Belajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajar
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Belajar Cara Belajar / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 83 ISBN 983-2340-36-5 1. Study skills. I. Judul. 371.30281
KATA PENGANTAR
Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan.
Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum.
Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.
PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
Isi Kandungan
Muka Surat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Pengenalan Objektif Modul Rasional Belajar Cara Belajar Apakah Belajar Cara Belajar Peranan Guru dan Murid Kemahiran Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran
1 2 3 5 6 11 25 39 51 67 77 84 85
10. Persediaan Peperiksaan 11. Contoh Rancangan Pelajaran 12. Bibliografi 13. Panel Penulis
iii
PENGENALAN Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan.
Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid
mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran.