Anda di halaman 1dari 2

GAS BOCOR PUNCA RUMAH TERBAKAR

KULIM - Enam beranak nyaris maut apabila rumah sewa yang mereka diami di Taman Jelutung dekat sini, terbakar kira-kira jam 11 malam kelmarin. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim, Ahmad Riduwan Yahaya berkata, ketika kejadian, semua mangsa sedang tidur di rumah berkenaan bagaimanapun seorang dari ahli keluarga kemudiannya masuk ke dapur untuk masak air. Menurutnya, setelah mendidih, anak mangsa cuba memadam api bagaimanapun berlaku letupan sebelum api menyambar kabinet dapur. Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim serta satu jentera bomba sukarelawan dari Kulim sampai ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api. "Dari siasatan awal dijalankan mendapati kebakaran bermula dari bahagian dapur kerana kebanyakan barangan di bahagian dapur rosak teruk," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Riduwan berkata, selain itu, kebakaran juga dipercayai berpunca dari kebocoran gas untuk memasak. Katanya, bagaimanapun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan jumlah kerosakan masih dalam siasatan. "Saya menasihatkan orang ramai supaya membuat pemeriksaan terhadap hos gas yang berada di rumah sekurangnya enam bulan sekali untuk memastikan ia tidak bocor dan selamat digunakan. "Hos gas yang bocor bukan sahaja boleh mengakibatkan letupan tetapi mampu mengancam nyawa penghuni rumah terutama mereka yang sedang tidur," katanya.

Anda mungkin juga menyukai