Anda di halaman 1dari 52

KULIAH 3

Pengenalan

Model perhubungan entiti (E-R Model) suatu model data diperingkat konseptual Model E-R bertujuan memodelkan suatu organisasi dan pengendaliannya dari perspektif pengguna

4.1 Konsep Asas Model E-R

Terdiri dari satu set objek asas yang dikenali sebagai entiti dan perhubungan di antara objekobjek tersebut Terdapat 3 komponen asas dalam model E-R iaitu entiti, atribut dan perhubungan.

4.1.1 Entiti

Entiti ialah suatu objek atau konsep dalam dunia nyata yang boleh dikenalpasti kewujudannya melalui sifat-sifat tertentu (unik). Dalam konteks pangkalan data, entiti adalah objek yang menjadi sumber data Contoh entiti fizikal Pelajar, Pensyarah, Buku. Contoh entiti konsep Peperiksaan, Pengalaman Kumpulan entiti yang sama dipanggil set entiti.

Terdapat dua jenis set entiti kuat & lemah Set entiti kuat kewujudannya tidak bersandar atas kewujudan entiti lain. Cth : Pelajar Set entiti lemah kewujudannya bersandar kepada kewujudan satu set entiti kuat. Cth : Waris

PELAJAR Set Entiti Kuat/Dominan

WARIS

Set Entiti Lemah/Subordinat

4.1.2 Atribut

Atribut adalah sifat yang memperihalkan sesuatu entiti Setiap ahli dalam satu set entiti mempunyai atribut yang sama tapi nilainya adalah unik untuk dirinya sendiri. Cth : Nombor K/Pengenalan Set nilai yang dibenarkan bagi sesuatu atribut dipanggil domain. Cth : [(Nama, Halim), NoPel, 1111)] set entiti Pelajar bernama Halim dengan domain 20 aksara, NoPel dengan domain integer 10 digit.

Dalam model E-R atribut disimbolkan oleh elip dengan nama atribut di tulis di dalamnya dan disambung ke entiti dengan garis pautan.
NoRumah Umur TLahir Alamat Jalan

Bandar

NoPel
Nama

NoTel
Jabatan

PELAJAR

Atribut Ringkas- Terdiri dari satu komponen dan tidak boleh dibahagikan kepada komponen lain . Cth : NoPel, Jabatan Atribut rencam atribut yang boleh dibahagikan kepada dua atau lebih komponen yang juga merupakan satu atribut . Cth: NoRumah, Jalan, Bandar Atribut bernilai tunggal atribut yang hanya dapat menerima satu nilai sahaja . Cth : Nama, NoPel, TLahir Atribut berbilang nilai atribut yang boleh menerima lebih dari satu nilai . Cth : NoTel

Atribut Terbitan - nilainya boleh didapatkan daripada nilai atribut lain yang berkaitan . Cth : Umur. Tlahir dikenali sebagai atribut asas atau atribut tersimpan Atribut Nol jika nilainya tiada atau nilainya tidak diketahui pada masa itu. Cth : NoTel Atribut Kunci - atribut yang dapat membezakan ketikaan satu entiti dengan entiti lain. Cth : NoPel

4.1.3 Perhubungan

Satu perhubungan adalah satu persekutuan di antara beberapa enti berkaitan Disimbolkan dengan bentuk diamond
NoPel Jabatan

Tarikh
Kodkursus Unit

Nama

PELAJAR

Daftar

KURSUS

Perhubungan HAS-A . Cth : Pelajar dan Kursus dihubungkan dengan perhubungan Daftar. Peranan Fungsi yang dimainkan oleh sesuatu entiti dalam satu hubungan. Cth : Peranan Pelajar adalah mendaftar, Peranan Kursus adalah didaftarkan. Darjah : bilangan entiti yang menyertai perhubungan tersebut . Cth : Daftar adalah hubungan berdarjah dua perhubungan penduaan

4.1.4 Perhubungan Rekursif

Perhubungan unari yang melibatkan entiti yang sama dalam dua peranan berbeza. Cth :
KURSUS

memerlukan

menjadi

Prasyarat

4.2 Pertimbangan Reka Bentuk

Perekabentuk pangkalan data yang berbeza mungkin memandang set entiti dan set perhubungan dalam satu-satu organisasi mengikut perspektif berbeza

4.2.1 Entiti Berbanding Atribut


Contoh : NoTel Seorang Pelajar mungkin mempunyai beberapa nombor telefon kelaskan telefon sebagai entiti bebas
NoPel NoTel JenisTel

Nama

PELAJAR

Punya

Telefon

4.2.2 Entiti Berbanding Perhubungan

Cth : Perhubungan Pelajar dengan Pensyarah adalah Projek. Masalah timbul bila satu projek dijalankan secara kumpulan pembaziran ruang storan dan ketakselarasan data berlaku.
NoProj Peruntukan Nama

NoPel

PELAJAR

Projek

Penyelia

Penyelesaian adalah dengan menukar Projek kepada satu entiti

NoPel

NoProj

peruntukan

PELAJAR

Pel-Proj

PROJEK

Projek sebagai Entiti

4.3 Kekangan Dalam Perhubungan 4.3.1 Kekangan Kekardinalan

Kekardinalan menyatakan bilangan entiti yang boleh dikaitkan dengan satu entiti lain melalui satu set perhubungan Contohnya Dalam perhubungan Daftar antara Pelajar dan Kursus, pihak universiti boleh melarang seorang pelajar dari mendaftar lebih dari 5 kursus untuk setiap semester Dipanggil sebagai kekangan urusniaga atau kekangan organisasi

Pemetaan untuk entiti X dan Y:


X Y

1 2 3 2

(a) Satu Ke Satu (1:1)

1 2 3 4 2

(b) Satu Ke Banyak (1:M)

1 2 3 4

3 (c) Banyak Ke Satu (M:1)

1 2 3 4 2

(d) Banyak Ke Banyak (M:N)

4.3.2 Kekangan Penyertaan


Berkait rapat dengan konsep kebersandaran kewujudan. Terdapat 2 jenis penyertaan: 1) penyertaan separa kewujudan sesuatu entiti tidak memerlukan kewujudan satu entiti lain dalam perhubungan 2) penyertaan penuh kewujudan satu entiti memerlukan kewujudan satu entiti lain dalam suatu perhubungan

Contoh: PELAJAR Waris-pel WARIS

Kewujudan waris memerlukan Pelajar entiti waris bersandarwujudan dengan entiti pelajar Pelajar entiti kuat, waris entiti lemah Perhubungan entiti lemah dan pemiliknya dipanggil perhubungan lemah. Pelajar adalah mandatori bagi waris Waris adalah optional bagi pelajar.

4.3.3 Memodelkan Kekangan


1 M

PENSYARAH

Ajar
(1,2)

KURSUS

(1,1)

(a) Perhubungan Satu Ke Banyak (1:M)

Seorang pensyarah boleh mengajar lebih dari satu kursus tetapi satu kursus hanya boleh diajar oleh seorang pensyarah 1 dan M dikenali sebagai kekardinalan maksimum (1,2) dikenali sebagai kekardinalan minimum seorang pensyarah mesti mengajar tidak kurang dari 1 kursus dan tidak lebih dari 2 kursus.

M PELAJAR Daftar (2,5)

N (5,80)

KURSUS

(a) Perhubungan banyak Ke Banyak (M:N)

Kekardinalan minimum menerangkan seorang pelajar mesti mendaftar sekurang-kurangnya 2 kursus dan sebanyak-banyaknya 5 kursus Satu kursus mempunyai tidak lebih 80 pelajar dan sekurang-kurangnya 5 pelajar.

1 STAF Menyara (0,6)

M (1,1)

TANGGUNGAN

(c) Penyertaan Penuh


Tanggungan adalah entiti lemah kerana kewujudanya bersandar kepada Staf Tanggungan adalah optional kepada staf kerana tidak semua staf ada tanggungan Entiti Staf dalam perhubungan Menyara adalah separa dan Staf adalah mandatori kepada entiti Tanggungan.

4.5 Masalah dalam model E-R

2 jenis masalah dari Kekardinalan


Kedudukan atribut bagi perhubungan M:N Bila terdapat 2 atau lebih perhubungan 1:M yang terbit dari set entiti yang sama

Masalah dari Penyertaan

Timbul dari penyertaan separa set-set entiti dalam satu-satu perhubungan

4.5.1a) Masalah kedudukan atribut


Nama

Dalam rajah di bawah, perhubungan yang wujud ialah 1:M Tiada masalah kerana setiap projek dibuat oleh seorang pelajar, maka tarikh bagi entiti projek adalah berkaitan dengan seorang pelajar sahaja.
NoProjek M BUAT PROJEK Tarikh 1

PELAJAR

Masalah kedudukan atribut NoProjek Tarikh (sambungan) Nama


Amri Yusman Farah
NAMA

P1

4.5.1999

P2
P3 P4 P5

1.1.1999
7.7.1999 4.5.1999 9.6.1999

PROJEK

Contoh Ketikaan Perhubungan 1:M

Masalah kedudukan atribut (perhubungan M:N)


Perhubungan kini menjadi M:N Satu projek boleh dijalankan oleh lebih dari seorang pelajar, seorang pelajar boleh menjalankan lebih dari satu projek Timbul masalah kerana atribut tarikh dalam entiti PROJEK akan mempunyai lebih dari satu nilai. Pelajar mana yang dikaitkan dengan tarikh yang mana?

Masalah kedudukan atribut (perhubungan M:N)


Amri Yusman Farah

P1 4.5.1999 7.6.199 9 P2 1.1.1999


P3 7.7.1999

1.8.199 P4 4.5.1999 9 P5 9.6.1999

Pelajar mana yang memulakan projek pada 4.5.1999, Amri atau Yusman ?

Masalah kedudukan atribut (perhubungan M:N)

Untuk menyelesaikan masalah tadi, letakkkan tarikh sebagai atribut set hubunngan.
4.5.1999 7.6.1999 1.1.1999 7.7.1999 1.8.1999 4.5.1999 9.6.1999

P1 P2 P3

Amri Yusman Farah


PELAJAR

P4
P5
PROJEK

BUAT

4.5.1 b) 2 atau lebih perhubungan 1:M dari entiti yang sama

Contoh : satu jabatan menggaji beberapa pensyarah; satu jabatan mempunyai beberapa bahagian
1
Jabatan

Pensyarah mana bekerja di jabatan mana?


Punya

Menggaji

M Pensyarah

M Bahagian

Tidak terdapat hubungan yang jelas di antara entiti Pensyarah dan entiti Bahagian

2 atau lebih perhubungan 1:M dari entiti yang sama (sambg)

Penyelesaiannya ialah dengan menstrukturkan semula gambar rajah E-R.


1
Bahagian

Bekerja

Punya

M Pensyarah

1 Jabatan

Hubungan di antara entiti Pensyarah dan entiti Bahagian adalah jelas di samping maklumat lain dikekalkan.

4.5.2 Masalah dari penyertaan separa

Penyertaan separa bermaksud apabila satu entiti itu adalah optional bagi satu satu entiti lain. Contohnya, tidak semua Pensyarah menyelia Projek. Terdapat Pensyarah yang tidak menyelia Projek. Entiti Projek adalah optional bagi entiti Pensyarah.
Pensyarah 1 Menyelia M Projek

Masalah dari penyertaan separa

Rajah di bawah menunjukkan bahawa


Sesetengah Pensyarah menyelia Projek (penyertaan separa). Beberapa Pensyarah bekerja untuk satu-satu Bahagian (penyertaan penuh)
M Pensyarah 1 Bahagian manakah yang menawarkan sesuatu Projek tertentu ? Bukan semua Pensyarah menyelia Projek & bukan semua Projek diselia oleh Pensyarah.

Bekerja
1 Bahagian

Menyelia
M Projek

Masalah dari penyertaan separa

Masalah Penyertaan diselesaikan seperti rajah di bawah.

Dengan mencipta hubungan yang tidak ditakrifkan di antara Projek dan Bahagian. Iaitu hubungan Tawar.
M
Pensyarah 1

Bekerja
1 Bahagian 1 Tawar M

Menyelia
M Projek

4.6 Model E-R terluas (EER)

Terdiri daripada konsep asas model E-R yang asal dan konsep tambahan seperti pengkhususan, penyeluruhan, dan penyatuan. Digunakan untuk memenuhi keperluan DB yang lebih kompleks seperti dalam bidang AI, SE, multimedia, CAD, CAM, CASE tools, dll. Lain-lain konsep yang berkaitan ialah superkelas, subkelas, dan pewarisan.

4.6.1 Set entiti superkelas dan subkelas

Set entiti boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai peranan/ciri-ciri tersendiri. i.e. entiti Staf boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan spt Dekan, Pensyarah, Jurutaip. Staf adalah entiti superkelas. Dekan, Pensyarah, dan Jurutaip adalah entiti subkelas.

Subkelas bertindih
STAF

m
Jurutaip

Pensyarah

Dekan

Huruf m - Staf mungkin tiada subkelas atau Staf terdiri daripada banyak subkelas yang bertindih. Setiap entiti subkelas mestilah menjadi ahli kepada set entiti superkelas, tetapi bukan semua dalam set entiti superkelas menjadi kepunyaan mana-mana subkelas.

Subkelas tak bercantum


PELAJAR 1

IjazahPertama

IjazahTinggi

Angka 1 - entiti subkelas adalah tidak bercantum. Pelajar Ijazah pertama tidak boleh menjadi pelajar Ijazah tinggi pada masa yang sama.

Superkelas dan subkelas


Superkelas juga dikenali sebagai entiti peringkat tinggi Subkelas dikenali sebagai entiti peringkat rendah Struktur entiti dari peringkat tinggi ke peringkat rendah dalam dua atau lebih lapisan dikenali sebagai hierarki set atau hierarki jenis. Dalam rajah E-R, ia ditunjukkan sebagai penyeluruhan atau pengkhususan. Juga dinamakan perhubungan IS-A.

4.6.2 Pewarisan Atribut

Atribut set entiti di peringkat lebih tinggi (superkelas) akan diwarisi oleh set entiti di peringkat lebih rendah (subkelas) i.e. Atribut yang dimiliki oleh seorang Staf (NoStaf, Nama, Tlahir) juga dimiliki oleh seorang Pensyarah. Dikatakan, subkelas Pensyarah mewarisi atribut dari superkelas Staf.

Pewarisan Atribut

Semua atribut dan perhubungan yang dipunyai oleh entiti superkelas diwarisi oleh entiti-entiti subkelas Semua atribut khusus kepada satu entiti subkelas hanya untuk entiti subkelas berkenaan sahaja.

4.6.3 Pengkhususan
Proses bagi mengenalpasti ciri-ciri yang membezakan ahli-ahli dalam satu set entiti. Mengambil pendekatan atas-bawah. Satu set entiti mungkin dikhususkan oleh lebih daripada satu ciri pembeza. Contoh :

Pelajar boleh dikhususkan mengikut ijazah (ijazah pertama atau ijazah tinggi), dan mengikut status pelajar (pelajar sepenuh masa atau pelajar sambilan)

Hierarki pengkhususan
PELAJAR

IjazahTinggi

IjazahPertama

Penuh Masa

Sambilan

Penuh Masa

Sambilan

4.6.4 Penyeluruhan

Proses mengumpulkan ciri-ciri persamaan ahliahli dalam satu set entiti ke dalam satu entiti superkelas. Mengambil pendekatan bawah atas. Contoh :

Universiti menawarkan 2 jenis kursus ; Teras, Ko-K. Proses ini akan mengenalpasti ciri-ciri yang dipunyai bersama oleh kedua-dua entiti ini, dan menghasilkan satu superkelas bernama Kursus.

4.6.5 Kekangan proses pengkhususan/penyeluruhan


Proses pengkhususan dan penyeluruhan adalah pendekatan dalam mereka bentuk DB. Gambarajah E-R tidak meunjukkan perbezaan, tetapi perbezaan adalah dari segi titik permulaan reka bentuk. Kedua-dua proses mempunyai kekangan:

Kekangan tak bercantum/bertindih Kekangan penyertaan penuh/separa

Kekangan tak bercantum

Menentukan suatu entiti superkelas tidak boleh mewakili lebih daripada satu entiti subkelas. Contoh :

Pelajar tidak boleh pada masa yang sama mengambil ijazah pertama dan ijazah tinggi

Kekangan bertindih

Membenarkan satu entiti superkelas mewakili lebih daripada satu entiti subkelas dalam satu pengkhususan / penyeluruhan. Contoh :

Staf boleh menjadi seorang Pensyarah dan seorang Dekan pada satu masa yang sama.

Kekangan penyertaan penuh

Menentukan setiap entiti superkelas mesti mewakili satu entiti subkelas. Contoh :

Setiap Pelajar mestilah boleh di subkelaskan sebagai pelajar Ijazah Pertama atau pelajar Ijazah Tinggi.

Ditunjukkan menggunakan garis pautan bergaris dua

Kekangan penyertaan separa

Membenarkan sesuatu entiti itu tidak diwakili oleh mana-mana entiti subkelas. Contoh:

Pelajar boleh menjadi ahli salah satu persatuan berikut, Silat, Catur, Seni. Tetapi mungkin juga ada Pelajar yang tidak menjadi ahli dalam mana-mana persatuan tersebut.

Ditunjukkan menggunakan garis pautan biasa.

Anda mungkin juga menyukai