Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN 1 PROGRAM SMART SOLAT 1.

PENDAHULUAN Dalam melahirkan murid-murid tahun 6 yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta insan yang bertaqwa kepada Allah mestilah didedahkan kepada mereka tentang ciriciri anak soleh dan diterapkan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi agar terserlah keperibadian yang terpuji mereka di kalanagan komuniti dan menjadi personaliti yang berwibawa dan matang. Di samping itu, sahsiah dan rohani mereka juga perlu dilengkapkan dengan iman, ilmu, taqwa dan amal ibadah serta berperibadi mulia. Oleh kerana demikian pihak penganjur mengadakan program Smart Solat agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan anak yang soleh dan solehah. 2. MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu, beramal dan bertaqwa serta matang dalam menangani cabaran global dunia. 3. OBJEKTIF Di antara objektif program ialah 1.Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap. 2.Menanamkan sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan. 3.Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah. 4.Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan. 5.Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. 4. METHODOLOGI 1 .Mengenal potensi diri 2 .Teori dan Praktikal Wudhu 3. Teori dan Praktikal Solat 4. Aktiviti dalam kumpulan 5. Qiamullail 6 .Motivasi 7 .Kuliah dan ceramah 8 .Muhasabah diri

5. TENTATIF PROGRAM HARI JUMAAT 29 MEI 2009 3.30 ptg = Pendaftaran peserta Taklimat program Pembahagian kumpulan Ice breaking 4.30 ptg = Persiapan diri Solat Asar 5.00 ptg = Minum petang 5.30 ptg = LDK 1 (Pengenalan Solat) 6.30 ptg = Persiapan diri Makan malam 7.15 mlm = Zikir Munajat Solat Maghrib Bacaan Yassin Solat Isyak 9.30 mlm = Ceramah Motivasi Terpilih atau tersilih 11.00 mlm = Minum malam 11.30 mlm = lambaian Syahdu

HARI SABTU 30 MEI 2009 4.00 pagi = Persiapan diri Qiamullail 6.00 pagi = Solat Subuh Kuliah Subuh 7.30 pagi = Perhimpunan pagi Senaman pagi 8.00 pagi = Sarapan pagi 8.30 pagi = LDK 2 (Teori & Praktikal Wudhu) 10,00 pagi = Minum pagi 10.30 pagi = LDK 2 (Teori & Praktikal Solat) 12.30 tghari = Persiapan diri Makan tengahari 1.30 ptg = Solat Zohor 2.00 ptg = Ujian Prestasi 4.30 ptg = Solat Asar 5.00 ptg = Majlis Penutup dan penyampaian sijil

6. PENUTUP Hendaklah engkau bertemankan orang-orang yang benar supaya engkau dapat menghayati kehidupan dalam lingkungan mereka. Umar Al-Khattab

LAMPIRAN 3 PROGRAM MINGGU ANTI DADAH MATLAMAT Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan pencegahan kepada murid-murid tentang bahayanya penglibatan diri dengan dadah dan rokok. RASIONAL Program ini diharap dapat memupuk kesedaran dan melahirkan murid-murid yang tidak merokok dan anti dadah. OBJEKTIF 1. Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya merokok dan dadah. 2. Melahirkan murid-murid yang benci merokok dan dadah. 3. Membudayakan hidup sihat tanpa merokok dan dadah. 4. Memberi penegasan kepada murid-murid jangan hampiri rokok dan dadah. ANTARA PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN 1. Pertandingan Mendeklamasi Sajak berunsur anti dadah atau kasih sayang. 2. Pertandingan Melukis Poster anti dadah. 3. Pameran /Sudut/Laluan bertemakan Anti Dadah 4. Ceramah Bahaya dan Keburukan Najis Dadah STRATEGI PERLAKSANAAN * ISNIN - Perasmian Minggu Anti Dadah * SELASA - Pertandingan Melukis Poster (murid pagi) - Pertandingan mewarna (murid petang) * RABU - Ceramah Bahaya dan Keburukan Najis Dadah * KHAMIS - Pertandingan Deklamasi Sajak. * JUMAAT - Majilis Penutupan dan Penyampaian Hadiah PENUTUP Diharap program ini akan mencapai objektif dan seterusnya dapat memberi kesedaran betapa bahayanya merokok dan dadah kepada pelajar-pelajar seterusnya kepada masyarakat dan negara.

LAMPIRAN 2 PROGRAM NAFAS SEGAR MATLAMAT Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang penjagaan mulut dan juga kebersihan diri RASIONAL Program ini diharap dapat memupuk kesedaran dan melahirkan murid-murid yang menjaga kebersihan mulut dan diri. OBJEKTIF 1.Menyedarkan para peserta tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut dan diri. 2.Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan pemakanan yang baik . 3. membudayakan hidup sihat dengan pemakanan yang baik ANTARA PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN 1. Praktikal memberus gigi dengan betul. 2. Pemeriksaan gigi. 3. Pameran /Sudut/Laluan bertemakan makan ok nafas ok 4. Ceramah penjagaan diri STRATEGI PERLAKSANAAN 8.00 a.m= pembahagian kumpulan 8.30 a.m= kumpulan pertama praktikal memberus gigi manakala kumpulan kedua pemeriksaan gigi. 9.30 a.m= rehat dan pameran 10.00 a.m= pertandingan melukis potret diri 10.30 a.m= ceramah penjagaan diri 11.30 a.m= penutup Diharap program ini akan mencapai objektif dan seterusnya dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan diri kepada pelajar-pelajar seterusnya kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai