Anda di halaman 1dari 21

1.

PENGENALAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransang minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi sikap dan tingkah laku mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi menarik perhatian pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktivitiaktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

2.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira. Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejaskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani. Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian,bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan. Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan

melaksanakannya

melalui kaedah

dan teknik tertentu

yang bertujuan

untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid. Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan. Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Pengajaran, selain daripada guru dan murid, meliputi rancangan mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar alat bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran dan murid memainkan peranan sebagai pelajar. Aktiviti yang paling rapat dengan pengajaran ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang profesional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan.

2.1

KEPENTINGAN MERANCANG SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain daripada menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, guru-guru juga perlu merancang satu rancangan pengajaran yang berkualiti. Satu rancangan pengajaran harian merujuk kepada rancangan yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah berdasarkan rancangan kerja tahunan, semester dan mingguan.

Antara kepentingan merancang sesi pengajaran dan pembelajaran adalah dapat menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru perlu merancang dengan teliti berdasarkan pengalaman serta mempertimbangkan faktor-faktor serta keadaan dalam bilik darjah sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Hasil perancangan yang sistematik dapat memastikan sesuatu objektif dapat dicapai.

Selain itu, perancangan dapat memberi keyakinan kepada seseorang guru sebelum masuk mengajar. Persediaan yang dirancang lebih awal akan memberi impak kepada seorang guru dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru akan lebih yakin sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat mencapai objektif yang diingini.

Disamping itu, kepentingan merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dapat mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan. Perancangan awal sangat dititikberatkan supaya guru dapat mengajar seiiring dengan perancangan yang dibuat serta direalisasikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan serta dapat menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam waktu yang diperuntukkan.

Selain itu juga, guru dapat menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang berseuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Guru memainkan peranan penting dalam mengubah sahsiah murid yang lebih baik, maka perancangan sebelum pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan supaya matlamat ini dapat direalisasikan.

Selain itu, guru dapat menggunakan masa pengajaran secara optimum melaui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Masa yang diperuntukkan dapat digunakan sebaiknya demi mencapai objektif serta tiada istilah tidak cukup masa atau masa yang dibazirkan begitu sahaja bagi seorang guru. Dengan itu semua isi pengajaran dapat disampaikan dan diterima oleh pelajar.

Guru juga dapat merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain memberi keyakinan kepada guru, penggunaan alat bantu mengajar merupakan salah satu aspek yang membuat sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Perancangan awal sebelum pengajaran akan membantu guru mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun. Guru akan lebih jelas akan apa yang akan disampaikan serta akan lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai persoalan daripada murid. Pelbagai kemungkinan dan cabaran boleh berlaku dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, maka dengan perancangan yang lebih awal akan memberi persediaan kepada setiap guru dan dapat menangani dengan jayanya.

Akhir sekali, kepentingan merancang pengajaran juga dapat membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu
5

isi pelajaran seterusnya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

2.2

MODEL-MODEL PEMBELAJARAN

PENGAJARAN

DALAM

SESI

PENGAJARAN

DAN

Definisi model ialah satu set usul atau pernyataan yang menerangkan aspek pengalaman manusia secara mudah. Setiap model berdasarkan sesuatu teori sama ada ia dinyatakan secara eksplisit atau tidak eksplisit. Model pengajaran merupakan rangkaian, corak, atau garis panduan yang boleh dijadikan titik rujukan untuk menerangkan komponen-komponen pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Model pengajaran juga merujuk kepada langkah-langkah dan prosedur-prosedur yang telah diuji untuk menjanakan hasil-hasil yang diingini dalam proses pengajaran. Menurut Mok Soon Sang (2003), empat keluarga model asas merangkumi

kebanyakan strategi-strategi pengajaran di dalam bilik darjah. Empat model tersebut ialah: i) Model Behavioral ii) Model Pemprosesan Maklumat iii) Model Personal iv) Model Sosial

Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah 1 Proses Pengajaran Sehala Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya.

Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu. Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan pembelajaran untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok Soon Sang, 2003).

Perbincangan ini akan memfokuskan kepada model yang sesuai

digunakan

terhadap murid-murid yang mempunyai daya tumpuan singkat dan mudah bosan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya memilih elemen yang terkandung dalam salah satu model pengajaran iaitu Model Sosial.

2.2.1 Model Sosial

Bandura, Lave and Wenger, Salomon telah memperkenalkan model pengajaran sosial. Ia bertujuan untuk mencipta atau menetapkan komuniti-komuniti latihan di mana

perbualan dan penglibatan berlaku dengan aktif untuk menggalakkan nilai-nilai kendiri dan sosial murid-murid.

Dalam model sosial,tanggungjawab proses pengajaran dikongsi bersama-sama di antara guru-guru dan murid-murid di mana proses negosiasi dan perundingan sentiasa berlaku di antara kedua-dua pihak ini.

Setiap sekolah juga dianggap sebagai sebuah institusi sosial yang penting di mana semua ahli di dalam sekolah yang mengajar murid-murid selain daripada guru. Seluruh masyarakat sekolah harus memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana mereka boleh mengajar mengenai aspek di dalam dan di luar sekolah melalui perbincangan dan percakapan. Ahli ahli dalam satu komuniti mesti mengajar murid-murid kemahiran untuk mempromosikan perasaan komuniti dan menerapkan nilai-nilai berdasarkan kerjasama, persamaan, perkongsian dan memikirkan tentang orang lain.

Salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam model sosial ialah aprentis kognitif di mana guru-guru menerangkan sesuatu konsep dahulu dengan teliti dan kemudian memodelkan proses-proses yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Murid-murid kemudian mengaplikasikan proses tersendiri berlandaskan model yang telah dikemukakan oleh guru-guru. Murid-murid harus terlibat dalam proses penaakulan dengan murid-murid yang lain.

Satu lagi dalam model sosial ialah pengajaran anchored realistik di mana guruguru mempersembahkan satu masalah realistik dan membenarkan murid-murid mengalami dilema profesional yang sama dialami oleh pakar-pakar dalam sesuatu bidang. Teknik ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran matematik dan sains.

Strategi-strategi lain yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam model pengajaran sosial ialah seperti berikut: a) Menggunakan inkuiri kumpulan dan strategi penyelesaian masalah b) Perkongsian dalam pembelajaran c) Siasatan situasi realistik dalam kumpulan d) Main peranan e) Koperatif f) Kolaboratif g) projek

2.3

PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

2.3.1 Pendekatan Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut buku yang ditulis oleh Mok Song Sang (2008), terdapat empat jenis pendekatan iaitu: 1. Pendekatan Induktif 2. Pendekatan Deduktif 3. Pendekatan Integratif 4. Pendekatan Elektif Dalam konteks perbincangan ini, bagi murid-murid yang mudah bosan dan mempunyai daya tumpuan singkat, saya akan menggunakan pendekatan induktif iaitu pembelajaran berpusatkan murid-murid dan ia menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri secara langsung dalam pelajaran. Dalam pendekatan ini, murid-murid akan bertanggungjawab kerana penglibatan mereka secara aktif diperlukan dalam proses pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan membosankan mereka. Muridmurid juga sering menggunakan teknik penemuan dan teknik penyoalan untuk membuat kesimpulan tentang persoalan yang dikemukakan oleh guru. Mereka juga menganalisis maklumat dan menaakul dalam mencari rumusan-rumusan yang munasabah. Dalam pendekatan induktif, guru-guru bermula mengajar dengan member contoh-contoh tertentu berdasarkan sesuatu prinsip. Dari contoh ini, murid-murid akan membuat kesimpulan-kesimpulan yang menyeluruh tentang konsep yang diajar oleh guru. Guru akan menyoal dan membimbing murid-murid dengan lebih lanjut untuk memperkuatkan kesimpulan ini.

10

2.3.2 Strategi Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Sebenarnya strategi meliputi kempat-empat aspek seperti kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti. Namun begitu, terdapat empat jenis strategi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002): i) ii) iii) iv) Pemusatan Guru Pemusatan Murid Berasaskan Bahan Berasaskan Tugasan/aktiviti

Dalam konteks pelajar yang mudah bosan, saya akan memilih strategi memusatkan murid. Dalam strategi ini, murid-murid diutamakan dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan untuk mengambil bahagian aktif dalam tugasantugasan kumpulan, perbincangan, inkuiri-penemuan,penyoalan,penyelesaian masalah, bermain dan sebagainya.

Peranan guru adalah untuk membimbing murid-murid yang menjalankan aktivitiaktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi antara guru-guru dan murid adalah dua hala. Guru menggunakan teknik menyoal dan bimbingan supaya murid-murid boleh berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan. Murid-murid akan sentiasa memberi pendapat mereka semasa pebincangan.

Persembahan guru mencabar murid-murid untuk berfikir dan membuat kesimpulan sendiri. Kemahiran-kemahiran sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan mempunyai sifat bertolak ansur sentiasa digalakkan.

11

2.3.3 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknikteknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Selepas menentukan strategi pengajaran yang sesuai, seorang guru mesti membuat keputusan mengenai kaedah intruksi yang akan digunakan. Di dalam satu strategi pengajaran yang digunakan, beberapa teknik atau kaedah untuk mencapai objektif atau matlamat pembelajaran. Berikut adalah kaedah dan teknik dalam pengajaran dalam bilik darjah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama
12

12. 13. 14.

Teknik perbincangan Teknik forum Teknik dialog

Kepentingan menggunakan variasi teknik dan kaedah mengajar dalam

situasi

pengajaran ialah untuk menarik perhatian murid. Dengan teknik dan kaedah pengajaran yang kreatif, murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka akan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Kaedah dan teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian murid terhadap sesi pengajaran guru. Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru, perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid. Contohnya seorang guru menggunakan teknik bercerita untuk mengajar, murid akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut. Pembelajaran Melalui Permainan Dalam perbincangan ini, saya akan memilih teknik pembelajaran melalui permainan. Teknik ini adalah satu aktiviti yang popular kerana murid-murid boleh melafazkan emosi mereka, menunjukkan sifat kompetetif serta menggunakan tenaga terpendam mereka, khasnya apabila teknik ini melibatkan permainan fizikal. Strategi ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang membawa kepada pengalaman bermain. Satu kebaikan strategi ini ialah memberikan murid-murid peluang untuk bermain sambil belajar. Diantara aktiviti-aktiviti permainan yang boleh dijalankan ialah seperti berikut: i) Manipulatif yang terdiri daripada teka-teki, catur dan daun terup ii) Fizikal yang dilaksanakan dengan kerap dalam kelas Pendidikan Jasmani iii) Permainan bahasa yang terdiri daripada silang-kata, sahiba, permainan perkataan

13

iv) Permainan matematik melibatkan pengiraan matematik dalam permainanpermainan seperti Monopoli dan Sudoku. Metodologi bermain sambil belajar mempunyai elemen keseronokan di mana boleh meningkatkan motivasi intrinsik dan semangat ingin tahu murid-murid dan

memperkembangkan kebolehan imaginatif mereka. Teknik ini juga menjadikan murid lebih fokus dan tidak mudah bosan kerana naluri kanak-kanak adalah sangat dekat permainan. Sebagai rumusan disini, dalam menghadapi murid-murid mempunyai daya tumpuan yang singkat dan mudah bosan dapatlah dinyatakan proses yang akan gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang disimpulkan di bawah: Model : Model Sosial Pendekatan : Induktif Strategi : Pemusatan murid Kaedah dan Teknik : Pembejaran Melalui Permainan

14

2.4. KOMPONEN-KOMPONEN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai peraturan dan prosedur yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Tugas ini adalah tanggungjawab guru-guru serta murid-murid untuk memastikan kelancaran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah dapat mengawal disiplin serta mengembangkan rasa hormat murid-murid terhadap guru. Ini dapat memotivasikan murid-murid untuk memajukan diri dalam bidang akademik mahupun sosial. Pengurusan bilik darjah juga merujuk kepada proses pembentukan dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah adalah: 1) Disiplin bilik darjah i. ii. iii. Guru menentukan peraturan disiplin bagi murid-murid. Guru memantau tingkah laku murid-murid Guru menetapkan hukuman sewajar untuk setiap tingkah laku bermasalah.

Konsep disiplin ialah peraturan-peraturan yang dikenakan atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran supaya dapat mengawal tingkah laku tersebut. Didalam bilik darjah, arahan yang diberi oleh guruguru harus dikuatkuasakan supaya beliau dapat mengawal keadaan bilik darjahnya. Sebuah bilik darjah yang berdisiplin digambarkan sebagai sebuah bilik yang harmonis di mana aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lancar tanpa sebarang gangguan.

15

2) Tugasan bilik darjah i. ii. Guru mengatur jadual waktu bilik darjah Guru menyediakan giliran tugas harian bilik darjah

Guru perlu menyediakan jadual waktu dan giliran tugas harian untuk setiap murid. Ini dapat menyemai sikap kepimpinan dalam diri murid serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

3) Suasana yang adil dan saksama i. Guru mengatur peraturan yang adil semasa mengadakan aktiviti secara berkumpulan ii. Guru menyusun kriteria dan peraturan untuk pertandingan sihat dalam kalangan murid-murid. Kebanyakan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah boleh dikawal sebelum keadaan mereka menjadi lebih serius. Gangguan seperti ini boleh dikurangkan jika guru-guru dapat melaksanakan semua panduan dan peraturanperaturan kelas secara efektif. Panduan dan peraturan bilik darjah yang digunakan dapat membantu guru-guru mengawal dan mengurus bilik darjah. Peraturan-peraturan ini harus berfokus kepada aspek-aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain, mengurangkan kebisingan dan penyelesaian semua kerja rumah dan tugasan sekolah.

16

2.5

MEMUPUK KOMUNIKASI DAN INTERAKSI YANG BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi dan interaksi adalah dua aspek yang menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan tiadanya komunikasi dan interaksi, guru-guru tidak boleh member pengetahuan dan maklumat dengan sempurna. Pengajaran yang efektif juga tidak akan berlaku. 2.5.1 Komunikasi Perkataan komunikasi menurut De Vito didefinisikan sebagai proses seseorang menghantar dan menerima mesej dalam sesuatu konteks, memberi kesan dan menghasilkan maklum balas (De Vito, 2003). Setiap situasi pembelajaran memerlukan komunikasi. Justeru itu, adalah amat penting bagi guru-guru mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. Komunikasi berkesan hanya wujud apabila pesanan yang disampaikan oleh guru difahami dan diterima sepenuhnya oleh para murid. Membina komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah: i) Membina ikatan dengan murid-murid

Guru-guru mesti peramah dan mempercayai murid-muridnya, menghormati pandangan dan pendapat para murid. ii) Imej positif

Guru-guru mesti bersopan dan positif serta menunjukkan sifat penyayang. iii) Mengambil initiatif

Guru-guru mesti mengambil tahu latar belakang murid-murid dan mengambil kesempatan untuk menghubungi ibu bapa apabila perlu. iv) Kemahiran mendengar dengan berkesan

17

Guru-guru mesti mendengar secara aktif, harus bersabar untuk mendengar sepenuhnya apa yang dikatakan oleh murid-muridnya. v) Arahan yang jelas

Guru-guru mesti memberi arahan yang jelas dan tepat, gunakan bahasa yang mudah difahami dan yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid. vi) Pengajaran yang menarik

Guru-guru mesti menggunakan kemahiran yang efektif dan kreatif agar menarik minat murid. vii) Menjana idea-idea

Guru-guru mesti menggalakkan murid-murid untuk member pandangan mereka. viii) Memanggil murid dengan nama mereka

Memanggil murid-murid menurut nama mereka. Guru-guru mesti menghafal nama anak muridnya untuk meningkatkan proses komunikasi. ix) Bahasa badan

Menggunakan pergerakan fizikal seperti mimik muka dan gerak geri tangan semasa memberi penerangan. x) Refleksi

Guru-guru harus membuat refleksi untuk memperbaiki cara berkomunikasi serta meningkatkan kualiti kendiri. Memang tidak dinafikan bahawa interaksi dan komunikasi mempengaruhi suasana bilik darjah dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi yang diamalkan oleh guru-guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran malah memberi kesan ke atas semua murid-murid yang terlibat di dalam bilik darjah.

18

2.5.2 Interaksi Dalam Bilik Darjah Interaksi berasal daripada dua perkataan, iaitu inter dan aksi. Inter membawa maksud antara atau di antara. Dalam erti kata lain inter adalah seuatu hubungan yang saling mempengaruhi mempengaruhi. Menurut Mariam Webster Online Dictionary, interaksi didefinisikan sebagai pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini,seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau objek-objek di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. Terdapat beberapa cara guru-guru boleh membentuk interaksi yang efektif di dalam bilik darjah, antaranya adalah guru-guru boleh mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala di antara guru-guru dengan murid. Contohnya, guru-guru menggunakan strategi pengajaran seperti teknik-teknik koperatif dan kolaboratif. Mereka juga mesti memastikan penglibatan murid-murid yang menyeluruh di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu menggunakan alat pengajaran berteknologi yang moden untuk mewujudkan motivasi murid-murid dan interaksi yang positif. Guru-guru juga mesti member ganjaran dan bantuan kepada murid-murid untuk meningkatkan interaksi mereka di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Stail kepimpinan guru harus berdemokratik semasa mengurus bilik darjah untuk mewujudkan suasana mesra dan positif di antara guru dengan murid-murid. Guru-guru mesti bersedia untuk mendengar pendapat murid-murid dengan sabar dan mengelak dari mendesak pandangan mereka sahaja. Akhir sekali, guru-guru mesti memikirkan strategi-strategi pengajaran yang efektif dan inovatif untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid-murid secara berkesan dalam bilik darjah. dan interaksi adalah pergaulan antara manusia yang saling

19

3. PENUTUP

Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Disini berlakunya implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik pembelajaran iaitu berkenaan bagaimana kita menganggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. lanya boleh dikategorikan mempunyai prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagisesuatu situasi.

Terdapat tiga fasa yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu fasa sebelum pengajaran, fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran. Bagi fasa sebelum pengajaran ianya melibatkan peringkat penentuan kemahiran atau isi pelajaran yang ingin diajar serta penelitian kebolehan sedia ada murid. Selain itu ianya turut melibatkan peringkat penentuan objektif bagi sesuatu pengajaran dan pelajaran serta penentuan pendekatan mahupun kaedah-kaedah, strategi dan teknik yang ingin digunakan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. lanya turut merupakan sebuah peringkat untuk memilih bahan sumber yang ingin digunakan.

Manakala

fasa

semasa

pengajaran

melibatkan

peringkat

pelaksanaan

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang telah dirancang. lanya turut melibatkan pengurusan kelas serta penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dirancang sebelum ini. Seterusnya ialah fasa selepas pengajaran yakni peringkat untuk membuat penilaian pencapaian murid setelah berlangsungnya sesi pengajaran dan

pembelajaran. la juga merupakan satu peringkat penganalisan maklum balas murid terhadap penilaian yang dijalankan.

Dengan itu guru perlu mempertimbangkan komponen-komponen yang perlu ada dalam bilik darjah serta memupuk komunikasi dan interaksi ynag berkesan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta tidak membosankan pelajar.
20

21

Anda mungkin juga menyukai