Anda di halaman 1dari 3

BENGKEL PENGHASILAN BLOG SEKOLAH

ANJURAN PKG TANJONG MALIM


TAHUN 2009

1. PENGENALAN

Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat


masa kini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya
penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak
yang tinggi termasuk mengganggu gugat individu, institusi mahu pun negara.
Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan
murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat
dinafikan. Justeru kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah
kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan.

2. RASIONAL

Kaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari


menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi
bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui
internet. Penggunaan system pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman
web dan portal tidak asing lagi terutama di kalangan anak muda zaman ICT
ini.

Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus


perkembangan ini dan bijak `manipulate’ kemahiran pengurusan blog agar
objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.

3. OBJEKTIF

Melalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat :

3.1 menghasilkan bahan blog sekolah


3.2 menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat di sekolah
dalam menghasilkan blog
3.3 menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog sekolah
3.4 merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ di kalangan warga sekolah
4. KOMPONEN KURSUS

Terdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu:

4.1 Ciri-ciri Blog


4.2 Pedagogi
4.3 Persembahan & Pemurnian

5. METODOLOGI
Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk:
5.1 Pendedahan blog
5.2 Tunjukcara bina bahan
5.3 Perbincangan
5.4 Bengkel
5.5 Persembahan & Pembentangan

6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUS


Kursus ini dijalankan selama 3 petang seperti berikut:
6.1 Tarikh : 03-05 Ogos 2009
6.2 Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg
6.3 Tempat : Makmal Komputer, SK Tanjong Malim
6.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1)

7. KUMPULAN SASARAN
Seramai 15 peserta akan mewakili sekolah-sekolah kelompok PKG Tg.Malim
iaitu dari:
7.1 SK Datuk Nan Kaya
7.2 SK Tanjong Malim
7.3 SK Behrang
7.4 SK Methodist
7.5 SK Sungai Behrang
7.6 SK Dato' Kamaruddin
7.7 SJK(C) Phin Min
7.8 SJK(C) Chung Sin
7.9 SJK(C) Behrang Ulu
7.10 SJK(T) TSD Manickavasagam
7.11 SJK(T) Ladang Behrang River
7.12 SJK(T) Ladang Katoyang
7.13 SMK Khir Johari
7.14 SMK Methodist
7.15 SMK Katholik
8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA

8.1 En.Saharidun bin A.Rani

9. KOS PENGURUSAN

9.1 OS29000
- Makan Peserta
15 orang x RM5.00 x 3 hari = RM 225.00
- Makan Urusetia & Fasilitator
5 orang x RM5.00 x 3 hari = RM 75.00
- Jumlah = RM 300.00

9.2 OS_____
- Tuntutan Perjalanan Peserta = RM 0.00
- Tuntutan Perjalanan Fasilitator
1 orang x RM36.40 x 3 hari = RM 109.20
- Jumlah = RM 109.20

10 HASIL YANG DIHARAPKAN

Adalah diharapkan peserta dapat beroleh keyakinan menguruskan blog


sekolah dan menjadi penulis blog di peringkat sekolah. Dengan terbinanya
blog sekolah adalah diharapkan system penyebaran maklumat dan
pengurusan sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus
dengan lebih efisien.

Anda mungkin juga menyukai