pengetahuan dengan
firman Allah : (………. Wahai tuhanku , tambahkanlah ilmuku .)

Anda mungkin juga menyukai