Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Pembersihan Jiwa Muhammad Haniff Hassan Di dalam Al-Quran Allah taala telah berfirman yang bermaksud Dan

n demi jiwa serta penciptaannya maka kami ilhamkan kepadanya jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikannya dan rugilah orang yang mengotorinya (Asy-Syams : 7 - 10) Daripada ayat ini dapatlah difahami bahawa berjaya atau tidak seseorang itu di akhirat nanti bergantung kepada keadaan jiwanya. Sekiranya jiwanya bersih maka berjayalah dia, dengan itu dia mendapat keuntungan dengan memasuki syurga Allah taala dan jika sebaliknya pula, maka rugilah dia kerana akan dimasukkan ke dalam nerakaNya pula. Oleh itu adalah penting usaha pembersihan diri dilakukan oleh setiap manusia. Usaha ini hanya dapat dilakukan secara berkesan sekiraya manusia itu mengenali hakikat jiwanya. Allah taala telah mencipta jiwa manusia dengan dengan naluri-nalurinya tersendiri. Antara naluri itu ialah ia sentiasa bersifat ammarah. Allah taala berfirman yang bermaksud Sesungguhnya jiwa itu sentiasa mendorong kepada kejahatan (Yusuf : 53 ) Di antara tabiat naluri manusia pula ialah suka kepada sombong, terkemuka, sanjungan, pujian, takabbur, cinta kepada dunia, takut kepada mati, tamak, bakhil, mengikuti syahwah, hasad dan lain-lain. Dengan ini boleh difahami bahawa jiwa manusia sendiri sebenarnya berpotensi untuk menjadi sebesar-besar musuhnya. Pasti kita pernah seseorang itu mengalami pada satu saat dalam kehidupannya, pada ketika ia bersendiri, tiada teman atau keluarga bersamanyaa, tiba-tiba dia merasa satu dorongan untuk melakukan perkara-perkara yang dikutuki oleh Allah taala dan dia pun mengikutinya. Dari manakah datangnya bisikan itu? Jawabannya ialah, jiwa manusia itu sendiri dengan bantuan dari syaitan. Dengan sebab itu hendaklah manusia sentiasa membersih, membetul dan mengarahkannya ke arah ibadat kepada Allah taala agar ia menjadi lemah dan tidak mampu digeletek oleh syaitan. Dalam hal ini Allah taala berfirman yang bermaksud

Dan ada pun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya (An-Naaziat: 40 - 41) Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, sungguh akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami (Al-Ankabut : 69) Hakikat sebenar jiwa manusia akan mudah diketahui jika kita benar-benar bercita-cita untuk membersihkan jiwanya dari kecacatan. Antara jalan yang membolehkan manusia mengetahui keaiban dirinya ialah melalui 1. Pergaulan dengan orang yang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Seorang mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya Seorang yang soleh tidak akan membiarkan saudaranya dalam keadaan keaiban. Dengan itu, kita akan sentiasa mendapat peringatan dalam kehidupan kita dan teguran atas kesalahan kita. 2. Menatap buku-buku yang ada hubungan dengan masalah pembersihan jiwa.

Dengan ilmulah manusia dapat mengenali apa yang baik dan buruk dan kunci ilmu ialah belajar dan membaca. 3. Sentiasa berfikir terhadap perbuatan dan amalan diri serta perbuatan orang lain untuk dijadikan bandingan dan tauladan.

Sesungguhnya Allah taala sentiasa menggesa manusia berfikir terhadap umat-umat dahulu. Perlulah diketahui bahawa penyakit jiwa adalah sumber kepada masalah hidup manusia. Penyakit ini akan bertambah teruk jika kita berjauhan dengan Allah taala. Allah taala berfirman yang bermaksud Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri (Al-Hasyr : 19) Cara mengubati jiwa manusia yang sakit ialah dengan sentiasa mengikut jalan yang bertentangan dengan kehendaknya.

Ini memanglah pahit. Ibarat jika seseorang itu sakit ia perlu memakan obat atau lebih teruk lagi melalui pembedahan yang menyusahkan tetapi itu semua demi untuk menghapuskan penyakit dari tubuh manusia. Untuk mudah seseorang itu melawan nafsunya, perlulah kita sentiasa melingkungi diri kita dengan suasana yang baik yang mendorong kepada amal soleh. Di sinilah pentingnya peranan teman dalam kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Agama seseorang itu bergantung kepada agama sahabatnya. Maka hendaklah setiap seorang dari kamu memerhatikan siapakah temannya Selain itu hendaklah seseorang itu meletakkan dirinya dalam suasana yang membolehkan dia beribadat malam, membaca Al-Quran, ingatkan mati dan lain-lain. Asas kepada pembersihan jiwa juga terletak kepada sejauh mana manusia peka terhadap perkara yang membawa kepada dosa. Tidak sepatutnya seseorang manusia mengambil ringan terhadap sesuatu perbuatan jahat semata-mata kerana ia adalah dosa kecil kerana setiap dosa adalah azab dan membentuk titik hitam dalam jiwa kita. Marilah direnungkan beberapa pesanan orang-orang soleh untuk direnungi: Sufyan Ats-Tsauri berkata Aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih sulit dari mengubati jiwa ku kerana kadangkala aku menang dan kadangkal ia menang Hasan Al-Basri berkata Orang yang berperangai jahat apabila segala perbuatan berlalu begitu sahaja tanpa ada celaan kepada dirinya Seorang alim berkata Ubat bagi jiwa itu lima perkara membaca Al-Quran dengan berfikir pada ayatnya, mengosongkan perut dari makanan yang banyak, melakukan ibadat qiyamullail, berdoa sebelum fajar, berkawan dengan orang yang baik

Anda mungkin juga menyukai